8

298 28 0
                                    




                         PRAANKKK!!!


Qasha langsung sahaja bergegas ke dapur apabila mendengar sesuatu dari arah dapurnya itu.Alangkah terkejutnya apabila bunyi itu berasal daripada pinggan dan cawan yang sudah berkecai di atas lantai dapurnya itu beserta pisau dan alatan dapurnya yang tajam.

      Qasha dilanda ketakutan dan juga keanehan. Aneh apabila melihat alatan dapurnya berselerak di lantai seolah olah ada yang membuat onar di rumahnya.Aneh juga apabila melihat pinggan cawannya berkecai seolah olah dilemparkan dilantai lagaknya tetapi tiada seorang pun yang berada di dapur ketika itu. Sungguh aneh!

  
       Qasha mengambil penyapu dan penyodok lalu membersihkan semua serpihan kaca tersebut.Dia mula rasa gelisah apabila kejadian kejadian aneh mula mendatangi hidupnya.

     "Hm mungkin kucing masuk la ni.Habis semua barang barang aku." Bebel Qasha sendirian.Walaupun fikirannya sudah melayang ke arah yang bukan bukan tetapi hatinya kuat menolak sangkaan Qasha.

   - - - - -

Kini Qasha berada di sebuah tempat yang sepertinya di atas sebuah bangunan.Entah dia pun tidak tahu dimana dia berada sekarang.Yang dia tahu dia kini berada di atas bangunan dimana tempat orang bunuh diri kerana tidak sanggup meneruskan hidup mereka seperti yang dilihatnya di kaca tv.


tetapi dia berada disini bukan untuk membunuh diri seperti yang dilakukan di dalam filem.Itu semua dianggap nya kerja bodoh dan sangat pendek akal kerana tidak menggunakan jangka hayat hidup mereka dengan sebaik mungkin.Sekali kecundang, terus berputus asa mahu membunuh diri bagai tiada peluang kedua.


Qasha memandang sekeliling,dia tidak melihat sesiapapun disitu kecuali dirinya.Yang dia lihat hanyalah bangku bngku kecil untuk diduduki.


tiba tiba muncul seseorang yang dia tidak kenali.Qasha merenung perempuan itu.Perempuan itu pula menuju ke Qasha.Semakin lama ditenung semakin galak hatinya mengatakan bahawa Qasha pernah melihat perempuan itu tetapi dimana dan bila Qasha tidak mengingatinya pula.


"nak tau siapa aku?Ikut aku." ujar perempuan itu seolah olah tau apa yang bermain main di benak fikiran Qasha sekarang.


Baru sahaja Qasha hendak membuka mulut tiba tiba muncul seorang lelaki yang memang sah Qasha tidak mengenalinya sama sekali.Dan mungkin akan dia kenali selepas ini.


"Hai Indira!Lama tunggu?Maaf la saya lambat sikit sebab ada hal keluarga tadi." Tegur lelaki itu mesra bersama senyuman dibibir lalu dipeluk gadis perempuan yang berada di hadapan Qasha tersebut.


"Tak mengapa Alyan.Saya juga baru sampai." Ujar Indira membalas senyuman lelaki dihadapannya itu atau lebih dikenali sebagai Alyan.


Alyan mempelawa Indira duduk di bangku yang berdekatan.Qasha hanya melihat adegan itu.Dia seolah olah tidak wujud disitu dan dirinya hanya boleh dilihat oleh perempuan yang bernama Indira itu.Qasha bagai mengerti isyarat mata yang diberikan Indira lalu dia pun mendekati mereka berdua untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.


"Mengapa awak ajak saya jumpa disini malam ini?Katanya ada hal penting mahu dibicarakan?" Indira memulakan perbualan mereka setelah mereka selamat melabuh punggung di bangku kayu itu.


"bila kita boleh kahwin?" Tanya Alyan memandang wajah Indira dengan serius.Indira mengeluh panjang sebelum memandang langit yang gelap itu.Tiada bintang malam itu tidak seperti selalu.


"kenapa awak mengeluh?" tanya Alyan masih dengan reaksi yang sama.


"Awak pun tahukan?Hubungan kita tiada restu dari orang tua saya.Mana mungkin kita dapat kahwin."kata Indira perlahan.Kedengaran seperti kecewa.


"kita kahwin lari." cadang Alyan.terbuntang mata Qasha tatkala mendengar kata kata lelaki itu.Desperate sangat ke? Qasha beralih memandang Indira.Reaksi Indira sama skali jauh beza dengannya.Reaksinya tidak terkejut tetapi seperti serba salah.


"Tapi orang kata hidup takkan bahagia tanpa restu dari orang tua Yan." kata Indira meminta supaya Alyan memahami.Ini bukan kali pertama Alyan mengajaknya kahwin lari.Sudah berkali kali tetapi Indira masih menolak dengan alasan yang sama.Dia masih ragu ragu untuk membuat keputusan.


"pedulikan apa orang kata!Kita ada cinta dengan cinta kita dapat hidup bahagia!Percayalah sayang" Ujar Alyan cuba menyakinkan Indira sengaja dia menggunakan kata kata sayang supaya Indira lembut hati dan mendengar katakatanya.


"Sukar untuk saya buat keputusan.Beri saya masa Yan." Indira cuba meminta Alyan supaya memahami dirinya yang tersepit antara cinta dan keluarga,


"Berapa lama lagi awak nak saya beri masa?" Tanya Alyan yang kelihatannya sudah mula meninggikan suara mungkin bengang dengang reaksi Indira yang seperti ragu ragu dengannya.


Indira memandang Alyan dengan reaksi terkejut.Terkejut apabila Alyan meninggikan suara dengannya.Tidak pernah sesekali Alyan meninggikan suaranya dengan Indira sepanjang mereka menjalinkan hubungan.


Sedar akan perubahan dirinya sendiri.Alyan pantas mengucapkan kata kata maaf kerana tidak sengaja meninggikan suara terhadap Indira.


"Ok saya beri awak berapa lama yang awak nak tapi saya harap jawapan itu tidak mengecewakan saya." Kata Alyan.


Indira tersenyum kembali sebelum semuanya gelap.

PENJARAWhere stories live. Discover now