17

273 32 6
                                    

Kaki nya diatur menuju ke ruang tamu.
Usai membersihkan diri ,Qasha mengambil keputusan untuk berehat rehat di sofa sambil menonton televisyen.

Dibuka televisyen tersebut , siaran berita menghiasi paparan skrin.

"Berita terbaharu kali ini , polis menemui mayat seorang lelaki tua yang berkemungkinan pemandu teksi yang disyaki mati beberapa jam yang lalu ."
Ujar wartawan yang bertugas untuk menyampaikan berita kemalangan tersebut.

Perbuatan Qasha yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala terhenti apabila melihat wajah mayat tersebut.

"Itu kan pemandu teksi yang dalam mimpi aku!"
Qasha terkejut apabila dia yakin bahawa wajah pakcik tua itula yang berada dalam mimpinya petang tadi.

"Polis masih tidak dapat mengesan adakah ini sebuah kes pembunuhan kerana tiada kesan darah yang keluar dari tubuh tersebut.Mayat mati dalam keadaan yang pelik.Dan semestinya bukan kes langgar lari."
Ujar wartawan itu lagi.

Qasha memerhati wajah mayat Kiet yang ditayang di kaca televisyen itu.

Betul apa yang dikatakan oleh wartawan itu.
Kiet mati tanpa sebarang luka.
Tetapi wajahnya pucat lesi dan membiru seperti kekurangan oksigen.
Wajahnya juga beriak terkejut yang teramat seperti baru sahaja melihat sesuatu yang sangat menakutkan.
Badan Kiet lembik seperti tiada tulang.

Dia mula berfikir.

"Kenapa pakcik ni boleh mati?"

Qasha tidak dapat menyangkal perasaan ingin tahu .

Kali ini dia tidak sabar menunggu waktu tidur .

Dia yakin Kiet mati bukan sebab kemalangan tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa ini semua terjadi ada kaitan dengan mimpi yang dialaminya.

Dan dia pasti mimpi itu akan datang lagi apabila dia tidur nanti.

- - -

Dia menyeringai memandang Kiet yang pucat lesi ketakutan.

"Ingat saya pakcik?"
Tanya Indira.

Wajahnya yang ayu manis dahulu sangat berbeza dengan sekarang.

Kini wajahnya penuh dengan luka luka yang mempunyai kesan begitu dalam.

Mukanya lebih pucat dari manusia biasa.

Bawah matanya hitam sehitam hitamnya.
Sehitam dendamnya.

Bajunya berlumuran darah.

Tiada senyuman yang manis di bibir tetapi hanya senyuman ketakutan dan kematian.

Giginya yang tajam jelas terpamer apabila dia menyeringai.

Kiet tergagap gagap menutur kata.
Tetapi suaranya tidak langsung terkeluar dari mulutnya.

"Boleh tak saya naik teksi ni?Tapi saya lupa bawa wang.Atau pakcik hendak saya membayar juga ?"
Tanya Indira beriak sayu.

Kiet menggeleng gelengkan kepalanya.

Indira tersenyum sinis.

PENJARAWhere stories live. Discover now