Hujan semakin lebat.Hani memandang keluar.Hani mula berasa gelisah.
V memberikan bunga itu kepada Hani.Hani mengambil bunga itu.
"Lebatnya hujan,awak nak balik macam mana ni"tanya V kepada Hani.V memandang Hani yang hanya membawa beg sekolahnya sahaja.
"Hmm..saya nak duduk sini sementara boleh tak? Kalau dah teduh sikit saya balik,sebab saya tak bawa payung ni"jawab Hani kepada V sambil memeluk tubuhnya yang kesejukan itu.
"Okay,awak duduklah kat kaunter sana dulu.Saya bagitahu omma saya sekejap"
"Nae,gomawo"
V pun masuk kedalam belakang bahagian kedai milik keluarganya itu lalu memberitahu ibunya tentang Hani.
V p.o.v
Aku mencari-cari dimana keberadaan omma dan appa.Setelah ku cari di mana-mana tempat akhirnya aku berjumpa mereka yang sedang menanam pokok bunga di belakang.
"Omma,Taetae nak cakap ni"
"Ada apa Taetae?"ommanyaa membuka sarung tangannya lalu menuju ke arah anak tunggalnya.
"Macam ni tadi perempuan yang beli bunga ros tu dia kata nak duduk sekejap kat kedai kita sebab keadaan kat luar hujan"kataku sambil menunjuk ke luar dimana Hani duduk.
"Oh,macam tu.boleh je."
"Okay.Taetae nak susun bunga ros dulu ye"
"Okay"
End p.o.v
Hani duduk dikerusi kaunter dan memandang keadaan di luar melalui pintu kaca kedai itu.Hani mengeluh.
"Macam mana ni aku nak tinggal kat mana.Dah lah sejuk kat sini"kata Hani dalam hati sambil memeluk tubuhnya yang sejuk.Dia menggosok-gosok tapak tangannya.
Tiba-tiba seseorang meletakkan jaket di belakang Hani.Hani terkejut lalu menoleh kebelakang.Rupanya V.
"Nah,pakailah.Mesti awak sejuk.Kat sini kalau hujan memang sejuk"V mengukirkan senyuman yang mampu mencairkan hati perempuan.
"Ahh,nae..gomawo"Hani menunduk mukanya kerana malu dengan senyuman V itu.Muka Hani mula memerah.
"Wehh,asal dengan kau ni Hani.Takkan namja ni senyum kau dah blushing macam ni"kata Hani dalam hati.
"Awak duduk kat sini dulu saya nak buat kerja sikit"kata V lalu beredar menuju kearah bunga ros untuk meletakkan bunga ros yang baru untuk dijual.
Hani memerhatikan setiap gerak geri V menyusun bunga.Entah kenapa Hani merasa tenang apabila melihat V walaupun sebenarnya Hani belum kenal yang lelaki itu ialah V.
"Aduhh"
Hani memandang V yang mengaduh itu.V memegang jarinya.Hani memandang jari V dan darah mengalir keluar.
"Jari awak berdarah"kata Hani dengan muka yang cemas.
"Awak tolong ambilkan peti bantuan dekat bawah kaunter tu"pinta V .
Hani segera menuju kearah kaunter lalu mengambil peti bantuan tu.Hani meletakkan peti itu di atas meja kaunter lalu memegang tangan V dan membawanya duduk di kerusi.
Hani membuka peti itu lalu mengeluarkan ubat dan plaster.Hani membersihkan darah itu dan menyapu ubat dan meletakkan plaster di jari V.
"Wae taaetae?"
Tiba-tiba kelibatan omma V berada ni depan mereka.Omma V memandang kearah tangan V yang dipegang oleh Hani.
"Tangan tu kenapa Taetae"tanya omma V kepada V yang memandang ommanya.
"Jari dia berdarah tadi terkena duri bunga ros"hani menyahut.
"Ouhh,lain kali hati-hati taetae.Ni mesti taetae tak pakai sarung tangan kan"marah omma v.
"Mianhae omma"V menundukkan kepalanya.Dia memang selalu tak menggunakan sarung tangan.Kerana dia ni suka bermain dengan tanah.
"Hujan masih tak berhenti lagi"Hani memandang kepintu kaca itu yang menembusi keadaan diluar.
"Cik tinggal je kat sini dulu.Kalau dah teduh cik balik lah"kata omma V
"Sebenarnya.."
"Sebenarnya apa cik,cik ada masalah ke?"
"Sebenarnya saya lari dari rumah sebab saya tidak dibenarkn keluar dari rumah"
"Apa,cik lari?! Kenapa sampai macam tu sekali"
"Oppa saya pergi luar negara lepastu dia yang tak suruh saya keluar selagi dia tak balik.Saya tidak diberikan kebebasan.Nak keluar pun kena ada pengawal yang ikut saya"
"Omma dan appa awak mana?"tanya V
"Mereka dah lama meninggal dunia,saya ni anak yatim piatu"air mata Hani mengalir ke pipinya yang putih itu.
"Dah,jangan menangis ye cik"omma V memeluk Hani yang menangis itu.Hani membalas pelukkan omma V.
V merasa serba salah kerana menanyakan hal itu kearah Hani."Hani,mianhae saya takde niat pun nak tanya awak tu.Saya tak tahu"
"Gwaenchana..eh macam mana awak tahu nama saya Hani?"
V menelan air liur apabila dipandang oleh ommanya dan Hani.V mendapat satu akal.Dia tersenyum.
"Dekat baju uniform awak ada nama tu.Tu yang saya tahu nama awak"kata V sambil memandang kearah baju Hani.
Nasib kau pakai baju uniform sekolah kalau tak..huh kantoi!
"Ouh,iyelah..hehe"Hani senyum malu
"Hani ni sama sekolah dengan Taetae rupanya"kata omma V
Bersambung~•~•~
YOU ARE READING
Gangster Itu Isteri Aku
RomanceMengisahkan tentang seorang perempuan yang selalu dikongkong oleh abangnya,Kim Hayeol.Nama perempuan itu adalah Kim Hani.Dia pada mulanya seorang yang lemah lembut tetapi akibat kematian ibubapanya dari kecil dan selalu dikongkong oleh abangnya dia...