Selesai dia mengelap meja yang terakhir di kafe tersebut, handphone samsung note 5nya berdering meminta diangkat. Handphone tersebut dikeluarkan dari poket seluarnya dan melihat siapa yang memanggil. Anne tersenyum sebelum mengslide ke kanan sebelum dilekapkan di telinganya.
"yoboseyo, mina.."
"ha.. Kau dah habis shift belum? Aku nak pergi ambil dah ni.. " soal mina dihujung talian.
"dah habis dah.. Tunggu kau datang ambil je ni ha.. "
"ha.. Okay. Kalau macam tu dalam 20 minit aku sampai.. "
"baik.. "
"okay. Tunggu dekat depan kafe. Bye."
"bye" panggilan ditamatkan.
Handphone disimpan semula di dalam poket seluar. Apron yang dipakai ditanggalnya dan dibawa ke tempat penggantungan apron yang disediakan di sebuah bilik khas untuk para pekerja di situ.
Dia mengambil beg tangannya lalu keluar daripada bilik itu selepas menutup suis lampu di dalam bilik tersebut.
"anne, kamu dah nak balik? " tegur managernya yang masih di situ. Kopi di tangan disisip perlahan. Anne menoleh.
"ah. Ya, manager Im. "anne tersenyum dan membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Manager Im hanya tersenyum.
"baiklah. Hati-hati ya? " anne mengangguk dan tersenyum.
"baik! Em, kenapa manager Im tak balik lagi? " soal anne. Sebab selalunya pengurusnya itu selalu pulang awal daripada pekerja di situ. Tetapi lain pula hari ni.
"saya ada kerja nak diselesaikan. Sekejap lagi saya balik.. "anne hanya mengangguk faham.
"baiklah. Saya keluar dulu, ya? " pamit anne. Manager Im hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Anne keluar daripada kafe tersebut dan menunggu mina di hadapannya. Baju sejuk yang dipakainya di pegang kuat. Sejuk betul cuaca malam ni. Rasa lain macam pula. Jalan pun sudah sunyi.
Hanya beberapa kedai sahaja yang masih belum tutup. Itu pun berjarak jauh daripada kafenya. Hanya 7e sahaja yang dilihat masih terang di hujung jalan sana. Yalah, kan 24 jam dibuka. Huhu.
Jam ditangan dikerling. Sudah pukul 1 pagi. Hm, dia memandang sekeliling. Patutlah sejuk semacam. Selalunya dia pulang jam 12 malam. Tetapi hari ini lambat satu jam. Haih, nasib badan, customer ramai pula hari ni.
Anne mengeluh kecil. Dia menjenguk kepalanya melihat sekeliling. Mana mina ni. Lambat pula rasanya dia ni. Dahlah seram sejuk aje aku rasa sekarang ni. Haih.
Seketika dia ternampak seseorang yang berbaju hitam labuh dan berhood tidak jauh daripadanya sedang bersandar di dinding salah sebuah kedai. Anne hanya buat tidak tahu. Takut juga dia sebenarnya. Namun, dia cuma pura-pura berani. Mina, cepatlah datang.. Huhu.
Lelaki tadi melirik ke arahnya. Dalam bertemankan kesamaran cahaya bulan dan cahaya lampu disekitar situ, wajah lelaki itu hanya samar-samar di mata anne. Anne menelan liur yang dirasanya kesat. Senyuman sinis terpamer di wajah lelaki tadi.
"found you. "
Anne berjalan ke arah kanan kedai tersebut untuk menjauhkan diri daripada lelaki tadi. Duh, seram. Siapa dia?? Tiba-tiba dia berhenti melangkah. Dipandangnya di hadapannya kini seseorang yang berbaju hitam labuh dan berhood juga sedang memandangnya. Anne cuak. Apa ni? Siapa mereka?
Ditoleh ke kanannya pula datang seorang lagi menghampirinya. Anne menjadi takut. Peluh merecik di dahinya. Dadanya berdebar-debar. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang. Namun, dia terlanggar seseorang. Dia cepat-cepat menoleh.
"huh?? " dia kebelakang serta merta. anne takut. Sungguh! Dia berasa takut ketika itu. Mereka mahu menculiknya ke? Mahu merompaknya ke? Nafasnya turun naik. Jantung berdegup laju mengepam darah ke seluruh badan.
"hye, anne. Kami datang untuk bawa awak balik.. " kata salah seorang daripada mereka. Anne terdiam. Bawa dia balik?? Balik ke rumah dia ke? Bukan ke mina drive?
"balik? Eh, tapi kawan saya dah on the way datang ke sini.. "jawab anne.
Lelaki itu tersenyum sinis."balik dengan kami.. Balik ke rumah kami.. "jawab lelaki tadi.
Huh??
Lelaki itu menghampirinya.
"ta..tapi.. "
"sleep anne, sleep.. "lelaki itu memandang mata anne lama dan melambaikan tangan kanannya sekali ke wajah anne sebelum anne memejam erat matanya.
Lelaki itu tersenyum sinis lagi sambil memandang mereka yang berhadapan dengannya. Mereka saling berpandangan.
"jom. Balik.. "
Mereka mengangguk sebelum hilang dari pandangan umum.
To be continued..
------------------------------------------------------------
A/N:haha.author ni tamak kan? Ff lain x siap lg dh buat yg bru. Huhu.
Nk wat cmne. Idea msih diproses utk ditulis. Hihi.
Comment?
YOU ARE READING
Dark Fate
VampireShe is the one. She is the choosen one. No. But this is her fate. Her dark fate. Her fate to be reborn as a vampire. Can she accepted what had happened to her?