Sesekali anne menoleh ke belakang untuk memastikan mingyu dan jonghyun tidak mengintipnya. Dia menjadi ketakutan gara-gara semua yang terjadi sejak kebelakangan ini. Tak pasal-pasal nyawanya akan tamat di tangan mereka semua.Mahu mencari jalan keluar pun tidak nampak caranya, apatah lagi kalau meminta bantuan daripada mereka semua. Haih.
Tapi, sekarang dia amat berharap yang cha hun boleh membantunya walaupun peluang untuk itu amat kurang daripada lima persen. Hm.
Tapi, belum cuba belum tahu kan? Dan mereka pun tak ada sebab untuk menyimpan dia lama-lama di rumah agam ini jikalau tiada sebab yang kukuh. Buktinya, mereka tak pernah memberitahu dia apa-apa pun tentang sebab yang munasabah untuk anne terus setia tinggal di situ sekurang-kurangnya pada satu tempoh yang agak lama.
Entah macam mana reaksi Hun nanti jikalau dia meminta bantuan daripadanya. Adakah dia sama macam mingyu dan jonghyun? Dia kena berhati-hati.
Dup dap dup dap!
He might seems nice, but don't fool by his face. He might be more dangerous than them.
Damn. Jantungnya berdegup agak laju ketika itu.
Saat dia melewati tangga untuk ke satu lorong yang menghubungkan ruang depan dan ruang belakang rumah agam itu, dia ternampak satu pintu yang agak besar.
Langkahnya diperlahankan untuk menuju ke pintu tersebut. Dengan rasa yang berdebar-debar, tangannya memulas tombol pintu tersebut.
Pintu tersebut terbuka luas dan pemandangan di dalamnya mengejutkan anne. Anne terpaku seketika.
Di dalamnya cukup luas sampai boleh menempatkan satu kolam renang dan beberapa buah kolam air pancut di situ. Terdapat juga beberapa pasu bunga yang besar di sekeliling kolam tadi.
Anne melangkah masuk. Matanya memandang sekitar dan keatas. Bumbung di dalam tempat itu dihiasi kaca yang bercorak flora yang boleh ditembusi cahaya mentari dari luar.
Anne kagum seketika.
Besar gila rumah ini!
"Apa kau buat dekat sini? " soal satu suara. Anne berpaling. Dilihatnya cha hun yang sedang berendam sambil bersandar di tepi bibir kolam menutup mata menikmati ketenangan yang dia rasakan di situ.
Err..
"Em.. "
"Mana kau tahu aku ade dekat sini? " soal hun lagi.
"Saya.. Saya tak tahu pun awak ade dekat sini. Saya main masuk aje bilik ni. " jawab anne.
Cha hun senyum sinis.
"Ye ke? Atau kau stalk aku? " usik Hun. Muka Anne merona merah.
Anne diam. Ish. Apa benda mamat ni merepek.
"Em.. Tak apalah. Maaf menganggu. Saya pergi dulu.. " dengan wajah yang merona merah bak tomato, anne melangkah pergi dari bilik itu.
Damn you, cha hun.
"Kau ingat kau boleh pergi macam tu aje? " kata cha hun yang tiba-tiba ada di hadapannya. Anne terkejut.
Hun senyum sinis lagi. Anne tunduk memandang lantai. Bibirnya diketap. Dia berdebar lagi. Apa aku nak buat??
Hun dilihat semakin menghampiri dirinya, anne cuak lalu melangkah ke belakang hingga dia sedar belakangnya kini ada sebuah kolam yang cha hun sedang berendam tadi.
Wrong step. You will be in the nightmare anne!
Anne berhenti melangkah namun cha hun tidak. Dia masih menghampiri Anne sehingga anne takut tahap kritikal.
YOU ARE READING
Dark Fate
VampirosShe is the one. She is the choosen one. No. But this is her fate. Her dark fate. Her fate to be reborn as a vampire. Can she accepted what had happened to her?