Bab 9

88 8 4
                                    

Jong hyun menatap foto keluarganya dengan penuh rasa kasih dan sayang. Sungguh dia rindukan saat itu. Saat di mana dia mendapat kasih sayang daripada keluarganya sebelum appanya berkahwin sekali lagi.

Dia merengus kasar. Disebabkan pihak istana yang juga merangkap appa kepada appanya yang menginginkan waris perempuan sekurang-kurangnya seorang, appanya berkahwin dengan puteri pilihan pihak istana memandangkan appanya adalah anak sulung.

Pada mulanya, omma jonghyun bersedih dan kurang bersetuju, namun dia menerima takdir dia. Jonghyun tahu ommanya sedih tapi cuba untuk hadapi realiti hidupnya.

Nasib jong hyun agak baik kerana gadis yang berkahwin dengan appanya amat baik. Dia melayani jong hyun dan ommanya dengan baik sekali. Tapi, cuma jong hyun sahaja yang bertindak dingin dengannya.

Tindakan dia itu menyebabkan ommanya menegur sikapnya. Namun, Jong hyun tidak peduli. Baginya, wanita yang mengahwini appanya itu perampas kebahagiaan keluarganya.

Jika dulu dia periang dan suka berkawan, tapi sekarang dia menjadi dingin dan pendiam. Pelik dengan perilaku jong hyun, mingyu dan Chahun ketika itu cuba menyelidikinya. Ternyata berpunca daripada keluarganya sendiri.

Sejak itu, jonghyun selalu menyendiri dan jarang bergaul dengan mereka. Namun, disebabkan satu kejadian, mereka saling membenci diantara satu sama lain. Mereka hilang tempat bergantung sesama lain.

Yang lebih merana dan terseksa adalah mingyu sendiri. Mereka seakan memulaukan dirinya sejauh mungkin. Begitu juga dengan jonghyun yang menerima impak yang besar dalam hidupnya berbanding Chahun.

Disebabkan hal itu, mingyu membenci dirinya. Dia menjadi seorang yang tidak suka bergaul lagi dan juga seorang yang pendendam serta dingin.

Apa yang terjadi di masa lalu, adalah kenangan paling pahit yang mereka perlu lalui. Mingyu adalah mangsa keadaan yang mereka perlu fikir dengan matang sebelum memulaukan dia keseorangan tanpa sesiapa.

Menginjak dewasa, mingyu membuat satu keputusan yang memuaskan hatinya dan jonghyun serta chahun. Sejak keputusan itu terjadi, mereka mula berbaik semula dengannya dan berpindah daripada istana untuk duduk di sebuah rumah agam yang tersorok jauh di dalam kegelapan hutan.

Foto itu diletak semula di atas meja tersebut. Memori itu memberi kesan yang mendalam terhadap hatinya kini.

Dia diam sejenak apabila memori sedih dan pedih itu mengulang tayang sekali lagi di mindanya.

Annabella rose

Nama itu cukup dibencinya.

Vivian rodellia.

Nama itu mungkin dibencinya satu ketika dulu, namun nama itu membuatkan dia sedih dan sayu. Tidak mungkin lagi dia sanggup membenci nama itu.

Seketika fikirannya memaparkan wajah polos anne. Dia mengeluh berat.

Kenapa nama kau perlu sama macam perempuan tu? Dan kenapa wajah kau perlu sama macam dia??

ANNE sedar daripada tidurnya, matanya terpisat-pisat memandang sekeliling. Kepalanya berdenyut-denyut seakan mencengkam kepalanya untuk terus berbaring. Tangannya memicit perlahan kepalanya..

"urgh.. Sakitnya." gumam anne sendirian.

Kejap. Apa yang berlaku malam tadi?

Mindanya cuba memproses kembali kejadian yang berlaku malam tadi.

Hurk. Matanya membulat.

Tak.

Tak mungkin.

Dark FateWhere stories live. Discover now