Dalam bab ni, ada mature content sikit. *blushing* ya. Sikit je. Tak banyak pun okay. Author trpksa buat utk melengkapkan jalan cerita ni.*blushing*😶
Haih, begitu susahnya utk menulis part brkenaan *blushing*😆
Korang baca lah. *blushing* author nk pg tenangkan wajah author yg blushing ni ha.. Geez😶😚
-------------------------------------------------------------
Usai mandi dan berpakaian, anne mengeringkan rambutnya di birai katil menggunakan tuala kecil. Suasana yang sunyi yang hanya bertemankan bunyi hujan yang turun dengan renyainya membuatkan dia terasa sunyi, sedih dan kosong.
Teringat tentang kejadian tadi membuatkan anne rasa bersalah pun ada. Entahlah, dia pun tak tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Adakah dia hanya mementingkan diri sendiri?
Hm.
Tapi, kejap. Betul ke apa Hun cakap tadi? Dia bergurau aje kan pasal hukuman tu?
Betul ke?
"you smell so nice.....and your blood must taste so good and sweet, i think?"
Anne kaku sesaat apabila kata-kata Hun yang terakhir sebelum meninggalkannya tadi menerjah masuk ke kotak pemikirannya.
Dia cuak tiba-tiba.
Itu....Hun bergurau juga kan?
Kan?
Dia mengeluh seketika. Bibir bawahnya diketap. Rasa takut dan cuak menguasai dirinya.
Selesai mengeringkan rambut menggunakan tualanya, dia bangun dan menuju ke arah penyidai untuk menyidai tuala tersebut. Kakinya mengatur langkah pula ke cermin solek.
Sikat diambil lalu menyikat rambutnya yang masih lembap itu. Dalam mindanya, bermacam jenis kemungkinan dan persoalan yang dia buat tanpa dia menyedari sesuatu.
"fikiran awak dah jauh melayang ke mana? "
Anne hampir saja ingin melompat akibat terkejut. Jantungnya mula berdegup laju. Ditolehnya ke arah mingyu yang sedang bersandar di tingkap biliknya.
Air liur yang ditelan dirasa kesat. Anne hanya diam tanpa membalas soalan mingyu. Dia hanya tertunduk memandang lantai. Bibirnya diketap lagi. Cuak dan takut! Itu yang dia rasai kini. Dengan mingyu pula tu!
Dia tidak mahu bertentang mata dengan mingyu selepas apa yang terjadi. Dia rasa bersalah.
Ye ke rasa bersalah? Atau kau takut gila sekarang ni? Sebab tu kau tak nak pandang dia langsung.
Hm, betul lah tu kot..
Tanpa anne sedar, mingyu sudah pun berada di hadapannya. Mingyu merenungnya lama sebelum anne mengangkat wajahnya untuk bertentang mata dengannya.
Jantung usah ditanya bagaimana. Berdebar dengan sekuat dan selaju yang mungkin.
Mereka saling bertatapan seketika tanpa berkata apa-apa.
Mingyu nampak jelas ketakutan di mata gadis itu. Mungkin dia takut untuk berhadapan dengan dia selepas kejadian tadi. Heh..
Takut ya? Em.. Mari aku tambahkan kau punya rasa takut tu.
Pinggang anne diraih ke arahnya lalu tersenyum sinis. Anne jelas terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba itu dan itu membuatkan sikat yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai.
Kadar degupan jantung anne yang berdegup dengan lajunya didengari mingyu. Air liur ditelan kesat.
Anne terkebil-kebil memandangnya. Pipinya sudah merah dengan keadaan yang mereka hadapi sekarang. Tapi mingyu dilihat hanya menatap wajahnya dan menghiraukan apa yang anne rasai kini.
YOU ARE READING
Dark Fate
VampireShe is the one. She is the choosen one. No. But this is her fate. Her dark fate. Her fate to be reborn as a vampire. Can she accepted what had happened to her?