Anne berlari sepantas mungkin menuju ke pintu pagar rumah agam tersebut sambil meredah hujan yang lebat itu. Walaupun hari sudah larut malam berserta hujan lebat yang sudah membasahi dirinya sepenuhnya, Dia tidak ambil peduli apa yang bakal berlaku nanti, yang penting sekarang dia mahu lari! Lari daripada kenyataan yang baru sahaja didengarinya tadi.Dalam suasana malam yang gelap gelita yang datang bersama titisan air hujan, dia menangis sendiri. Cuba menahan perih di hati. Sesampainya dia di pagar, anne mahu membuka pintu pagar tersebut namun ianya bermangga.
Dia cemas dan panik.
Anne cuba membuka mangga yang terkunci walaupun ianya satu tindakan yang sia-sia dan bodoh. Anne mengeluh berat. Tanpa kunci, mangga tersebut mana boleh dibuka!
Damn!
Pagar yang sebesar tembok itu digoncangnya kuat. Esakkannya menjadi-jadi. Dia mahu keluar! Dia mahu keluar!
Tembok di sisi pagar dikerling. Dia ke arah tembok itu lalu cuba untuk memanjatnya. Namun, ianya terlalu tinggi buatnya. Dicubanya lagi sekali sehingga dia tidak terdaya.
Akhirnya dia terduduk dan menangis semahunya di situ. Menangis di dalam kegelapan malam. Menangis bersama titisan air hujan yang turun.
"tak ada guna kalau awak cuba nak lari.. "
Anne menoleh ke arah suara itu. Dilihat Hun yang duduk di atas tembok yang mahu dia panjat tadi.
Hun duduk sambil melunjurkan kaki kirinya di atas tembok itu sambil kaki kanannya menstabilkan kedudukannya. Mata redup anne dipandang di dalam samar-samar hujan lebat itu.
Anne mengalih pandangan.
"diam lah. Tak perlu bagitahu saya. " dingin saja anne menuturkan kata itu. Hun terpempan sesaat.
Anne mula bangun meninggalkan Hun di situ. Dia mula menggigil kesejukan. Tangan memeluk tubuhnya yang dingin ditimpa air hujan yang meresap di bajunya. Terketar-ketar dia menahan kesejukan diri.
Sesekali kilat sabung menyabung membuatkan dia kecut perut.
Hun hanya memerhati langkah gadis itu. Dia mula turun daripada tembok itu dan mengorak langkah mengikutinya.
Keluhan kecil dilepaskan.
Anne melangkah ke arah taman bunga rose yang sederhana besar di halaman rumah agam itu. Baru kali ini dia berpeluang untuk menjejakkan kakinya ke sini untuk melihatnya secara nyata berbanding melihat bunga-bunga tersebut daripada tingkap biliknya.
Dalam hujan yang lebat itu juga dia melangkah mencari tempat untuk berseorangan seketika. Biarlah dia dibasahi hujan sekalipun, yang penting dia mahu terus berada dalam keadaan begini.
Tak pedulilah dia sejuk kedinginan ke, bakal demam ke, bakal jatuh sakit ke, dia tidak kisah semua itu tika ini. Hanya hati dan perasaannya yang dia hanya kisah ketika ini.
Akhirnya dia duduk di atas salah satu bata yang ada di situ.
Dia memeluk kedua-dua lututnya dan membenamkan wajahnya ke situ seperti budak kecil yang sedang menangis.
Hun memandangnya daripada jauh. Kesian pula dia tengok keadaan anne ketika ini. Langkah diatur menghampiri anne.
"anne, jom masuk. Hujan lebat ni, anne. Nanti awak demam.. " lembut saja suara hun menuturkannya.
Anne hanya diam. Masih di posisi yang sama. Hun mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelahnya.
"saya tahu awak dah dengar semuanya tadi.. " hun bersuara. Dia berjeda seketika.
YOU ARE READING
Dark Fate
VampireShe is the one. She is the choosen one. No. But this is her fate. Her dark fate. Her fate to be reborn as a vampire. Can she accepted what had happened to her?