Bab 3

126 11 0
                                    

Anne menggosok matanya perlahan-lahan. Pandangannya agak kabur dan bawah matanya bengkak kerana banyak menangis.

Dia bangun daripada pembaringannya. Diperhatinya sekeliling rumah agam yang besar itu. Lampu-lampu yang tergantung berukirkan bunga di dinding semuanya sudah terpasang. Dia membuang pandang ke arah tingkap kaca yang berada di ruang tamu tersebut. Sudah pagi ke?

Dia bangun dan mengorak langkah ke arah jendela tersebut. Langsir diselak supaya memberi ruang kepada cahaya matahari untuk masuk. Sudah tengahari rupanya. Lama betul dia tertidur. Anne mengeluh. Rasa sakit hatinya masih terasa akibat kejadian semalam. Akibatnya dia banyak menangis. Banyak membuang air matanya untuk perkara yang mereka buat kepada hidupnya kini. Kenapa baru kini mereka datang setelah dia selesa dengan hidupnya kini?

Keluhan berat dilepaskan. Air matanya bertakung di kolam matanya. Sudahlah, dia penat. Dia sudah penat menangis semalam.

Langkahnya diatur ke tingkat atas pula. Dia mahu menuju ke biliknya. Pintu berwarna putih dicari.

Setelah dijumpai, tombol pintu itu dipulas dan anne memandang suasana di dalam bilik itu. Katil yang bersaiz king itu menjamah pandangannya terlebih dahulu. Dia menapak masuk perlahan-lahan. Pintu bilik ditutup dan dikunci.

Kakinya bergerak menghampiri katil tersebut. Badannya dihempas ke atas katil itu. Hm.. Selesa. Matanya dipejam seketika.

Dia mengeluh perlahan. Membuka matanya kembali. Perlahan dia bangun dan memandang suasana bilik itu semula. Besar dan kemas. Dinding biliknya yang bercat berwarna biru laut sedikit sebanyak menenangkan hati dan jiwanya kini. Langsir yang berwarna putih dilihatnya. Dia melangkah ke arah tingkap biliknya dan menyelak sedikit langsir bilik tersebut membiarkan pancaran matahari menerangi bilik tidurnya.

Pandangannya tertumpu pula ke arah sebuah kebun bunga yang berada di hadapannya kini. Bibirnya mengukir senyum. Kebun bunga..

"kau sukakan bunga? " anne menoleh ke arah suara itu. Dadanya berdebar kencang akibat terkejut. Ma.. Macam mana dia masuk??

Mingyu tersenyum sinis dan bergerak ke arah tingkap biliknya seraya menghampirinya. Anne menelan liur. Mingyu memandangnya. Lama.

Renungan daripada mingyu cukup mendebarkan jantungnya. Fuh, jantung. Kau jangan berdegup laju sangat. Aku nak guna kau lama lagi. Please.

"you know what.. " mingyu menutup kembali langsir yang diselak oleh anne sebentar tadi. Anne hanya kaku di situ membiarkan sahaja mingyu menutup semula langsir yang diselaknya tadi. Hatinya gundah gulana. Mindanya diasak pelabagai persoalan. Tapi, satu aje yang dia nak tahu sekarang ini. Dia datang nak marah aku ke selepas apa yang terjadi semalam?

"you can go there if you like those flower.. " mingyu tersenyum. Anne mengangkat wajahnya memandang mingyu. Hah? Bagaikan tak percaya mingyu membenarkannya pergi ke kebun bunga tersebut.

" O.. Okay... " mingyu tersenyum lagi. Anne mendiamkan diri sekejap. Jadi.. Dia tak marah kan? Kan? Hm.

Senyap seketika.

"i'm glad you didn't run yesterday.. I think you obeyed what we warning you last night. Does it make a sense? "

Anne tertunduk dan perlahan-lahan mengangguk. Dia memang tiada kudrat mahu melarikan diri semalam. Tapi jangan ingat dia takkan cuba lari selepas ini. Huh..

Mingyu mengangguk kecil.

"tapi, tak semudah tu awak nak give up kan? So, saya tak terkejut kalau selepas ini awak bercadang nak larikan diri. " tambah mingyu.

Erk.. Anne hanya diam. Fine.. Dia kalah. Mingyu lebih tahu. Mereka lebih tahu. Perbuatannya mereka dapat hidu terlebih dahulu. Anne mengeluh.

Dark FateWhere stories live. Discover now