Kenyataan ataupun auta masih mampu belum diterima oleh anne. Kebenaran atau sekadar penganggapan membuatkan dia resah dan buntu. Gadis di dalam gambar itu..membuatkan dia membuat pelbagai spekulasi.
Anne tidak betah lama di situ. Dirinya asyik diasak pelbagai persoalan. Langkah diatur jauh dari situ. Saat itu dia melewati sebuah bilik yang pintunya separuh terbuka. Anne berhenti di hadapan bilik itu.
Bilik siapa ini? Mingyu ke? Jonghyun? Atau hun?
Dia ingin mengintai siapa di dalam namun dia takut. Perasaan ingin tahunya menggunung saat ini. Tapi..
"saya tahu awak ada dekat luar.. "
Erk.. Anne kaku. Dadanya berdegup laju.
It's mingyu's room. Detik hatinya.
Dia mengeluh dan menolak daun pintu tersebut. Anne memandang mingyu yang bersandar di sofa di dalam bilik tersebut.
Mingyu mengukir senyuman. Tangannya dikeluarkan daripada poket.
Duhh.. Senyuman tu.. Anne tertunduk. Jantungnya mula berirama.
"maaf. Saya bukan nak menganggu. Kebetulan aje saya lalu dekat sini.. Saya.. Saya pergi dulu.. " pamit anne dengan menggelabah. Dia tidak selesa berada di situ. Saat dia ingin beredar, mingyu terlebih dahulu berada di hadapannya.
Anne terkejut. Mereka saling bertatapan.
"don't try to get away from me.." tutur mingyu. Ayat itu menyelinap masuk ke dalam jiwa anne. Wargh. Jantung aku.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Gila betul! Anne ditarik bawa masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup.
Anne menelan liur. Mampus aku. Apa yang dia nak buat??
Mingyu mendekat. Anne berundur setapak demi setapak.
"so, apa yang awak rasa sehari berada di rumah ni? "soalnya. Anne diam sejenak. Apa yang aku rasa? Rasa..
"berdebar? "
Ya. Berdebar.
Eh? Anne memandang wajah mingyu yang tersenyum sinis.
"i told you before that i heard your heartbeat beating so fast.. " kata mingyu lagi.
Adui, wajahnya mula merona merah. Dia tertunduk. Habistu kau nak aku hentikan degupan jantung ni? Kalau hentikan, tak hiduplah aku! Huh, mingyu ni pun satu!
Eii, boleh tak aku nak keluar dari sini? Serious, aku malu gila sekarang! Mana nak letak muka aku ni weh?
Mingyu makin mendekatinya. Dia makin resah dan gelisah. Wargh. Dia nak buat apa ni??
Kaki semakin ke belakang sampai bertemu dinding. Ah! Sudah! Tamatlah riwayat aku hari ni.
"tell me your name.. "mingyu berbisik. Fuh, longgar sendi lutut anne ketika itu. Dadanya malah berdegup lebih kencang daripada biasa.
Matanya nak tak nak memandang mingyu. Takut. Resah. Segan. Semua rasa bergabung menjadi satu.
Dia melekapkan sebelah tangannya di dinding. Gulp! Sebelah lagi dimasukkan ke poket seluarnya. Matanya redup memandang anne.
Anne rasa mahu pengsan sekarang ni. Di dalam keadaan yang macam tu, tolonglah sesiapa selamatkan dia. Dia tak sanggup nak bertentang mata dengan mingyu. Langsung tak sanggup. Huwaa.
"na..name? " mingyu mengangguk.
"yes. Your full name.."
"em, anne.. "
"anne? " fuh, nafas ditarik perlahan-lahan sebelum dihembus. Tersekat-sekat anne ingin menuturkan nama penuhnya.
"anne. Anne for annabella. Nama penuh saya annabella rose.. "jawab anne.
Mingyu terdiam sejenak. Jelas dia terkejut dengan nama penuh anne. Dadanya bergoncang hebat apabila nama itu dituturkan. Huh.
"nama korean? " soal mingyu lagi.
"Lee an na.. "
Mingyu diam lagi. Tangannya diturunkan daripada dilekapkan di dinding.
Anne mengeluh lega. Fuh..Tapi, kenapa mingyu macam tu? Dia..macam kelihatan terkejut. Aku salah cakap ke?
Pintu dibuka dari luar.
"mingyu, kau ada nampak anne tak? Sebab dia tak ada dalam bilik dia.. " soal hun yang masih tidak perasan akan anne di situ.
Mingyu dan anne menoleh ke arah hun.
"anne? "hun menyoal. Anne hanya tersengih dan segera menapak keluar dari situ.
Hun hanya melihat anne keluar dengan buntu. Dia memandang mingyu yang lain macam itu. Ada sesuatu yang terjadi ke?
"annabella rose.. "
Hun tersentak.
"kenapa? Kenapa kau sebut nama keramat tu? "soalnya.
"nama penuh anne. Annabella rose."bagitahu mingyu.
Jawapan mingyu membuatkan hun hilang kata-kata.
ANNE berlari anak ke biliknya. Fuh. Sampai pun. Macam nak pecah aje jantungnya tadi. Untung hun masuk. Dia menarik nafas lega.
Pintu bilik dibuka dan dia segera duduk di birai katilnya. Nafasnya disusun dengan teratur sambil memikirkan reaksi mingyu sebentar tadi.
Apa salah dekat nama aku? Aku rasa aku dah bagitahu nama aku yang betul. Ke aku salah cakap sebab aku nervous sangat? Ya. Boleh jadi!
Tapi, takkan lah. Mustahil. Aih..
"betul nama kau annabella rose? " soal jonghyun yang berdiri di hadapannya.
Anne tersentak. Bi.. Bila masa pula dia masuk?
"y..ya.. "jawab anne tersekat-sekat. Dia cuba bertenang. Bila pula jonghyun tahu? Dia ada bersama mingyu dan hun ke tadi?
Jonghyun memandangnya tajam. Anne menelan liur. Dia bangun daripada duduknya.
Tanpa diduga jonghyun segera pergi dari situ. Anne terdiam dan termangu. Dia semakin pelik. Kenapa dengan namanya?
Bibirnya diketap. Takkanlah nama dia sama macam gadis dalam gambar tu pula? Sudahlah muka sudah persis, takkan namanya sama pula?
Itu bukan sekadar kebetulan. Itu memang takdir dan gadis itu memang dia!
Huh.. Anne terduduk kembali. Malam ini, malam ini dia harus mencari tahu. Dia akan paksa mingyu memberitahunya. Tak pun chahun. Jonghyun? Ditolak sejauh mungkin. Dia takut dengan jonghyun yang sejak awal agak dingin dengannya. Apa entah salah dia. Bercakap pun dingin semacam. Agaknya dia dulu tinggal dalam peti ais kot. Tu sebab dingin semacam.
Boleh jadi. Dia orang kan vampire. Peti ais tu kan lebih kurang macam coffin. Anne tergelak kecil.
Jadah apa dia merepek ni.
Dia akan cari tahu juga. Kalau dia orang tak bagitahu, tahulah dia apa yang dia nak buat.
To be continued..
-------------------------------------------------------------
A/N: yow. Hihi. So, mcm mne dgn chap ni? Hihi. Ah.. Sebelum tu bg tidak mengelirukan readers sekalian,
Pelakon yg trdpt dalam ff ni adalah1.mingyu -seventeen-
2.jonghyun-cn blue-
3.chahun-N. Flying-
4.mina-AOA
5.anne(annabella rose) -sila imagine sendiri wajahnya) XDOk. Itu aje. Comment anda amat dtggu dan dihargai. Comment andalah yg support saya utk mnyambung episode ff ini. Hihi.
Ok. Bye. See u in next chap. 😘😘
YOU ARE READING
Dark Fate
VampireShe is the one. She is the choosen one. No. But this is her fate. Her dark fate. Her fate to be reborn as a vampire. Can she accepted what had happened to her?