001

9.3K 675 14
                                    

Mrs. Song memasuki bilik latihan. Bilik yang tadinya hiruk-pikuk bagaikan di pasar malam menjadi sunyi sepi sebaik sahaja Mrs. Song melangkah masuk.

"Kamu semua buat apa bising sangat hah? Kan saya dah cakap berlatih! Competition tinggal lagi seminggu je."

Dia bercekak pinggang dan membesarkan matanya memandang ke arah pelajar-pelajar yang sudah bertempiaran mengambil tempat masing-masing.

"Wei, Fei mana?"

"Tadi dia ada je dekat sini... Korang nampak tak kat mana dia?"

Mrs. Song menangkap bunyi-bunyi halus yang berbisik.

"Kenapa tak mula lagi?!"

"Er.. Fei tak ada."

"Huh, mana pula budak ni per-"

"Sorry madam. Saya pergi tandas tadi."

Seorang gadis berambut ikal mayang dengan wajah yang putih bersih menyapa dan bow sebagai tanda hormatnya kepada Mrs. Song dari arah pintu. Dia kelihatan kelam-kabut memasuki barisan.

"Music please."

Semua pelajar mengikut langkah Fei dan memulakan tarian.

***

"Hah, penatnya.."

Fei meneguk rakus air di dalam botol mineralnya.

"Nasib baik Mrs. Song tak mengamuk tadi. Kalau tak, habis lah kita semua kena denda buat split. Huh, lepas tu sakit sampai esok."

Rin ketawa kecil.

"Ala, kau mesti nak kata ni salah aku kan? Nak buat macam mana dah aku sakit perut tadi."

"Tak adalah. Kalau kau yang buat salah tak mungkin madam nak marah. Kau kan anak kesayangan dia."

"Ei, mana ada! Kau ni suka perli aku."

"Adalah! Sebab kau kan top student dalam pelajaran. Dalam ballerina pun kau top juga. Pergi mana-mana competition mesti menang. Sebab tulah semua orang sayang kau."

"Ish kau ni-"

BUKKK!!

"Omo! Sakitnya kepala aku!!"

Fei menjerit nyaring. Dia menggosok-gosok kepalanya terasa berdenyut seraya mencari bola yang melayang ke kepalanya tadi.

"Ei tak guna betul lah. Siapa yang baling bola ni?!"

Rin menarik tubuh badan Fei ke belakang. Cuba mengelakkan Fei daripada bergaduh dengan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain bola keranjang.

"Fei dah biar jelah dorang ni. Kita masuk kelas okey jom."

Tak berhasil. Fei tetap melangkah laju ke arah gelanggang bola keranjang. Seorang lelaki yang tinggi dengan rambut blonde menghampiri Fei. Tersenyum sinis.

"Well. Look guys. The hottest chick is here."

Dia ketawa sekuatnya, sambil memandang ke arah rakan-rakannya yang turut ketawa.

"Hey Kim Taehyung! Kau buta ke? Shoot bola entah ke mana-mana!"

Fei merengus kasar. Matanya galak memandang lelaki di hadapannya.

"First, aku tak buta. Second memang aku aim bola tu dekat kau pun!"

"Stupid!!'

Fei membaling bola di tangannya ke arah wajah Taehyung. Darah mengalir perlahan dari hidungnya. Taehyung memegang hidungnya.

"Da...darah. Shit punya perempuan. Sini kau!"

Taehyung menarik kasar rambut Fei sehingga Fei terjatuh ke tanah. Rin panik. Dia menarik pergelangan tangan Fei.

"Fei! Dah tu nanti kau cedera!"

Kata-kata Rin bagaikan angin yang berlalu di telinga Fei. Dia menjadi lebih agresif dengan menumbuk-numbuk Taehyung sekuat hati. Sehinggalah...

"Kim Taehyung! Song Yi Fei! Ikut saya ke pejabat sekarang!"

Semua mata tertumpu pada pengetua yang sudah bercekak pinggang sambil membetulkan cermin mata besarnya. Rin menggumam.

"Aku dah kata stop..."

***
"Kenapa kamu berdua bergaduh?!"

Suara pengetua bagaikan petir yang kuat dan kilat sabung-menyabung. Membuatkan dua orang pelajar yang berada di hadapannya menggigil ketakutan.

"Dia yang mulakan. Dia baling bola dekat saya."

Fei menuding jari ke arah Taehyung.

"Tapi dia baling bola dekat saya sampai hidung saya berdarah! Pengetua tengoklah ni."

Taehyung menunjukkan tisu yang mempunyai kesan darah pada pengetua.

"Haih, kamu berdua ni top student dekat sekolah ni tau. Tak boleh ke kamu berdua jangan bergaduh? Dalam seminggu kalau saya tak jumpa kamu berdua memang tak sah. Ada je masalah."

Pengetua menghembus nafas berat seraya memicit-micit dahinya. Stress dibuatnya dengan perangai dua orang ni. Fei hanya membisu sementara Taehyung masih sibuk membelek hidungnya.

"Macamlah cantik sangat hidung tu."

Fei membisik halus.

"Hey please lah. Jangan buat aku rasa nak tumbuk kau dalam bilik pengetua ni."

Suara Taehyung kedengaran menggeletar. Dia mengenggam penumbuknya. Berusaha menahan kemarahan.

"Baiklah. Since saya dah penat tengok kamu berdua gaduh, saya akan kenakan denda sebagai hukuman."

Fei dan Taehyung memandang wajah pengetua dengan perasaan yang berdebar-debar.

•vote•
•comment•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now