018

3.3K 438 11
                                    

Fei terbangun dari lenanya yang indah bila terdengar bunyi pancuran air dari tandas.

Dia duduk dari pembaringan. Tangannya memegang perut. Sakit yang dirasa semalam sedikit berkurangan lepas Taehyung letak ubat.

"Good morning Fei!"

Suara Taehyung kedengaran ceria. Fei hanya tersenyum. Dia berdiri untuk ke tandas. Entah kenapa, kakinya terasa tak berdaya. Dia jatuh. Terduduk terjelepok.

"Eh, asal ni?"

Taehyung berlari ke arah Fei dan memegang pinggangnya.

"Tak. Aku rasa pening sikit. Tak apa aku okay."

Fei berusaha bangun dengan kekuatannya. Namun dia tak bergerak seinci pun.

"Kau nak pergi mana?"

"Tandas. Nak mandi..."

"Kaki kau cramp ke?"

"Entah, tapi tak dapat nak bangun lah Tae."

Fei merengek. Perasaannya sungguh kecewa. Dengan tak nampaknya, perut pula masih sakit. Sekarang kaki pula buat hal.

"Tak apalah. Aku dukung kau sampai tandas okay."

Fei tak mampu berkata apa-apa kerana sememangnya dia perlukan bantuan.

Di dalam tandas, Taehyung mendudukkan Fei di atas sinki yang luas.

"Eh, kau letak aku kat mana ni?"

Suara Fei kedengaran cemas.

"Atas sinki. Jangan risaulah kau takkan jatuh. Kau tu ringan je. Aku ada kat depan ni kalau jatuh pun aku sambutkan."

"Yang kau letak aku kat sini kenapa? Aku nak turun."

Tangannya memegang dinding. Cuba untuk turun.

"Jap, kau duduk diam-diam."

Taehyung menghalang.

"Okey, aaaa."

"Hah?"

"Bukalah mulut. Kalau tak macam mana nak gosok gigi."

"Kau okey tak ni Tae? Kau sakit eh?"

Fei bertanya. Suaranya menggambarkan kerisauan.

"Hahaha aku okeylah pabo. Cepatlah buka mulut. Nanti kau susah nak cari berus gigi, letak ubat gigi segala."

Fei hanya menurut. Selepas menggosok gigi, Taehyung mengambil botol pencuci muka Fei dan memicit cecair itu pada tapak tangannya. Dia menggosok kedua belah tangannya sehingga membentuk buih sabun.

Perlahan-lahan, dia sapukan pada wajah Fei. Fei terkedu. Tanpa dia sedari, air matanya bergenang di pelupuk mata.

Selesai semuanya, Taehyung meninggalkan Fei di dalam tandas untuk membersihkan diri.

***

Fei yang baru sahaja selesai memakai pakaian, melangkah ke ruang tamu. Taehyung yang sedang menonton televisyen memberikan ruang kepada Fei untuk duduk di sebelahnya.

"Kau tengok cerita apa?"

"Pinocchio."

Jeda.

"Kau nak makan?"

Taehyung mengalihkan pandangannya pada Fei.

"Tak. Aku kenyang."

"Hm, aku nak keluar beli makanan jap lah."

Taehyung mencari dompetnya di dalam beg.

"Balik lah rumah kau terus."

Tangan Taehyung berhenti mencari dompetnya tatkala mendengar kata-kata Fei. Dia memejamkan mata. Mencari kekuatan. Dia kembali ke sisi Fei, memusingkan tubuh badan gadis itu untuk menghadapnya.

"Kau betul-betul nak aku pergi?"

Angguk.

"Kau boleh hidup tanpa aku?"

Angguk.

"Tapi aku tak boleh hidup tanpa kau, Fei."

Taehyung menundukkan wajahnya. Kekuatan yang masih tersisa dalam diri dicari untuk berhadapan dengan kata-kata Fei yang seterusnya.

"Sejak bila? Sejak aku buta? Sejak kau rasa serba salah dengan aku?"

Jeda.

"Listen, aku tak nak hidup di bawah simpati kau. Daripada awal lagi mindset aku save kau as orang yang tak patut aku percaya. Aku tau apa yang kau cakap tadi semua tu hanya tipu semata-mata, kau kesian dekat aku kan? Sebab tu kau layan aku macam ni?"

"Tak, aku-"

"Aku tak nak dengar apa-apa Tae. Cukuplah apa yang dah menimpa aku selama ni. Lagi pun sampai bila kau tak nak pergi sekolah semata-mata nak jaga aku. Kau ada peluang cerah nak berjaya, kau pandai kau kaya. Even kalau kau gagal dalam exam pun kau masih ada cafe yang boleh support kau. Tapi aku? Nothing. Parents dah tak ada. Mata tak boleh nampak. Apa yang ada dekat aku sampai kau sanggup korbankan masa depan kau? Pergilah Taehyung, aku tak nak jadi bebanan orang."

Fei memalingkan wajahnya, air mata yang dari tadi bergenang mula menitis membasahi pipinya. Taehyung terkedu. Setiap apa yang diungkapkan Fei sebentar tadi benar-benar merobek hatinya. Hancur luluh semangatnya untuk mendapatkan kepercayaan Fei.

"Fei.."

Tiada respons.

"Okay, kalau kau nak sangat aku pergi. Aku pergi."

Taehyung bangun, dan mula mengemaskan segala barangannya. Fei masih duduk berteleku di atas sofa dengan wajah yang sangat runsing.

Selesai semuanya, Taehyung menghadap Fei.

"Aku minta maaf. Disebabkan kesilapan aku yang dulu, kau tak dapat percayakan aku, aku tau ni semua salah aku. Memang patut aku undur diri."

Taehyung menarik nafas. Menahan air matanya daripada mengalir.

"Tapi kau kena ingat. Aku sentiasa ada untuk kau. Kalau kau perlu apa-apa, call lah aku. Kalau ada masa aku singgah rumah kau. Ni, kunci pendua rumah kau."

Suara Taehyung kedengaran bergetar. Kunci di tangannya diletakkan di atas tangan Fei. Fei pula hanya menundukkan wajahnya sedari tadi.

"Bagi aku tengok muka kau Fei. For the last time maybe?"

Tangan Taehyung memegang dagu runcing Fei dan menolaknya ke atas. Wajah Fei dibasahi air mata. Hidung dan matanya memerah. Bunyi esakkannya tersekat-sekat kerana dia cuba menahan daripada sebarang bunyi. Tanpa disangka-sangka, Taehyung mendaratkan bibirnya pada dahi Fei.

"Aku pergi dulu."

Derapan kaki Taehyung hilang bersama bunyi keriutan pintu ditutup. Meninggalkan Fei dalam dilema dan air mata.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now