005

3.8K 482 25
                                    

Seminggu berlalu....

Fei kelihatan asyik berlatih tariannya. Nilah caranya dia melepaskan stress. Selama seminggu dia berkerja, pelbagai cacian dan tohmahan yang dilemparkan oleh Taehyung padanya.

Hati perempuannya tersinggung. Cukup 3 bulan kerja dekat situ, dia nekad berhenti.

Penat berlatih berseorangan, biasanya ada Rin yang menemani. Celotehnya tak pernah buat Fei rasa sunyi. Sejak Rin berpindah, kesunyian yang menghimpitnya semakin menjadi-jadi.

Dia terduduk seraya memandang cermin besar di hadapannya. Pantulan wajahnya dipandang.

"Makin kurus aku ni. Baik aku pergi makan sebelum jadi tulang rangka."

Dia melangkah malas ke ruang makan sekolahnya. Baru saja dia nak duduk makan, pinggan makanannya ditolak kasar. Makanan yang berada dalam pinggan jatuh ke lantai.

"Hey! Apa masalah kau ni?"

Fei menjerit kasar. Sulli hanya tersenyum sinis. Begitu juga konco-konconya yang berada di kiri dan kanan Sulli.

"Masalah? Hm, biar aku fikir kejap."

Sulli membuat gaya orang berfikir.

"Tak adalah aku rasa. Hahaha, korang ada masalah ke girls?"

Sulli memandang wajah "girlsnya" sambil berpeluk tubuh. Semuanya hanya menggeleng.

Fei POV:

Aku tak nak panjangkan pergaduhan. Dengan hati yang sarat dengan kemarahan, aku beratur semula untuk membeli makanan. Malas aku nak gaduh. Dekat sini dah lah ramai orang.

Baru je aku beratur, terasa ada cecair yang melekat pada kepalaku. Perlahan-lahan ianya mengalir turun ke dahi dan wajahku.

Telur?

Seketika aku terkedu. Bila semua pelajar yang ada di ruang makan tersebut membaling telur pada aku. Aku jadi panik. Tak tau mana nak pergi.

Akhirnya, aku hanya menundukkan wajahku. Menerima dengan hati yang menangis. Apa lagi aku boleh buat? Mereka terlalu ramai.

"Stop it guys. Kesian dekat waiter kita ni."

Sulli memegang kasar pipiku.

"Alolo, dia nangislah. Macam mana ni? Hm... mungkin dia nak kita baling tepung pula?"

Aku memejamkan mata.

***
Author POV:

Di dalam tandas perempuan, terdengar suara seseorang menangis di kubikel yang paling hujung.

Fei. Sedang menangis. Pakaiannya dikotori tepung dan telur. Rambut dan wajahnya basah sebab dia dah mencucinya. Hatinya terlalu sakit.

"Kenapa dorang layan aku macam ni? Rin... aku rindu kau. Kalau kau ada mesti semua ni takkan jadi.."

Fei mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama Rin dicari. Agak sukar kerana penglihatannya kabur dibasahi air mata.

Cukup 5 kali Fei mendail nombor sahabat baiknya. Namun panggilannya tak berjawab.

"Kau tak nak angkat call aku. Kau pun mesti benci aku kan Rin? Apa salah aku sampai dorang buat aku macam ni? Salah ke aku kerja dekat cafe tu?"

Dan dia terus menangis.

***
Malam tu, Fei melangkah memasuki cafe dengan wajah yang pucat dan langkah yang longlai. Serasa tubuh badannya sungguh tak bermaya. Hari-hari dia balik lewat.

Dapat tidur pun sekejap je. Lepas tu dia kena pergi sekolah pula. Balik sekolah kena siapkan latihan.

Dia memasuki dapur seraya mengambil pinggan dan mencucinya. Sejak hari pertama dia terlambat, positionnya telah ditukar. Kei mengambil tempatnya sebagai waiter.

Fei memulakan tugasnya. Sampai pinggan yang ke 10, dia terlelap. Matanya tidak dapat menahan kantuk yang menguasai diri.

'PRANNGGG!!'

Tersentak dari tidurnya, kelam-kabut dia mencari arah bunyi tadi. Wajahnya bertambah pucat bila melihat pinggan yang sudah pecah berteraburan di atas lantai.

"Oh my god, Fei! You are gonna be a dead meat tonight...."

Kei menutup mulutnya apabila dia ternampak Taehyung yang memasuki kawasan dapur dengan wajah yang bengis.

Sampai sahaja di hadapan Fei, dia menampar pipi mulus Fei sekuatnya.

"Bodoh! Cuci pinggan pun kau tak reti ke? Memang salah lah keputusan aku bagi kau kerja ni!!"

Air mata mengalir laju pada pipinya. Rasa perit akibat tamparan tadi bertambah perit dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Taehyung.

"Aku nak kau kemaskan semua ni, sekarang!!'

Fei menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba menangkan hatinya.

Perlahan-lahan, dia tunduk dan mengutip satu persatu serpihan kaca di lantai.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now