016

3.2K 412 15
                                    

Fei POV:

Pukul berapa ni? Aku mencari-cari jam loceng di sisi katil. Seketika cuma bila aku teringat yang aku dah tak nampak apa-apa.

Perut yang terasa memulas-mulas membuatkan aku rimas. Nak bangun ke tandas? Sungguh aku malas. Nak cari arah lagi, nak buka paip satu hal lagi.

Tapi sakit yang mencengkam perutku tak dapat aku tahan. Wajahku dihiasi manik-manik peluh dingin yang mula terbit.

"Tae... Taehyung.."

Author POV:

Fei memanggil-manggil nama Taehyung. Suaranya yang perlahan menyebabkan panggilannya bagaikan berlalu ditiup angin.

Selang beberapa saat, Fei tak dapat menahan lagi sakit di perutnya. Dia menjerit memanggil Taehyung.

"Hah, kenapa Fei? Asal kau jerit-jerit ni?"

Taehyung yang berada di muka pintu mencari nafas. Wajahnya menggambarkan kerisauan.

"Perut aku.. Sakit sangat. Aku tak tau kenapa."

Fei mengerang kesakitan. Dia menyelimutkan separuh badannya seraya mengguling ke kiri kanan.

"Kau salah makan ke?"

Taehyung menghampiri Fei seraya duduk di birai katil.

"Aku makan bubur tadi tu jela."

Kedua-duanya kelihatan buntu. Sehinggalah Fei teringat sesuatu.

"Em, aku rasa aku dah tau kenapa aku sakit perut."

"Kenapa? Nak aku bawa pergi jumpa doktor?"

"Tak payah. Aku rasa masa aku dah sampai. Bila aku kira-kira memang patutnya hari ni."

"Kau nak pergi mana?!"

Taehyung memegang tangan Fei. Sejuk.

"Tak pergi manalah. Aku rasa aku.... period."

Fei menarik tangannya dari genggaman Taehyung. Sesudah Fei berkata, dia menarik selimut menutupi seluruh badannya. Taehyung ketawa kecil.

"Tae, kau boleh tolong tak? Pimpin aku pergi tandas."

Taehyung merangkak ke tengah-tengah katil seraya mendukung Fei. Wajahnya kelihatan pucat.

"Ish kau tau tak makna perkataan 'pimpin'?"

Fei menggumam. Taehyung hanya ketawa kecil. Dia meninggalkan Fei di dalam tandas. Kemudian dia menutup pintu.

"Kalau kau perlu apa-apa bagitau eh. Aku tunggu kat luar ni."

Baru sahaja Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya, Fei menguak daun pintu seraya menjengukkan sedikit wajahnya.

"Em, boleh tolong ambilkan... benda tu?"

"Benda? Benda apa?"

"Benda yang perempuan selalu pakai kalau period lah pabo."

"Oh okay cakap lah direct aku tak faham corner-corner ni. Kat mana?"

"Kat dalam almari baju aku. Laci first."

Puas Taehyung menyelongkar laci yang dikatakan Fei. Namun habuk pad pun tak nampak.

"Tak ada pun Fei. Kau sure ke kau letak sini?"

"Sure sangat. Memang aku letak kat situ je. Aduh macam mana ni? Habis ke eh?"

Taehyung berfikir sejenak. Dia menutup laci dan almari kemudian berjalan ke arah Fei.

"Kau tunggu kejap. Aku lari pergi kedai bawah tu beli."

Fei mengganguk. Dia mendengar derapan tapak kaki Taehyung semakin lama semakin hilang.

***

10 minit kemudian...

Taehyung muncul dengan bajunya dibasahi peluh. Dia mengetuk pintu tandas.

"Fei, aku dah sampai ni."

Selang beberapa saat, wajah Fei terpacul di sebalik pintu. Taehyung menghulurkan plastik yang berisi sekotak pad kepadanya. Fei menyambut dan kembali hilang di balik pintu.

"Huh, penat betul berlari. Kalah Usain Bolt."

Taehyung mengipas-ngipas dirinya yang dikuasai bahang. Bilik yang tadinya dirasa sangat dingin dengan suhu aircond 26° kini terasa bagaikan di bawah matahari.

Tak dapat menahan panas yang melampau, dia menukar pakaiannya. Mindanya memutarkan apa yang berlaku pada Fei sebentar tadi.

Dia mengeluarkan telefon dari poketnya, mencari contacts yang tertulis 'Mama'.

Jumpa. Taehyung menekan call. Talian disambungkan. Kedengaran suara emaknya di hujung talian.

"Hello, mama...."

•comment•
•vote•

Thankyou♡

blind | taehyungWhere stories live. Discover now