012

3.5K 496 7
                                    

Hari-hari yang berlalu begitu menyesakkan jiwaku. Setiap hari rutin yang sama aku lakukan.

Pagi, pergi ke sekolah dengan mengekori langkah Fei dari belakang. Pulang dari sekolah juga begitu. Sampai je rumah dia terus masuk bilik sampai malam barulah dia keluar makan. Tu pun roti je. Makin kurus dibuatnya dia.

Lepas makan, dia masuk bilik semula sampailah pagi esok. Aku hanya mampu mengeluh. Membayangkan berapa lama lagi dia akan terus terperap dalam bilik tu.

Mungkin dia perlukan seseorang untuk menemani dia? Maksud aku dalam keadaan wujud. Yang dia boleh bercakap dengan.

Tersentak dari lamunan, bila terdengar Fei bersin. Mataku terarah padanya yang sedang berjalan menuju ke arah aku.

Fei semakin menghampiri sofa yang aku duduki. Sepantas kilat aku bangun dan berdiri di tepi. Aku hanya memerhati dia meraba-raba meja. Mencari remote control.

Jumpa. Dia menekan punat-punat yang ada. Tapi televisyen masih berskrin gelap. Aku berjalan ke hadapan televisyen dan menekan suis on.

Rancangan Running Man sedang bersiar pada waktu itu. Fei hanya duduk bersandar seraya mendengar butir percakapan mereka. Sesekali dia ketawa kecil.

Hatiku dipagut rasa sayu. Kalau lah dia boleh nampak...

***

Aku terjaga dari tidur bila ada sesuatu yang menyentuh wajahku. Dalam keadaan mamai, aku membuka mata.

Fei. Sudah berada di hadapan aku. Mindaku berkerja keras mengingati apa yang terjadi.

Oh. Aku tertidur di atas lantai bersandarkan dinding semasa Fei asyik menonton rancangan Running Man tadi.

"Si...siapa ni?"

This is not good. Kalau aku cakap aku Taehyung confirm aku kena bunuh. Tapi kalau tak nak cakap siapa? Nak cakap aku buat apa pula dalam rumah ni?

Argh serabut.

"Hey! Pencuri? Tolonglah jangan apa-apakan aku. Kalau kau nak barang dalam rumah ni ambil lah. Tapi jangan sentuh aku.."

Tiba-tiba dia menangis. Semakin lama dia melangkah semakin ke belakang. Sehinggalah...

"Auch!"

Badannya terlanggar dinding. Aku ketawa kecil. Kalaulah dia boleh tengok riak wajahnya sekarang.

Aku berjalan ke arahnya yang sudah mengusap kepalanya. Kedengaran dia mengerang kecil. Seketika cuma ketawaku berbaki. Bila aku lihat darah yang mengalir dari kepalanya menitis ke lantai. Aku jadi panik. Aku meluru ke arahnya dan memegang kedua belah bahunya.

"Fei, pusing."

Dia kelihatan runsing. Aku hiraukan persoalan yang bertamu pada mindanya. Apa yang aku pentingkan saat ini, keselamatan dia.

"Macam mana boleh darah ni?"

Sekilas mataku menangkap objek yang mungkin menjadi puncanya. Paku. Yang terpahat pada dinding.

"Tae... Taehyung?"

"Hm."

Aku masih sibuk membelek kepalanya.

"Kenapa, kenapa kau dekat rumah aku?"

Aku masih tak hiraukan soalannya. Aku terlalu risaukan keselamatannya sekarang.

"Hey! Jawablah! Kau buat apa kat sini?"

"Jaga kau."

Dia terdiam.

"Kau cakap apa ni?"

"Cakap apa yang kau nak tau."

Aku berlari ke ruang tamu dan mengambil ubat.

"Kau belum jawab soalan aku lagi. Kim Taehyung!"

Suara Fei sayup-sayup kedengaran di gegendang telingaku. Berlari semula ke tempat aku tinggalkan Fei. Tapi dia tak ada dekat situ.

Ah, sudah.. Mana pula dia pergi?

'Kreeeet'

Bunyi pintu berkeriut. Aku melihat pintu rumahnya sedikit renggang. Aku melangkah mencari arah Fei. Hujan yang turun semakin lebat merisaukan aku.

Aku yakin dia masih berada di sekitar kawasan rumahnya.

***

Author POV:

Taehyung mencari arah Fei di dalam kesamaran. Hujan yang lebat menyebabkan suasana menjadi gelap. Menyukarkan pandangannya.

Dia menuju ke arah Fei yang sedang berpeluk tubuh dan bersandar di dinding. Seluruh badannya dibasahi air hujan.

"Fei.."

Dia masih kaku.

"Hm. Let me explain please."

"Explain apa? Explain macam mana kau boleh ada dekat sini?"

"First. I'm sorry...."

"For what?"

"For everything. From the start I know you untill now. Aku tahu aku banyak.. sakitkan hati kau.. Aku.. Aku juga yang sebabkan kau jadi macam ni.."

Taehyung menarik nafas berat. Nampak sukar baginya untuk meneruskan kata-katanya.

"Second, aku minta maaf sebab masuk rumah kau tanpa izin. Let me be honest to you alih-alih dah tertangkap macam ni.. Sejak first day kau tak dapat lihat aku dah ada dalam rumah ni.."

"What...?"

Wajah Fei berubah serious.

Fei dah tahu Taehyung tinggal dengan dia! Apa yang Fei akan buat? Nak tau apa jadi? Tunggu chapter seterusnya hehehehe. Author minta janganlah jadi silent readers ╥﹏╥ Kalau suka cerita ni vote & comment eh. Author kesunyian ಥ⌣ಥ

blind | taehyungWhere stories live. Discover now