Seminggu sudah berlalu. Di malam yang sunyi, Rin yang sedang tidur di atas sofa, terjaga dari tidurnya bila terdengar bunyi seperti kaca jatuh.
Kelam-kabut Rin menjenguk Fei di atas katil. Matanya membulat bila melihat Fei sedang tergapai-gapai mencapai gelas yang sudah jatuh ke lantai.
"Doktor! Nurse!!! Fei dah sedar."
Rin dengan penuh bersemangat menjerit di luar pintu bilik. Selang beberapa saat, Doktor Choa dan beberapa orang nurse menerpa.
Fei yang masih keliru hanya mendiamkan diri. Dia terasa badannya diperiksa.
Selesai semuanya, Doktor Choa tersenyum gembira memandang Rin.
"Thanks god. Semuanya dalam keadaan baik."
Selepas Doktor Choa mengesahkan keadaan Fei, Rin terus memeluk erat tubuh kawan baiknya itu.
"One week waiting for you is so.... tiring babe. I miss you so much!"
"Ugh Rin kau buat aku tersepit."
"Ops sorry. Aku excited tau tak. Hahahaha."
Semua yang berada di dalam bilik itu tersenyum melihat keakraban dua rakan itu.
"Er, Rin... Kenapa mata aku berbalut ni?"
"Oh, panjang cerita dia. Biar doktor lah explain. Aku mana reti."
Fei mendengar penerangan Doktor Choa dengan teliti.
"Maksudnya... Sebelah mata aku boleh melihat?"
"Yep!"
Wajah Fei terus berubah gembira. Seketika cuma, soalan kembali mengasak mindanya.
"Jantung? Jantung aku? Macam mana aku boleh hidup kalau aku dah kritikal?"
"Ei kau ni dengar ke tak apa doktor explain tadi?"
"Ada orang yang sudah mendermakan jantungnya pada awak. Awak bertuah Fei sebab kebetulan masa tu ada-"
"Errrrr doktor! Cepatlah buka balutan mata dia. Fei mesti dah tak sabar tu."
Sepantas yang mungkin Rin memotong kata-kata doktor tadi. Risau perkara yang sebenar terbocor.
Doktor Choa mengganguk. Dia menanggalkan balutan tadi dengan bantuan nurse.
"Okey Fei. Buka mata awak perlahan-lahan. Jangan paksa. Kalau sakit bagitau saya."
Fei perlahan-lahan membuka matanya. Sedikit demi sedikit. Akhirnya... Matanya terbuka sepenuhnya. Sungguh tak dapat digambarkan perasaannya bila dia dapat melihat semula. Walaupun cuma sebelah mata, itu sudah memadai daripada tak dapat melihat langsung.
"Wah aku boleh nampak Rin!!! Aku nampak muka kau. Oh my god. Rindunya aku dekat kau."
Bermulalah sesi drama dan air mata. Doktor Choa dan nursenya berlalu pergi setelah menyelesaikan tugas mereka.
***
Rin membuka termos yang berisi bubur yang dibuatnya.
"Kau masak ke ni?"
"Eh taklah. Ayah aku yang masak."
Fei ketawa melihat wajah Rin yang sudah cemberut. Soalan apalah kau tanya ni Fei.
"Ala kau ni kenapa sensitif sangat? Aku tanya je. Sebab sebelum ni nak tengok kau masuk dapur.. boleh kira dengan jarilah berapa kali."
"Hahaha jahat lah kau ni. Aku sanggup turun dapur masakkan bubur untuk kau tau. Tapi aku tak tau lah rasa dia sedap ke tak. Yang penting, kau kena habiskan. Aku tak kira."
"Mana boleh! Tu paksa nama dia. Hahaha. Meh aku rasa."
Fei menyuapkan sedikit bubur yang masih panas itu.
"Agh panas!"
"Yah pabo. Dah nampak berasap macam tu kau tiup lah dulu bijak."
"Kau ni kejap kata aku pabo kejap bijak. Ish. Confuse aku."
"Biarlah hahaha. Makan je diam-diam boleh?"
Sebaik sahaja bubur tadi dikunyah, ingatannya melayang pada hari Taehyung menyuapkannya bubur.
"Hah, kenapa tiba je muka muram macam mati kucing?"
"Rin, kau ada jumpa Taehyung? Hm, Kim Taehyung. Yang dulu aku selalu gaduh tu."
Rin terdiam. Mindanya berasak-asak memikirkan bagaimana nak beritahu Fei.
"Ada. Hari tu."
"Nak pula dia jumpa kau.."
"Kau asal macam sedih je bila cakap pasal dia?"
Fei menceritakan segala yang terjadi. Walaupun Rin dah tahu sebab Taehyung dah cerita hari tu.
"Kau suka dekat dia ke Fei?"
Jeda.
"Kau boleh tipu orang lain, tapi kau tak boleh tipu aku dan hati kau tu."
"Ugh, entahlah Rin. Pening lah aku."
Fei malas mahu menyerabutkan mindanya, lalu dia meneruskan suapan bubur.
"Fei.. Kau nak tau tak siapa yang dermakan mata dekat kau?"
"Em, mestilah nak. Aku nak ucapkan terima kasih dekat dia sangat-sangat. Tapi kan aku pelik lah. Dia tak rasa rugi ke bagi mata dia dekat aku?"
"Tak rasanya. Sebab dia kata dia sayang sangat dekat kau."
"Eh, kau jumpa ke penderma tu?"
Angguk.
"Siapa?"
"Hm..."
"Siapa Rin?"
"Kau betul-betul nak tau?"
Angguk.
"Kim Taehyung."
2 more chapters to go~^^
•comment•
•vote•Thankyou♡
YOU ARE READING
blind | taehyung
Fanfiction"kau tak payah jadi fake. aku tau kau simpati je sebenarnya." strictly no plagiarism or copy! ©Sparkznle