Cuaca yang panas langsung tak dapat alihkan fikiran Taehyung daripada memikirkan tentang Fei.
Sejak dari tadi, apa saja yang dilakukan menjadi serba tak kena. Bola yang sepatutnya dihantar pada pasukan dia, dia baling pada pihak lawan.
"Tae, kau asal ni? Selama ni kau fokus je kalau main."
Suga mengambil tempat di sebelah Taehyung. Sementara menunggu rehat 5 minit mereka tamat.
"Tak ada apalah."
Taehyung hanya menggelengkan kepalanya. Cuba mengusir bayangan wajah Fei yang bertamu di minda.
"Aku kenal kau lama dah. Cerita lah maybe aku boleh tolong?"
Taehyung mengeluh berat. Satu persatu dia ceritakan apa yang terjadi dan perkara yang merunsingkan mindanya tika itu.
Wajah Suga berkerut-kerut sepanjang Taehyung bercerita.
"What?! Kau tinggal rumah dia tanpa dia tahu lah kiranya ni?"
"Hm..."
Taehyung membuang pandang ke arah gelanggang.
"Ish kau ni biar betul. Tu kiranya tresspassing tau."
"Haih, habis tu apa aku patut buat Suga? Aku rasa serba salah sangat. Aku cuba nak tolong dia. Tapi dia yang tolak aku. Sumpah aku menyesal. Kalaulah aku tak campak dompet tu kat jalan, kalaulah kereta tu tak lalu dekat situ, kalaulah Fei tak pergi ambil dompet tu... Semuanya takkan jadi macam ni.."
Suga menepuk lembut bahu Taehyung. Cuba memberikan semangat kepadanya.
"Benda nak jadi Tae. Kita tak boleh buat apa. Aku rasa kan, jalan yang terbaik sekarang ni kau pergi minta maaf dekat dia."
Taehyung hanya memandang kosong wajah Suga.
***
Fei menghirup air di dalam kotak seraya berjalan berpandukan tongkatnya. Sekali-sekala terdengar keluhannya.
"Mana pula bangku ni..?"
Cari dan cari. Akhirnya dia berjumpa dengan benda yang bernama bangku tu. Dia mengambil tempat di atas bangku tersebut dengan berhati-hati.
Fei membayangkan keindahan tasik di hadapannya sekarang ni.
"Menyesal pula aku tak lapangkan masa tengok-tengok kawasan sekolah ni. Busy dengan latihan sampai terperap je dalam bilik tu. Haih."
Dia merungut halus. Tanpa dia sedari, Taehyung sudah pun berdiri di hadapannya.
Haba dari cahaya matahari mengenai wajah Fei. Berkerut dahinya cuba menahan kepanasan. Baru saja dia hendak bangun, suasana menjadi nyaman. Fei membatalkan niatnya untuk pergi dan terus duduk di atas bangku tadi.
Taehyung hanya memandang wajah Fei seraya memegang payung.
***
Taehyung POV:Aku memerhatikan langkahnya dari belakang. Payung di tangan aku lipat dan simpan di dalam beg.
Telefonku berdering. Aku melihat nama yang terpapar pada screen. Jeon Jungkook. Salah seorang ahli bola keranjang.
Aku menjawab panggilannya. Sekejap aku melihat Fei yang makin jauh di hadapanku. Aku berhenti melangkah dan bersandar pada dinding jalan, seraya berbual dengan Jungkook.
"Ughh!"
Aku terkejut tatkala mendengar suara jeritan seorang gadis yang aku amat pasti milik Fei. Diikuti dengan bunyi sesuatu yang kuat terhempas ke lantai.
Bergegas aku mencari arahnya. Talian aku matikan tanpa sempat memberitahu Jungkook.
Mataku terbuka luas. Aku jadi panik sebaik sahaja melihat keadaan Fei.
•comment•
•vote•Thankyou♡
YOU ARE READING
blind | taehyung
Fanfiction"kau tak payah jadi fake. aku tau kau simpati je sebenarnya." strictly no plagiarism or copy! ©Sparkznle