。 •́ ● ( 14 ) ● •̀ 。

120K 1.5K 25
                                    

🌺🌺🌺

Mia mengemas bukunya yang bersepah dengan cepat. Waktu sekolah sudah tamat, jadi dia mahu pulang ke rumah dengan segera. Ada hal dia mahu bincangkan bersama keluarga. Urgent okay! Rakan sekelasnya semua sudah melangkah keluar dari kelas. Tinggal dia seorang saja dalam kelas. 

Mia merungut geram apabila  teringatkan hal yang akan berlangsung minggu depan. Dia ada masa seminggu sahaja sebelum dia berubah title menjadi seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang jarak umurnya 8 tahun okay! Can you imagine? Of course no! 

Terlepas keluhan Mia, tak mahu kahwin.. Identiti bakal suaminya pun, Mia tak mahu ambil tahu. Majlis mereka pun Mia serahkan pada ibunya. Cuma satu saja syarat Mia, hanya majlis akad nikah saja Mia mahu buat minggu depan. Majlis respisi or whatever, a big no.

Baru saja Mia mahu melangkah keluar dari kelas, ada seorang pelajar perempuan menegurnya.

"Kak Mia.." 

"Yes?" Mia memandang wajah perempuan yang bertudung manis itu.

"Cikgu Zafran minta saya panggilkan kak Mia,"

"Hah??" 

Pelajar itu mengangguk laju, "Jumpa sekarang dekat bilik kaunseling,"

Oh god.. Mia tak ready lagi mahu jumpa Zafran right now.

🌺🌺🌺

Pintu Zafran di bukanya perlahan, Mia menjenguk kepalanya dahulu. Kelihatan Zafran yang ralit menghadap komputernya. Serius tanpa senyuman tapi masih hensem. Mood semalam tak habis lagi ke?

Zafran mengangkat kepala apabila terasa ada memerhatinya. Matanya menangkap mata Mia. 

"Masuklah, duduk dekat situ je buat apa," Zafran menyambung menaip di komputernya.

Er suara pun nampaklah betapa seriusnya Zafran. Makin cuak Mia di buatnya. Perlahan Mia masuk kedalam bilik itu. Angin air cond yang sejuk makin mengcengkam ke tulang.

"Awak nak ap.. apa jumpa saya?" 

Jari Zafran berhenti menaip. Tubuhnya di sandar pada kerusi yang di duduk. Mata memandang Mia yang berdiri di hadapannya.

"Pergi mana petang semalam?"

Terkebil-kebil mata Mia mendengarnya. 

Petang semalam? Mia menelan air liur apabila teringat yang dia keluar bersama Ammar. 

Mia menarik nafas, "Mana ada pergi mana-mana," Mia cuba untuk berdalih.

Terangkat kening Zafran mendengarnya, dengar suara Mia yang bergetar pun dapat tahu yang Mia sedang menipunya. 

"Awak cuba tipu saya Mia?"

Zafran cuba menahan geram. Dia bukan dalam mood yang baik sekarang ni, Siapa yang tidak cemburu apabila ternampak orang yang kita sayang keluar dengan orang lain. Siap berpegangan tangan lagi. Masa tu memang Zafran menahan geram saja dengan Ammar. 

Walaupun dia tiada hak untuk menghalang Mia keluar dengan sesiapa. Tapi bukan dengan Ammar!

"Mia, saya tanya ni. Awak cuba tipu saya ke?" Zafran mengawal suaraya dari meninggi naik. Dengan keadaan Mia yang hanya senyap makin membuat Zafran naik.

Mia mengigit bibirnya, menahan esakan dari keluar. Matanya sudah dikabur dengan air mata yang bergenang. Sikit lagi mahu mengalir.

"Sa..saya keluar dengan Ammar.. Janganlah marah.." Perlahan suaranya keluar serta esakan dari bibirnya. Takut.

Zafran mengeluh melihat keadaan Mia yang sudah teresak esak di hadapannya. Rasa bersalah muncul kerana memaksa dan memarah Mia sebegitu. Apa kena dengan kau ni Zafran? Zafran bangun dan berjalan mendekati Mia. 

"Sayang.." Zafran menarik Mia ke dalam pelukannya. Belakang Mia di usapnya. Mahu menenangkan hati Mia. Namun makin kuat pula esakan Mia. 

"Hey sayang, i'm sorry sayang. Salah i, sebab marah you tanpa sebab. i'm really sorry, jangan nangis lagi please.. you make me hurt," Makin erat pelukan Zafran.

Mia membalas pelukan Zafran, "i'm sorry too," mia menutur kata maaf juga. Esakkannya cuba di redanya. Sensitif betul dia hari ini, mungkin kerana dia 'cuti' hari ini. Jadi agak pantang di usik, mula meleleh air matanya.

Zafran menjarakkan sedikit tubuh mereka. Wajah Mia di dongaknya. Muka Mia merah bak tomato, matanya masih ada sisa air mata. Di kesatnya dengan ibu jarinya. Dahi Mia di kucup. Jujur, sebenarnya dia sudah jatuh sayang pada Mia. Tapi hanya di pendam saja, kerana dia akan menjadi suami orang lain. Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan yang sedia rumit ini.

Mia merenung mata Zafran.

Zafran senyum, "Okay?" Pipi Mia di pegang.

Mia mengangguk, tanda dia okay saja. Leher Zafran di rangkulnya. 

"Sorry," 

Zafran tergelak, leher Mia di kucupnya. Pinggang Mia di rangkulnya seperti tidak mahu lepas dari pelukannya. 

Kalau lah, perempuan yang bakal dia nikah nanti adalah Mia..

Kalau lah..


TEMPT ✓Where stories live. Discover now