。 •́ ● ( 28 ) ● •̀ 。

84.3K 1.2K 20
                                    

🌺🌺🌺

Mia menuruni tangga dan laju kakinya melangkah ke dapur. Kelihatan Datin Ariana sedang menyiapkan minuman petang.

"Mummy.." Panggil Mia dengan nada yang paling lembut. Amboi Mia, dengan Zafran tak ada pula nak lembut - lembut suara kau ye. Mia memeluk lengan mummy yang sedang mengacau teh'o panas teko. Fuh bau teh tu.

"Ye sayang? Nak apa ni?" Balas Datin Ariana dan menghadiahkan senyuman manisnya. Dia tahu anak menantunya memang manja.

"Ada apa - apa tak yang Mia boleh tolong?" Tanya Mia. Dia bosan sebenarnya. Zafran dengan daddy sudah keluar dari tengah hari tadi jumpa client. Hari minggu pun nak kerja. Sama macam papa.Erm rindu pula dia dengan kedua orang tuanya.

"Erm, actually semua dah siap. Makan malam pun dah settle," Datin Ariana mengusap rambut Mia.

Mia termenung. Erm nak buat apa ni? Perutnya berbunyi tiba - tiba. Sedapnya kalau petang macam ni dapat makan kek.

Eh kek? Mia tersenyum, "Mummy, kalau Mia nak pinjam dapur mummy sekejap boleh?"

"Mia nak buat apa sayang?"

"Mia teringin nak makan kek so nak buat kek, boleh ye Mummy? Pleaseee," Mia merayu sambil memeluk lengan mummy, memujuknya.

"Iyelah, mummy nak naik atas kejap nak mandi. Kejap lagi dorang balik tu. Mia cari lah bahan apa yang Mia nak, mummy naik atas dulu," 

Mia mencari bahan yang di perlukan. Susah juga nak cari sebab dia bukan tahu sangat pun mana mummy letak barang - barang dekat dapur ni. Ok let's cek resepi cake chocolate.

1 cawan butter? Cek✔
1 dan 3/4 cawan gula halus? Cek✔
2 setengah tepung gandum? Cek✔
1 setengah cawan susu coklat? Cek✔
1 setengah sudu teh esen vanilla? Cek✔
5 sudu besar serbuk koko? Cek✔
1 setengah sudu besar soda bikarbonat? Cek✔
3 biji telur? Cek✔
1 sudu teh garam? Cek✔

Tersenyum lebar Mia dibuatnya. Semua bahan sudah ada. Let's do this.

Mia mengambil 2 setengah tepung gandum mahu memasukkan kedalam bekas...

"HUARGHH!"

"EH SUAMI AKU TOYOL!" 

Terkejut Mia! Tak pasal-pasal Mia melatah. Nasib tak mencarut! Mia menoleh ke kanannya, mahu memarahi siapa yang menyergahnya namun....

Terlopong mulut Mia.

ZAFRAN!

Pantas Mia melihat cawan yang di pegang tadi, kosong! Mia mengigit bibir, menahan gelak.

"Awak buat iklan tepung ke?" Perli Mia, padan muka!

"Ya Allah! Zafran kenapa dengan kamu nie?? Bedak dalam bilik kamu dah habis ke sampai nak pakai tepung!" Jerkah Mummy, terkejut melihat anaknya sudah dimandikan dengan tepung oleh Mia.

Ayat spontan Mummy, membuat ketawa Mia terlepas, sorry Zaf muka awak kelakar sangat. Okay Mia perasan Zafran sedang menahan geram better dia cabut.

Satu... Dua... Tiga..

"Sayanggggggg!" Terlepas jugak suara Zafran menjerit melepaskan geram!

Pantas Mia berlari ke depan dengan ketawanya bergema.

"Sayang! Jangan nak lari!" 

Pantas Mia berlari selaju yang mungkin apabila Zafran semakin mengejarnya, bila bila saja boleh kena ngap!

Daddy! 

Pantas Mia menyorok di belakang Dato' Zharif! Menghalang dari ditangkap oleh Zafran, Dato' Zharif sudah terpinga pinga, lagi - lagi bila melihat Zafran yang penuh dengan tepung.

TEMPT ✓Where stories live. Discover now