。 •́ ● ( 41 SPECIAL ) ● •̀ 。

78.5K 1.2K 26
                                    

🌺🌺🌺

"Okay dah?" Aku merenung wajah Zafran yang sedang baring dibilik sekarang. Pucat. Pipinya ku elus perlahan dan sesekali aku mengusik lehernya dengan jariku sebelum naik bermain dibibirnya.

"Em, sayang janganlah goda baby."

Aku mengerut dahi, aik? Usik pun goda gak ke? Parah sangat ni.

"Baby, are you okay? Nak apa apa tak?" Aku menanyakan lagi. Zafran hanya menggeleng, tak ok.

"Terasa nak makan kuih cara berlauk lah sayang, sayang buatkan eh?" Terhenti jariku yang bermain dengan hidungnya. Hah?! Aku merenung Zafran, biaq betui laki aku ni.

"Beli je lah, takkan tak boleh?" Bukan aku tak reti buat, lebih kepada malas baru nak bermanja manja dah disuruh buat kuih cara?

"Taknak! Nak sayang buatkan jugak!" Bentak Zafran, eh eh mamat ni. Aku hempuk kau kang. Mengalahkan orang yang mengandung! Segera aku bangkit dan menuju ke dapur.

Namun langkahku terhenti apabila perkataan mengandung terlintas di kepalaku. Spontan tanganku melekat ke perutku.

Aku mengandung ke?

Aku mengingat kembali perkara pelik yang berlaku dalam diri aku. Ok first, aku makin kuat makan? Sintom orang pregnat ke? Makanan yang aku tak makan, dimakan. Makanan yang aku suka makan, jadi loya dibuatnya. Second, aku makin manja? Yaya aku makin manja sekarang takkan mengandunng pulak? Aih mustahillah, aku baru lepas peri-

Eh..

Wait? Hari ni berapa hari bulan? Period? Period aku tak datang lagi. Dah nak masuk next month dah, selalunya awal bulan aku dah period but now? Jantung aku berdebar debar memikirkan semua ni. Serius ke?

"Sayang, cepatlah baby lapar ni. Kuih Caraaa!!" Terkejut aku mendengar Zafran menjerit, nasib kau jerit nama kuih kalau nama perempuan lain? Kau aku kerjakan. Aku menghentak kaki tanda tak puas hati. Laju kaki aku dibawa ke dapur. Kelihatan Han sedang termenung di meja makan.

"Han?" Aku menyapanya dan dia terkejut sebelum menghadiahkan senyuman yang manis seperti semut. Kau pernah makan semut ke?

"Mia.."

"Buat apa kat sini? MakTok mana?" Tanyaku sambil menyelokar barang untuk membuat kuih.

"Takde buat apa pun, MakTok ada dalam bilik dia. Mia cari apa ni?"

Aku mengangguk mengerti "cari bahan ni hah, si Zaf tu nak makan kuih cara berlauk."

"Han tolong boleh?" Aku menoleh, terkebil kebil aku mendengarnya. Elok jugakkan?

"Okay, Han boleh tolong!"

🌺🌺🌺

Laju kaki aku bawa ke dapur, apabila terdengar gelak tawa Mia dengan Han. Amboi amboi, suka dia. Aku sakit kat dalam dia boleh pula gelak gelak kat luar. Gelak tak ajak pulak tu..

Aku memeluk pinggang Mia dari belakang, "Sayang, dah siap ke belum? Lapar ni.." Laju Han menoleh ke tempat lain.

"Dah siap dah, tu ada atas meja. Ish lepaslah malulah. Han tengok tu! Baby!" Terjerit Mia apabila aku menepuk punggungnya selamba. Alah bukan Han nampak pun kan. Aku duduk di meja, tudung saji ku buka. Ah.. Bahagia aku sekarang. Satu per satu kuih cara masuk ke dalam mulut aku.

"Amboi Zaf, kamu makan apa tu?" Mak Tok yang baru keluar dari biliknya terus menyergah Zaf menyebabkan Zaf tersedak. Kelam kabut Mia mengambil air dan dihulurkan ke Zaf.

"Mak Tok! Apa main sergah sergah ni! Terkejut Zaf." Perit tekak aku woi! Mak Tok ni pun agak agak lah nak sergah aku pun. Terangkat kening Mak Tok mendengarnya. Pikir dia kesah?

"Suka hati aku lah, ni kamu makan apa tu? Kuih cara? Aik sejak bila aku suka makan kuih ni Zaf? Aih makin pelik aku tengok perangai kamu ni,"

"Alah, sekali sekala apa salahnya, dah tekak ni terasa nak makan, nak buat macam mana?" Balasku, seketul demi seketul aku sua ke mulutku. Mak Tok hanya menggeleng melihat cucunya yang tamak habiskan semua kuih cara, sebelum pandangannya beralih ke Mia. Ada sesuatu yang dia rasa sekarang ni dan beralih pula ke arah Han yang hanya berdiri tegak melihat Zaf.

Baik aku cek.

🌺🌺🌺

Aku terpinga pinga apabila Han menghulurkan plastik kecil yang tak tahu apa isinya. Hah kenapa pulak ni?

Aku menyambut plastik itu perlahan, "Apa ni Han?" Seraya membuka plastik dan ada kotak kecil dalamnya. Terbuntang mata aku melihat isinya, laju mataku memandang Han, seriusly Han?

Han mengangkat bahu, "Mak Tok yang suruh belikan and pass kat Mia, harap Mia reti guna lahnya," Nakal senyuman Han aku lihat sekarang sebelum beredar meninggalkan aku diruang tamu keseorangan, Zaf? Dah follow Mak Tok pergi kebun, tinggal aku berdua dengan Han sekarang ni.

Aku menghembus nafas perlahan, sebelum masuk ke dalam bilik. Agak berdebar-debar sebenarnya. Kotak pregnat test itu aku genggam erat sebelum masuk ke dalam bilik air.
Kalau takde macam mana? 

Kau dengan Zaf dah cuba kan?

Kalau ada?

Jadi mommy awal lah kau, Mommyku 17 tahun.

Selepas aku membaca arahan cara penggunaannya, aku terus mengikut arahannya.

Aku mengigit bibir dan menutup mata sambil menunggu beberapa minit sebelum alat itu menunjukkan hasilnya. Perlahan lahan aku membuka mata untuk melihat hasilnya.

Double line.

Wokay, ada 2 line merah. Aku blur kejap sebelum mengapai semula kotak dan membaca semula. Tercampak kotak itu apabila aku tahu hasil sebenarnya.

Aku pregnant..

Seriusly?! Aku pregnant? 

Zafran..

You gonna be a daddy now.

Apabila terdengar suara MakTok dan Zafran diluar laju kaki aku keluar dari bilik, tak sabar rasanya nak share benda happy ni dengan Zafran.

"Baby!" Tersentak Zafran apabila aku menjerit memanggilnya. Tangan Zafran ku tarik dan menari nari mengikut rentakku. Mak Tok yang lihat kelakuan sudah dapat menggangak apa yang berlaku sekarang ni.

"Sayang? Are you okay?"

Aku tergelak mendengar soalannya, of course i'm not! I'm so so so happy right now!

Pipi Zafran ku cium bertalu talu dan ciuman yang terakhir ku cium lama. Sebelum setitis air mata aku jatuh. Lehernya ku rangkul erat, bibirku masih dilekap di pipinya.

"Sayang? Are you crying? Hey what's wrong sayang?" Gelabah Zafran apabila terasa pipinya basah. Aku melepaskan ciuman, pipinya ku lekapkan dengan telapak tanganku. Zafran mengusap pipiku yang basah dengan ibu jarinya sebelum tangannya turut dilekapkan di pipiku.

Tanpa mengeluarkan suara aku memberitahunya, "I'm pregnant.."

Dapatku lihat wajah Zafran dengan mulutnya ditekup kerana terlalu terkejut.

"Sayang.. Yo- you wh- what? Pre-gnant?" Aku ketawa kecil sebelum mengangguk laju.

"OMG sayang!"











TEMPT ✓Where stories live. Discover now