。 •́ ● ( 21 ) ● •̀ 。

101K 1.4K 23
                                    

🌺🌺🌺

"Zafran!" Mia menjerit apabila Zafran di tumbuk oleh Rezza.

"Rezza! Stop! Stop it idiot!" Mia menolak tubuh Rezza yang sedang duduk diatas Zafran dan menumbuk muka Zafran, pecah bibir Zafran dibuatnya.

"Ya Allah! Rezza apa kamu buat ni!" Mama dan papa tiba di pintu bilik, terkejut melihat Rezza yang sedang menumbuk muka Zafran.

"Sudahh Rezza! Kau keluar sekarang! Keluarr! Aku taknak tengok muka kau!" Rezza menghentikan perbuatannya apabila Mia menjerit sekuat hati melepaskan kemarahannya, muka Mia kemerahan.

Zafran sudah terkulai di atas lantai, teruk mukanya dikerjakan. Mia menolak tubuh Rezza keluar dari bilik, Mama dan Papa hanya berdiri kaku saja, tidak mahu masuk campur. Segera Dato Ezlan menarik isterinya beredar dari situ. 

"Rezza tak sangka, Lya jadi murah macam ni kan?" Terkedu Mia, Rezza cakap aku murah? Mia mengenggam tangannya, kang tak pasal - pasal melayang penumbuk kat muka dia.

"Aku murah? Yeay, jadi apa masalahnya?" Mia sudah naik angin satu badan.

"Tak sangka, Mia boleh jadi murah macam ni, sanggup - "

Belum sempat Rezza menghabiskan ayatnya, tiba - tiba Rezza sudah terbaring di atas lantai. Mia menoleh, Zafran!

"Perempuan yang kau kata murah ni, bini aku sial!" Jerkah Zafran dan terus menghempas pintu sekuat hati. 

Mia terkejut, tubuh Zafran sangat lemah. Pantas Mia memapah Zafran ke katil. Mia membaringkan tubuh Zafran. Bergenang mata Mia melihat wajah Zafran teruk di kerjakan itu. Lebam pipinya, bibirnya turut terluka. Mia mengusap pipi Zafran. Melampau Rezza ni!

Zafran pula masih boleh tersenyum walaupun teruk dikerjakan, "Saya ok ja,"

Serta merta air mata Mia jatuh apabila Zafran berkata sebegitu, teresak-esak Mia menangis di dada Zafran.

"Sayang, dah jangan nangis. Tak suka tengok sayang menangis macam ni,"

Zafran memujuk Mia, air mata yang mengalir di kesatnya. Zafran memujuk Mia sehingga Mia terlelap dalam esakkannya.

🌺🌺🌺

Zafran mengusap rambut Mia, jarinya mengesat air mata Mia dan mengucup dahi Mia perlahan tidal mahu Mia terjaga. Tubuh Mia di selimutkan. Zafran memegang pipinya, masih terasa sakitnya. Jam dinding di lihat, 12:45 a.m.

Zafran segera memakai pakaiannya. Dia turun ke dapur untuk mencari ais. Pipinya yang bengkak mahu di tuamnya. Suasana dapur yang gelap menandakan semua sudah masuk tidur.

Pintu peti asi di buka, tangannya mengapai ais kemudian di balut dengan kain kecil. Zafran bergerak duduk keseorangan di dapur.

Zafran mengeluh, sedih betul! Mukanya yang handsome kena tumbuk. 

"Ehem,"

Zafran menoleh dan kelihatan Rezza sedang berdiri di belakangnya.

"Nak bertumbuk lagi ke?" Dengan sinis Zafran bertanya.

Rezza tidak mengendahkan pertanyaan Zafran dan duduk di hadapan lelaki itu. Rezza menilik muka Zafran sebelum dia melepskan ketawa kecilnya. Zafran sudah mengetap bibirnya.

"Tak sangka teruk jugak aku belasah kau,"

Celaka. Kau dah belasah aku, kau buat macam tak bersalah pula ya.

"Sakit. Kau tahu tak sakit," Zafran menjeling Rezza. Dia ingat tumbuk ni sakit macam kena cubit ke.

Rezza tersenyum kecil, "Kau tak bagitahu pun yang kau dah kahwin dengan Mia. Mia pun diam je," Perlahan saja suara Rezza, sedih apabila mengetahui hubungan Mia dengan Zafran apabila dia berjumpa dengan papa dan mama selepas pengakuan Zafran.

Zafran diam.

"A-aku minta maaf sebab belasah kau tadi. Aku tak boleh kawal perasaan aku tadi. Lagi-lagi bila tengok kau yang buka pintu bilik Mia dengan keadaan kau dengan Mia tadi. Macam-macamlah aku fikir masa tu,"

Zafran mengangguk. Ah biasalah tu, kalau aku pun akan buat benda yang sama.

"Tak apa aku faham," Zafran membalas. 

"Aku minta maaf,"

"Kau kena minta maaf dengan Mia terutamanya,"

Rezza menelan air liur, dia tahu Mia mesti marah dengan dia. Dengan tuduhannya tadi, belum tentu Mia memaafkan dia.

TEMPT ✓Where stories live. Discover now