。 •́ ● ( 29 ) ● •̀ 。

84K 1.3K 32
                                    

🌺🌺🌺

Zafran meletakkan keretanya di hadapan bangunan Z.A Holding. Tali briefcasenya di betulkan untuk keselesaan bahunya. Kot hitam yang di pakai di kemaskan sedikit biar nampak segak dan berkarisma, sesuai dengan jawatan yang disandangnya sekarang.

Security yang menjaga di hadapan bangunannya di sapanya sebelum melangkah masuk kedalam. Pekerja yang berhampiran Zafran tunduk tanda hormat dan Zafran membalas dengan senyuman kecilnya.

Bukk!

Tersentak Zafran apabila tiba - tiba dirinya di langgar oleh seseorang. Dadanya yang rasa sakit di usapnya perlahan. Ish siapa yang langgar pagi - pagi ni?

"M-maaf bos, saya t-tak sengaja," kalu gadis itu memohon maaf dengan kepalanya menunduk tidak memandang Zafran. Takut dan malu kerana dia terlanggar big boss.

"It's ok Ayuni," 

Ayuni tersimpul malu apabila Zafran mengingati namanya.

"But please, saya tak nak perkara ni berlaku lagi. Watch your step," Kata Zafran dengan nada tegas.

Perlahan senyuman di bibir ayuni hilang. Malu aoabila di tegur sebegitu rupa.

"B-baik boss,"

"Sudah, pergi sambung buat kerja. Yang lain pun sama!" Suara Zafran bergema. Rimas dia apabila drama ni menjadi perhatian. Pantang betul. Terkocoh - kocoh mereka yang lain menyambung kerja. Terkejut mendengar suara Zafran sebegitu rupa buat pertama kalinya.

Zafran melangkah dari situ.

Meja setiausahanya di lihat, berkerut dahi Zafran apabila tiada kelibat Roselle. Matanya melirik ke pergelangan tangannya. Sudah hampir menginjak pukul 9. Dia datang awal sangat ke? Zafran mengeluh kasar, satu - satu masalah datang.

"Suraya, my tea please," Zafran meminta Suraya yang duduk di sebelah meja Roselle.

Zafran masuk ke dalam biliknya. Roselle ni memang nak kena, dia ingat office ini apa? Sudah seminggu dia perhatikan Roselle. Hari - hari masuk lambat. Mentang - mentang dia diam tidak menegur. Makin pijak kepalanya.

Pintu bilik di ketuk.

"Come in,"

Wajah Suraya terpapr sambil memegang secawan gelas.

"Bos," Suraya meletakkan minuman bossnya di atas meja.

"Thank you Suraya, Rose dah sampai?" Tanya Zafran, dia mahu tahu jadualnya hari ini.

"Sudah bos, nak saya panggilkan dia?" Tanya Suraya.

Zafran mengerling jam tangannya, "Yes," 9:10 a.m 

Pintu bilik di ketuk sekali lagi, "Come in,"

Wajah Roselle di muka pintu sambil tersenyum manja.

"You're late," Zafran berkata dengan nada dinginnya.

"i'm sorry Za-"

Laju Zafran membidas, "Let me remind you again. i'm your boss. So stop act like we are friend. i'm not your friend but your boss," Zafran menekankan perkataan 'bos' di situ. Mahu telinga Roselle menangkap apa yang dia kata. Tiada rasa hormat ke? Macam mana daddy boleh ambil dia kerja ni?

Roselle tertunduk, malu.

"Apa jadual saya pagi ni?"

Terkedek - kedek Roselle membuka buku nota, "Er.." Muka Roselle jelas sedang ketakutan apabila melihat apa yang di catatnya. Mampus aku.

"Apa dia Roselle?" Penuh geram Zafran menutur namanya. Boleh pula dia nak er er dekat sini.

"Bos ada meeting dengan Alam Shah Holding,"  Perlahan suaranya menutur. Perasaan takut mula menjalar di seluruh badannya. Bilik bosnya yang sejuk tidak mampu nak mengurangkan perasaan takutnya.

TEMPT ✓Where stories live. Discover now