🌺🌺🌺
Bungkam Mia di buatnya. Riaknya yang tadi tenang bertukar tegang apabila matanya menyapa wajah yang tak ingin dia jumpa.
"Eilya," Panggil lelaki tampan itu lagi dengan senyuman manis di bibir lelaki.
Mia merengus kasar, "Kau buat apa dekat sini?" Kasar sungguh bahasa Mia. Tiada lagi suara lembutnya.
Alif Darwish yang tadi tersenyum sudah hilang senyuman serinya. Terasa sedikit dengan suara kasar Mia. Dia menarik nafasnya, tidak mahu menunjukkan dia kecewa dengan sikap Mia. Dia punca Mia berubah secara drastik sebegitu.
Dengan suara lembut Alif bertanya, "Awak sihat?"
Mia terketawa sinis. "Sihat.. Sangat sihat tadi. But now entah kenapa tiba - tiba rasa loya bila tengok muka kau,"
Alif menyembunyikan rasa sakit hatinya dengan ketawa kecilnya. Seakan tidak terasa dengan ayat Mia.
"Okay.. Jangan marah," Alif tersenyum memandang muka cantik Mia.
Mia sudah menjeling dan mencebik menyampah, "Kau nak apa?" Tanya Mia kasar. Dia berpeluk tubuh tidak memandang Alif, hanya pandang dengan hujung mata je.
"Saya nak awak,"
Mia sudah ketawa besar, "Well go to the hell man," Sinis ayat Mia lalu melangkah meninggalkan Alif namun tangannya di tarik kasar oleh Alif.
"Apa kau bu-" Mia merengus geram, apabila Alif memeluk tubuhnya erat.
"Lepaslah bodoh!" Maki Mia kuat. Tangannya memukul belakang Alif kuat.
"No! I tak akan lepaskan you Mia! I sayang you lagi! I nak you balik,"
Mia sudah naik angin, "Ahh! Pergi mampus dengan kau punya sayang tu! I hate you so much Alif!" Mia cuba melepaskan diri namun pelukan Alif terlalu kuat.
Tiba - tiba..
Tangan Mia di tarik kasar sehingga terjatuh ke dalam pelukan orang lain. Makin rimas Mia di buatnya. Apa kau ingat hari ini hari peluk sedunia ke?! Baru Mia hendak memaki orang yang peluk dia, tuan punya badan bersuara.
"Sayang.. Sayang pergi mana tadi? Baby suruh sayang duduk diam - diam kan tadi?"
Mia terbungkam. Zaf-ran? Mia mengangkat wajahnya dari dada Zafran. Matanya bulat memandang Zafran yang tidak memandangnya. Mata lelaki itu tajam menikam wajah Alif sebelum dia tunduk melihat wajah Mia.
Hidung Mia di cuitnya, "Nakal eh? Baby pergi tandas sekejap sayang dah peluk lelaki lain. Nak kena sayang ni," Kata Zafran dengan menjeling ke arah Alif yang sedang memerhati mereka.
Berasap telinga Alif mendengar panggilan lelaki itu terhadap Mia, "Engkau siapa?" Tanpa berselindung Alif bertanya pada Zafran. Geram. Melihat Mia seakan selesa dalam pelukan lelaki yang tidak kurang hebatnya. Dia marah, kecewa, sakit hati.
Zafran tersenyum sinis, lengannya di pinggang Mia makin di peluk eratnya. Tubuh Mia berpaut rapat dengan dirinya.
"I'm Zafran. Her boyfriend," Selamba Zafran menjawab. Mia sudah terkebil - kebil di balik dada bidang Zafran. Jantung dia sudah buat kerja lebih. Berdebar - debar hatinya mendengar jawapan berani Zafran.
Perlahan - lahan dia melepaskan pelukan mereka dan menghadap Aliff yang sedang merenungnya tajam. Mata Aliff menunjukkan dia tidak percaya dengan apa yang lelaki itu cakap.
Mia sudah menelan air liur. Sebelum si Aliff ni tanya macam - macam sampai kantoi better dia tarik Zafran lari sekali.
"Em baby.." Merah sekejap muka Mia memanggil Zafran sebegitu.
"Jom makan. Sayang lapar.." Rengek Mia dengan memanjakan suaranya. Lengan Zafran di geselnya pada dadanya tanpa dia sedar.
Zafran sudah berdehem menahan godaan Mia, "Okay sayang.. Jom," Zafran menarik tubuh Mia menuju ke lift. Aliff di biarkan sendiri di situ.
Pintu lift di buka lantas Mia menarik Zafran masuk. Matanya tajam membalas renungan Aliff yang masih tidak mengalihkan pandangannya dari mata Mia sehingga pintu lift itu di tutup sendiri.
Zafran menoleh apabila mendengar keluhan Mia. Tubuh Mia di tarik menghadapnya. Mia memeluk Zafran erat dan kepala di sandar pada dada bidang Zafran. Em sadonya. Best ni kalau dapat tidur atas ni tiap - tiap malam.
Zafran mengusap belakang Mia perlahan. Mia menongkat dagunya di dada Zafran dan mendongak memandang wajah Zafran yang hampir dengannya. Memikirkan tentang kehadiran Alif tadi betul - betul membuat kepalanya serabut. Kenapa muncul sekarang?
"Terima kasih.." Katanya perlahan. Zafran senyum pelukan mereka makin tereratnya. Mahu merasai setiap lekuk tubuh Mia di badannya.
"Siapa dia tadi em?" Dia tidak dapat menahan ingin tahunya mengenai lelaki tadi. Sejujurnya dia cemburu. Tak tahu kenapa but dia cemburu.
Dia tadi datang bersama ayahnya untuk mesyuarat pagi ini. Tapi dia malas mahu masuk campur mengenai semua itu walaupun tak lama lagi dia bakal menggantikan ayahnya.
Jadi dia berjalan sekeliling bangunan besar itu sehingga kakinya terpaku melihat susuk tubuh Mia keluar dari bilik. Gembira tak terkata di buatnya. Mahu nak menegur, ada lelaki lain yang menegur dahulu. Berasap badannya apabila melihat agenda berpelukan di depan matanya.
Mia diam, memikir perlu ke memberitahu Zafran?
Matanya lunak memandang mata cantik Zafran, "Aliff.."
"Boyfriend?" Zafran menunggu dalam debar. Dah kenapa pula nak berdebar ni?!
Mia menggeleng, "Ex.. Just Ex,"
Jelas di muka Zafran menunjuk riak lega. Tubuh Mia makin di peluk erat. Mia diam dalam pelukan Zafran. Matanya turun melihat bibir seksi Zafran yang terbuka sedikit seakan - akan memanggilnya. Air liur di telan, nampak sedap.
Tangan kanan Mia memegang rahang Zafran, "Nak kiss.."
Zafran tersentak, hah? Terkebil - kebil matanya memandang wajah Mia yang tidak memandang matanya kerana khusyuk melihat bibirnya. Zafran mengorak senyuman nakal.
Makin berdebar dan tidak sabar Mia di buatnya melihat senyuman Zafran. Bibir Zafran di usap dengan ibu jarinya.
🌺🌺🌺
***
To be continue
***
![](https://img.wattpad.com/cover/68548220-288-k583937.jpg)
YOU ARE READING
TEMPT ✓
Romance[C O M P L E T E D] My first babies 。 •́ ● ( TEMPT ) ● •̀ 。 Sinopsis soon