Part 1

3.3K 76 1
                                    

Di Kampung Binjai Manis, Kelantan ...

"La..la..la..tak ada cinta yang sepertimu~" .
"Hoi! Menyanyi jer kerja!" sergah Rin .
"Eh, bialah . Kau jealous sebab suara kau tak sedap macam aku,kan?" perli Ayuni atau nama penuhnya, Nuraisyah Ayuni .
"Takde masanya aku nak jealous dengan kau . Aku pergi layan Bulat(kucing) kesayangan aku lagi bagus . Hahaha!" balas Rin .
"Haa..pergilah..aku pun tak nak orang macam kau layan aku," kata Ayuni.

Puan Saleha,ibu kepada Ayuni hanya tersenyum melihat gelagat anaknya dan Rin. Rin atau nama penuhnya, Nurin Safrina satu-satunya orang yang paling rapat dengan Ayuni selain Puan Saleha. Tiada Rin,sunyi hidup Ayuni.

Selesai menyiram pokok-pokok bunga,Ayuni lekas membantu ibunya, Puan Saleha memasak. Semasa di dapur..

"Ibu nak masak apa hari ni?" soal Ayuni sambil menjenguk bahan-bahan yang tersedia ada di atas meja .
"Ibu nak masak ayam goreng, sambal petai dan sawi goreng. Ayuni tolong masak sambal petai dengan sawi goreng, yer? Ibu sempat goreng ayam jer sebab ibu nak kena jumpa dengan Mak Senah lepas ni," pinta Puan Saleha .
"Takpe . Ibu nak suruh Ayuni masak semua ni pun boleh. Ayuni kan dah terror pasal memasak ni . Petik jari je apa yang mak nak masakan kampung.  Sekelip mata je dah ada depan mata," ujar Ayuni sambil ketawa kecil.

Puan Saleha ketawa mendengar celoteh daripada puteri bongsunya ini.

Sementara itu di Kuala Lumpur...

Maserati Garancabrio berwarna putih masuk ke parkir dia bawah bangunan HA Holdings .  Seorang lelaki keluar dari perut kereta itu.  Pekerja-pekerja wanita yang baru tiba terpukau dengan ketampanan lelaki itu.

Lelaki itu ialah pemilik HA Holdings. Hafidz Arsyad bin Tan Sri Hazmi. Itulah namanya . Menjadi kegilaan setiap gadis. Tampan, tinggi lampai, kulit putih melepak bagaikan orang Korea . Mempunyai darah kacukan Siam dan Scotland. Seorang perempuan berjalan dengan gaya catwalk menuju kearah Hafidz.

"Good morning, sweetheart, " ucap Ema atau nama penuhnya, Aima Syafira.
"Good morning. You buat apa kat sini?" soal Hafidz .
"Alaa,I nak ajak you breakfast sekali dengan I ,boleh?" ajak Ema.
"Hmm..yalah, " akur Hafidz lalu mengikut girlfriend kesayangannya itu ke Mid Valley . 

Itu je untuk part 1 ...cam hambar jer first part ni..korang tolong vote eh? Tq 😊

Mr.KL , Miss Kampung Where stories live. Discover now