Part 6

2.4K 78 30
                                    

Keesokan paginya...

Sebelum Subuh lagi Ayuni sudah bangun. Rin yang baru bangun melihat sahabatnya yang khusyuk memilih baju. Baru pukul 4.45 pagi. Semangat betul minah ni! Kalah aku!

"Yuni, kul 5.30 nanti kau kejut aku eh? Aku nak sambung tidur," pesan Rin.
"Haa,yalah, " sahut Ayuni.
Sementara menunggu laungan azan Subuh,Ayuni turun ke dapur. Dia ingin memasak nasi goreng kampung sebagai hidangan sarapan pagi ni. Bau nasi goreng Ayuni mula bertebaran di seluruh ruang rumah sehingga mengejutkan Rin.
"Wahh..sedapnya bau," puji Rin. Perutnya mula berkeroncong apabila terhidu bau yang enak itu lalu Rin mengambil tuala dan mandi.
Ayuni lekas menghidang masakannya diatas meja makan. Selepas itu,dia naik ke tingkat atas semula untuk menukar pakaian.

Inilah baju yang dipilih oleh Ayuni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inilah baju yang dipilih oleh Ayuni. Meskipun banyak lagi jubah yang cantik ,yang simple juga menjadi pilihan. Set makeup yang diberi oleh Syakira langsung tidak disentuhnya. Hanya lip balm dioles pada bibirnya. Ayuni langsung tidak berminat tabarruj. Ianya hanya mendapat perhatian kaum lelaki. Ayuni tidak mahu dia menjadi perhatian kaum Adam. Nanti tak pasal-pasal uminya menanggung dosanya, arwah bapanya diseksa di alam kubur kerana anak perempuan tidak menjaga aurat dan maruah diri.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Baru sebentar tadi dia terdengar laungan azan waktu Subuh. Tanpa menunggu lama,Ayuni lekas bersiap untuk solat.

****
Hon! Hon! Rin menjenguk ke luar tingkap sebaik sahaja mendengar bunyi hon. Kelihatan sebuah kereta BMW Suv sedang menunggu di hadapan. Rin lekas memanggil Ayuni.

"Ayuni! Aku rasa driver Datin Nera dah datang!"
"Hah?! Driver Datin Nera? Emm okey! Kau bukak la dulu pintu tu," arah Ayuni.
Rin lekas membuka pintu rumahnya.

Pakcik Man,pemandu Datin Nera keluar dari perut kereta.
"Err..ni cik Ayuni ke?"
"Eh tak..saya kawan dia,Rin. Ayuni ada kat dalam. Dia tengah bersiap, " .
"Ouhh..nanti bila dia dah siap,suruh dia masuk selalu ke dalam kereta ,ya? Pakcik tunggu,".
"Baiklah, ".

****
Sepanjang perjalanan ke syarikat Hafidz, Ayuni hanya mendiamkan diri .
"Cik Ayuni ni dah lama ke duduk Kl?" Pakcik Man membuka bicara.
"Err saya baru duduk kat KL tiga hari,".
"Selama ni cik Ayuni tinggal kat mana?"
"Saya tinggal kat Kelantan. Saya mari sini pun sekadar meneman kawan saya,Rin. Tapi tak tahu pulak mari KL ni dapat kerja,".
"Ouhh. Saya tengok cik ni baik,lemah-lembut dan sopan,"
"Eh pakcik Man ni. Melebih pulak..saya biasa-biasa je,".
"Tapi cik memanag anak yang baik. Semalam Datin asyik bercakap pasal cik. Dia kata cik ni anti KL. Bagusnya kalau masih ramai remaja wujud macam cik ni,".
"Saya memang anti KL. Bagi saya,KL ni suatu tempat yang membuatkan anak remaja sekarang ni hilang jati diri. Saya taknak macam tu. Saya mari KL ni pun atas paksaan. Tapi lepas saya berjumpa ngan Datin Nera, kebencian saya terhadap orang KL makin menghilang, " jelas Ayuni.
"Bagus cik ni. Sesuai buat menantu, " .

Ayuni ketawa halus. Dia malu apabila dipuji sebegitu rupa.
"Baiklah,cik. Dah sampai," kata pakcik Man.
Ayuni lekas keluar dari perut kereta. Dia sempat mengucapkan terima kasih dan memberi senyuman pada pakcik Man.  Apabila BMW Suv itu semakin menghilang,Ayuni masuk ke dalam bangunan yang bernama HA Buildings & Architecture. Bangunan itu sungguh megah dan besar sehingga membuatkan Ayuni terlopong.

Sebaik sahaja Ayuni melangkah masuk,semua staff di situ memandangnya dengan penuh hairan. Kebanyakannya staf perempuan. Ada juga yang melemparkan pandangan yang sinis. Maklumlah,tak pernah tengok orang pakai tudung.

Ayuni mempercepatkan langkahnya menuju kearah kaunter pertanyaan.
"Err,Assalamualaikum, cik," tegur Ayuni.
Perempuan muda yang berada di kaunter itu memandang Ayuni sambil tersenyum.
"Yes,miss? May I help you?"
"Boleh saya tahu kat mana pejabat Pengarah syarikat ni?"
"Maksud cik pejabat Tuan Hafidz ke?"
"Yes, ".
"Sila ikut saya, ". Ayuni terus mengikut perempuan itu menuju kearah lif .

Di dalam lif, perempuan itu mulakan bicara.
"Cik datang sini atas sebab apa ya?"
"Emm saya dapat tawaran jadi arkitek kat syarikat ni. Saya datang ni nak buat interview ngan tuan.."
"Hafidz. Nama dia Hafidz Arsyad bin Tan Sri Hazmi,".
"Ouhh.. err, nama awak apa ye?"
"Nama saya Raihah . Selamat berkenalan. Nama cik pula?"
"Nama saya Nuraisyah Ayuni. Panggil Ayuni. Selamat berkenalan juga,".
"Cantik nama cik. Macam muka tuannya, ".
"Eh takdelah. Emm..Raihah,kenapa saya tengok staff women kat sini pandang saya pelik dan sinis?"
"Tu sebab cik Ayuni berhijab. Selama ni,syarikat ni takde lagi staf yang pakai hijab,".

Ayuni semakin hairan . 'Takde yang pakai hijab ? Biar betul company ni' .

Setibanya di pejabat pengarah sayrikat , Raihah menyuruh Ayuni menunggu terlebih dahulu . Raihah bertemu dengan setiausaha Hafidz, Raisha .

"Kak Raisha , ada seorang perempuan nak berjumpa dengan Tuan Hafidz . Katanya , Tuan Hafidz yang ingin menemu duga dengannya," ujar Raihah .

"Ouhh..kamu suruh perempuan tu mari ke sini . Saya nak bagitahu kepada Tuan Hafidz ," balas Raisha . Raihah mengangguk lalu kembali kepada Ayuni . 

"Cik Ayuni boleh pergi ke tempat Kak Raisha tu," kata Raihah . Ayuni senyum dan mengangguk lalu berjalan kearah Raisha . Raihah terus kembali ke tempat kerjanya .

Knock!  Knock! 
"Masuk!" arah Hafidz sambil membelek-belek fail nya.
"Tuan Hafidz,ada seorang perempuan hendak bertemu dengan Tuan . Katanya Tuan nak interview dengan dia, " jelas Raisha.
"Dah sampai? Okey panggil dia masuk," .

Raisha memberi isyarat suruh masuk kepada Ayuni. Ayuni terus berjalan masuk kedalam pejabat Hafidz. Sebaik sahaja Ayuni  melangkah masuk ke dalam, Ayuni terlopong melihat ruang pejabat itu . Amat luas dan kemas.

Mata Ayuni menangkap sekujur tubuh yang berdiri sedang melihat pemandangan ibu kota Malaysia yang gah . Ianya seorang lelaki. Lelaki itu memusingkan tubuhnya. Anak mata mereka bertembung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr.KL , Miss Kampung Where stories live. Discover now