Pagi itu, seorang lelaki telah menghantar beberapa bungkusan kepada Ayuni. Ayuni berasa hairan begitu juga dengan Rin.
"Weh! Sape pakcik tu?".
"Entah aku pun tak tahu. Tapi pakcik tu cakap tuan dia suruh dia bagi bungkusan ni dekat aku," .Tanpa melengahkan masa,Ayuni lekas membuka bungkusan-bungkusan itu. Ayuni sedikit terkilan melihat apa yang ada di dalam bungkusan itu. Iphone 6+ , baju,handbag, jubah dan shawl yang berjenama mahal . Rin turut ternganga. Ayuni ternampak sepucuk surat yang terselit di celah bungkusan tersebut. Lalu Ayuni membukanya.
Assalamualaikum, Ayuni...
Suka tak dengan hadiah Aunty tu? Aunty nak bagitahu something ni. Anak aunty nak menemu duga Ayuni esok kat pejabat dia. Ayuni datang tau. Pakai baju yang aunty belikan tu. Iphone tu aunty dah masukkan sekali dengan nombor telefon Ayuni. Aunty juga dah save nombor Aunty,nombor anak aunty dan selebihnya. Ayuni jangan risau. Semua baju,jubah, shawl yang aunty belikan tak ketat,tak jarang dan labuh. Mengikut terma dan syarat semuanya. Esok pagi pukul 8 pagi, driver aunty,pakcik Man akan datang pick up Ayuni. Okey? Hope you like it.
Yang benar
Aunty Nera
.."Ya Allah! Ayuni,bertuahnya kau! Aku rasa Datin Nera memang berkenan dengan kau. Kalau tak, kenapa dia bersungguh pujuk anak dia terima kau,siap beli barang-barang mahal untuk kau. Ya Allah! Jealous nya aku!" jerit Rin lalu menekup mulutnya.
"Ya Allah! Baiknya hati Datin Nera ni. Aku tak mintak apa-apa pun dari dia," .Ayuni cuba mengguna Iphone 6+nya untuk kali pertama. Whatsapp dibuka. Tertera nama Datin Nera di contact.
Ayuni:
Assalamualaikum, Datin .
Datin Nera:
Waalaikumussalam. Ayuni! Macam mana dengan hadiah aunty? Suka tak?
Ayuni:
Suka tu suka tapi aunty tak payah la susah-susah beli kat Ayuni. Kesian aunty. Ayuni boleh mintak je ngan Kak Kira dan Abang Jo .
Datin Nera:
Eh. It's okay . Tak menyusahkan pun. Ayuni jangan rasa bersalah yer? Aunty ikhkas beli semua tu untuk Ayuni.
Ayuni:
Okey aunty. Thank you.
Datin Nera:
You're welcome.Ayuni tersenyum kerana Datin Nera adalah orang yang paling baik pernah dia bertemu di KL .
*****
Seperti biasa,selepas selesai menyiapkan kerja,Hafidz akan keluar melepak bersama girlfriend nya,Aima. Meskipun Hafidz sibuk bekerja, dia tetap cekap dalan mengurus masa.. (apa salahnya kau bijak urus masa antara kerja ngan agama?-_-').Sedang khusyuk berjalan, Hafidz dan Aima terserempak dengan Tan Sri Hazmi dan juga sepupu Hafidz,Rosalind.
"Rosalind?" .
"Hafidz? My god!!!" .
Hafidz dan Rosalind berpelukan . Aima sudah menjeling kearah Rosalind.
"When did you arrive?" .
"Pagi tadi. Lind rindukan KL. Ni pun pak ngah tolong temankan. Hihi..Ya Allah, Hafidz! Kau dah makin handsome sekarang ni!" .
"Heheh..biasalah . Oh ya! Ema!".
"Yes,baby?" .Aima sengaja mengguna perkataan 'baby' supaya Rosalind tahu bahawa Hafidz sudah berpunya.
"Kenalkan. Ni satu-satunya cousin yang paling rapat dengan I, Rosalind Fahrina. Dia baru tamat pengajian dari Jordan, " .
Rosalind lekas menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Aima namun tak disambut.
"I,Aima Syafira. Girlfriend Hafidz," .
"Tak tanya pun," balas Rosalind. Kali ini Aima pula yang terkena. Rosalind tersenyum sinis.******
"Honey,nape I tengok Lind tu macam suka kat you jer," .
"Rosalind dah ada tunang,sayang. Kan I rapat dengan dia sejak kecil lagi. No wonder lah sampai sekarang I masih rapat dengan dia,".Aima memandang perempuan bertudung kuning air(Rosalind ) itu dari jauh. Sungguh mesra dengan Tan Sri Hazmi dan Hafidz . Rosalind hanya bertunang bukannya berkahwin. Tunang boleh diputuskan . Aima mula curiga akan Rosalind.
Rosalind tersenyum puas selepas melihat perasaan cemburu Aima terhadap kemesraannya dengan Tan Sri Hazmi dan juga Hafidz. Lain kali jangan bagi layanan buruk dekat orang yang rapat dengan orang kesayangan kau! .
*****
"Huh! Sumpah aku tak nak rawat manusia tu! " keluh Rin.
"Kau ni dah kenapa? " soal Ayuni.
"Kau tahu tak? Masa dekat wad tadi,aku rawat sorang lelaki ni. Aku rawat dia elok-elok, dia balas dengan layanan tak senonoh!".
"Laki tu buat apa kat kau?".
"Dia sentuh punggung aku weyh! Tak pasal-pasal laki tu makan penampar aku! Tapi yang aku tak puas hati,ketua aku marahkan aku sebab tampar pesakit!" bentak Rin sambil mengepal buku limanya.
"Eh,biar betul! Jahat eh ketua kau," sokong Ayuni.
"Tu lah.. Sakit hati betul!" marah Rin.
"Apa pun kau kena sabar. Ada la tu hikmah di sebalik apa yang berlaku . Kipidap. Dongibab," kata Ayuni.Rin hanya mengangguk lalu naik ke tingkat atas untuk mandi. Ayuni pula mula memikirkan mengenai perkara esok..Runsing jika anak Datin Nera tidak menerimanya. Camana ni?
YOU ARE READING
Mr.KL , Miss Kampung
RandomPercintaan gabungan kampung dan bandar . Sweet or not? Jom baca . Jangan lupa vote ;)