Part 4

1.3K 34 0
                                    

Rin telah memulakan kerjayanya sebagai seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kini, Ayuni bersendirian di rumah.

Ketika Ayuni sedang khusyuk menonton televisyen, tiba-tiba ada seseorang datang ke rumahnya.
"Assalamualaikum! ".
"Waalaikumussalam! " jawab Ayuni lalu membuka pintu.
Ayuni sedikit terkejut melihat orang yang sedang berdiri di hadapannya . Ianya Datin Nera.

"Eh,Datin? Datin nak apa datang ke sini?" soal Ayuni kehairanan. "Aunty nak jumpa Ayuni,lah," jawab Datin Nera.
"Datin masuk dulu, " jemput Ayuni.

"Ayuni tak payahla panggil aunty,Datin . Just call me aunty, "ujar Datin Nera.
"Baiklah,a...aunty," .
"Tujuan aunty datang ke sini sebab nak berkenalan dengan Ayuni, ".
"Tapi semalam kan kita dah berkenalan, ".
"But I want to know more about you," .
"Ouhh..apa yang aunty nak tahu pasal saya? " .
"Everything about you, ".

"Okey..Nama saya Nuraisyah Ayuni binti Mohammed. Umur saya, 21 tahun. Baru tamat pengajian. Saya berasal dari Kampung Binjai Manis,Kelantan. So,kalau aunty nak tanya apa-apa pasal kampung, aunty boleh tanya saya. Saya hanya ada ibu, dua kakak dan dua abang. Arwah ayah saya meninggal dunia 9 tahun yang lepas kerana kemalangan. Saya anak yang bongsu. Tidak suka dengan kehidupan di bandar terutamanya KL kerana ramai remaja sekarang dah hilang maruah dan jati diri mereka disebabkan tempat macam Kl ni. Saya pandai memasak makanan kampung,membuat kuih tradisional dan sebagainya . Kedua-dua kakak dan abang saya tinggal kat KL . Kakak pertama saya, Nurawina bekerja sebagai doktor. Kakak kedua saya, Nuraina Darwish pengurus sebuah restoran . Abang pertama, Mohammad Firdaus bekerja sebagai guru . Abang kedua, Mohammad Fahrin membuka sebuah kedai baju kat Parkson . Saya anak bongsu. That's all from me," jelas Ayuni.

"Ayuni ambil bidang apa eh?" soal Datin Nera.
"Bidang dalam jurutera rekaan dan architecture," jawab Ayuni.
"So that's mean,you can be an architect, right?".
Ayuni mengangguk.
Datin Nera sudah tersenyum.
'Alang-alang aku nak dekatkan Ayuni dengan Hafidz, bolehla aku pujuk si Hafidz tu terima Ayuni. Hihihi' bisik Datin Nera.
"Ayuni ada tak contoh lakaran?  Mesti ambil bidang jurutera rekaan dan arkitek ni takde buat apa² lakaran,".
"Wait a sec,".

Ayuni naik ke tingkat atas untuk seketika dan turun semula bersama sebuah bekas berbentuk silinder yang panjang lalu beri kepada Datin Nera.

"Apa ni?" soal Datin Nera.
"Dalam ni ada lakaran yang saya buat masa pertandingan membuat lakaran terbaik peringkat antarabangsa and I got first place," jawab Ayuni.
"Wow! Okey, aunty ambil dulu lakaran ni. Aunty tengok kat rumah nanti. Ayuni,can I have your mom number?" .
"Errr..aunty, saya takde nombor telefon.  Saya takde handphone or smartphone... takde, " jawab Ayuni.

'Ya Allah ! Bagusnya budak ni ! Handphone pun dia tak guna.. memang ada jati diri si Ayuni ni..sesuai dengan anak aku' bisik Datin Nera dalam hati.

"Oh I see..err aunty nak kena jumpa klien pulak ni. Aunty minta diri dulu yer? Assalamualaikum, " kata Datin Nera. Ayuni memberi senyuman manis kepada wanita bertudung ungu itu.

Kereta Bmw 5 Series semakin hilang di pandangan.
"Betul kata umi. Ada juga orang yang baik di KL . Antaranya, Datin Nera . Walaupun Datin Nera seorang yang kaya-raya, Datin Nera sungguh baik hati," Ayuni monolog sendirian.

Pada malam itu,di rumah keluarga Tan Sri Hazmi...

"Hafidz,mama nak tanya something ni. Boleh? " soal Datin Nera.
"Haa tanyalah, " jawab Hafidz sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"Jawatan arkitek kat syarikat Hafidz still kosong, kan?" tanya Datin Nera.
"Ha'ah,ma. Why? ".
"Mama kenal dengan seseorang ni. Dia baru tamat pengajian dalam bidang jurutera rekaan dan arkitek," .
"Serious? Baru tamat pengajian kot. Hafidz nak yang berpengalaman, ma. Bukannya yang baru tamat pengajian," .
"Mama ada pinjam lakaran yang dia buat masa zaman pengajian dia. Menang tempat pertama. Peringkat antarabangsa tau," .
Hafidz berhenti makan untuk seketika.

Antarabangsa? Wow!
"Mana lakarannya,ma?" . Datin Nera lekas bangun dan naik ke biliknya . Datin Nera turun sambil membawa lakaran Ayuni. Datin Nera lekas membentang lakarana Ayuni di hadapan Hafidz.

Hafidz meneliti setiap lakaran Ayuni.
"Wow! It's so amazing. Hafidz tak pernah jumpa lakaran macam ni sepanjang Hafidz bekerja. Safura tak pernah buat lakaran sehebat ni. Okey ma, Hafidz akan menemu duga ngan budak tu Rabu ni," .
Datin Nera tersenyum puas .

Knock! Knock!  Datin Nera lekas berjalan menuju ke pintu rumah. Pintu dibuka. Ianya Aima. Mood Datin Nera terus mati bila nampak Aima. "Mama! Mana baby I?" soal Aima tanpa segan silu.
"Eh,sejak bila aku ni mama kau?" .
"Mama,last-last Ema akan jadi menantu mama jugak. So, Ema akan panggil mama,mama from early. Nanti lepas Ema kahwin ngan baby Ema,Ema taklah kekok sangat nak panggil mama, mama," jawab Aima.
Datin Nera hanya mendiamkan diri. Hafidz muncul secara tiba-tiba . Aima lekas memaut lengan Hafidz.
"Baby,cakaplah kat mama yang kita akan kahwin nanti," .
"Ema,kenapa you tak habis-habis cakap pasal kahwin ni?! Kan I dah bagitau kat you yang I ni sensitif dengan hal perkahwinan!" marah Hafidz. Aima mendiamkan diri.

"Ma,Hafidz pergi dulu. Assalamualaikum! " ucap Hafidz lalu berjalan bersama Aima menuju ke Maserati Grancabrio miliknya. Tan Sri Hazmi muncul di sebelah Datin Nera secara tiba-tiba menyebabkan Datin Nera hampir terkena serangan jantung .
"Abang nak ke dapat menantu macam Aima tu?"
"Ish! Tak naklah. Abang tak nak anak kita menanggung dosa perempuan tu nanti lepas kahwin. Dahla tak tutup aurat. Selalu menghabiskan duit pulak tu. Hishh!"
"Tulah. Macamlah kita tak kenal perangai si Aima tu. Saya tak nak kalau suatu hari nanti anak kita jadi pak sanggup Aima. Aima tu liar. Bukan dengan Hafidz je dia keluar. Entah-entah 5-6 orang sehari," .
"Entahlah, yang. Abang dah penat tegur si Hafidz tu," .

Datin Nera dan Tan Sri Hazmi hanya mampu mengeluh melihat sikap putera bongsu mereka.

Mr.KL , Miss Kampung Where stories live. Discover now