Selesai makan,Hafidz berjalan menuju ke BMW 5 Series milik Aima . Aima yang baru selesai membayar mengikut teman lelakinya itu .
Sewaktu di dalam kereta, Aima secara tiba-tiba membuka bicara mengenai perkahwinan.
"Sayang,bila kita nak kahwin? Dah dua tahun lebih kita couple,".
Hafidz terbatuk mendengar pertanyaan Aima.
"You,seriously? Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? You tahu kan yang I sensitif betul pasal kahwin, ".
"Alaa..I dah lama impikan saat-saat nak mendirikan rumah tangga dengan you," pujuk Aima.Hafidz hanya mendiamkan diri. Bukannya dia tidak tahu apa yang Aima inginkan sebenarnya. Harta dan kekayaan. Itu yang Aima inginkan selama ini.
Setibanya di hadapan bangunan HA Holdings, Hafidz lekas keluar dari perut kereta Aima. Moodnya tiba-tiba hilang apabila Aima bercakap pasal kahwin. Aima turut keluar untuk memujuk Hafidz.
"You! You! " jerit Aima namun tidak diendahkan oleh Hafidz. Aima menghentak kakinya tanda protes terhadap sikap Hafidz .
Hafidz masuk ke pejabatnya dengan wajah yang masam sehinggakan pekerjanya takut untuk menegurnya. Qila, setiausaha Hafidz lekas masuk ke pejabat Hafidz.
"Tuan Hafidz ada apa-apa nak saya buat? " soal Qila.
"Kalau boleh saya tak nak ada apa-apa appointment dari pagi sampai tengahari," jawab Hafidz sambil memandang keluar tingkap di belakangnya.
"Baiklah, Tuan Hafidz," balas Qila lalu keluar meninggalkan Hafidz.Sementara itu di Kampung Binjai Manis ...
Ayuni sedang khusyuk bermandi manda bersama Rin dan kawan-kawan yang lain di sungai. Seronoknya hidup di kampung! Takde bunyi kereta, takde traffic light jam..nyaman jer..
Puan Saleha hanya tersenyum memandang senyuman yang tidak lekang terukir di bibir puteri bongsunya itu.
'Kalaulah abang masih hidup'.Setelah penat bermandi, Ayuni naik ke daratan untuk mengelap badannya. "Eh,korang! Aku nak balik dulu ni!" jerit Ayuni. "Haa yalah!" jawab Rin. Ayuni lekas berjalan pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari sungai.
Selepas selesai membersihkan diri,Ayuni mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna putih bersama seluar trackshot warna hitam. Tudung bawal crepe warna hitam dipakai untuk menutup auratnya . Ayuni turun ke dapur untuk melihat apa yang boleh dibuat. Puan Saleha sedang sibuk memotong sayur-sayuran .
"Assalamualaikum, umi!" jerit Ayuni lalu memeluk umi nya.
"Opocot!" Puan Saleha melatah .
Ayuni sudah ketawa terbahak-bahak melihat umi nya melatah.
"Eh,eh Ayuni ni. Buat umi terkejut jer. Nasib baik tak kena heart attack, " marah Puan Saleha.
"Hehehe..maaf umi. Ayuni boring lah kalau tak sakat umi," maaf Ayuni sambil membuat muka comel.
Puan Saleha tersenyum melihat wajah comel anaknya.
"Haihh..yalah . Umi maafkan. Umi tahu Ayuni bosan dan keseorangan," jawab Puan Saleha."Yuni rindu kak Awin, kak Awish, Abang Fir dan Abang Fahrin. Bila diorang nak balik?" soal Ayuni sambil memotong daging .
"Nanti raya, baliklah tu. Umi pun rindu jugak," .
"Raya baru nak balik? Takkan lah nak balik kampung pun susah. Apa salahnya balik seminggu sekali ker..kalau busy sangat,sekurang-kurangnya baliklah sebulan sekali. Umi,anak ramai tak guna kalau takde sorang pun nak jenguk," bebel Ayuni.
"KL tu jauh,Ayuni," .
"Apa yang hebat sangat Kl tu,Umi? Sebab tu lah Ayuni tak duka dengan KL . Bising, tak selamat, banyak tempat maksiat," .
"Ayuni,istighfar. Umi tahu Ayuni marah dengan Kak Awin,kak Awish,Abang Fir dan Abang Fahrin . Tapi kita pun kena faham yang diorang tu sibuk mencari sesuap nasi,"Puan Saleha cuba menenangkan anaknya.Ayuni menarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan."Okay Ayuni faham," jawab Ayuni.
"Ayuni bila nak cari kerja?" soal Puan Saleha secara tiba-tiba.
"Entahlah umi. Susah nak cari kerja sebati dengan ijazah Ayuni ni," jawab Ayuni.
"Cari dulu ..takkan kamu nak tunggu je tawaran," .
"Tengoklah," jawab Ayuni.Di HA Holdings...
Hafidz sedang sibuk meneliti lakaran untuk projek pembinaan Kondominium Mewah Aspuri di Kota Damansara yang dibuat oleh arkitek nya.
Knock! Knock! Setelah Hafidz membenarkan untuk masuk,tombol pintu dipulas. Safura, arkitek terbaik syarikat Hafidz masuk lalu duduk di hadapan Hafidz.
Hafidz memandang wajah Safura yang tidak kurang cantiknya .
"Boss, saya nak resign," ujar Safura .
Hafidz bagaikan terkena serangan jantung . Mana taknya ,arkitek terbaik tiba-tiba nak letak jawatan.
"What?! Resign?! Macam mana dengan projek kondo ni?" soal Hafidz kerisauan.
"Saya mintak maaf sangat-sangat, Encik. Saya kena pindah ke Kedah. Suami saya dapat tawaran doktor pakar kat hospital sana. Maaf yer,Encik?" rayu Safura .
"But,Safura. You're my best architect . Without you,this company will near to the end," .
"Maaf,Encik Hafidz. Saya terpaksa mengikut suami saya," .Hafidz mengeluh.
"Saya pun tak boleh nak paksa awak. Lagipun suami awak dah dapat tawaran yang bagus. Saya akan benarkan awak resign. I'll find another architect ," akur Hafidz. Safura tersenyum mendengar jawapan daripada majikannya. Selepas Safura melangkah keluar dari pejabat Hafidz, Hafidz bangun dan berjalan menuju ke tingkap pejabatnya yang menampakkan keadaan ibu kota Malaysia yang tidak pernah tak sibuk.
Bagaimana dia hendak mencari arkitek yang berpengalaman dan hebat seperti Safura?
YOU ARE READING
Mr.KL , Miss Kampung
De TodoPercintaan gabungan kampung dan bandar . Sweet or not? Jom baca . Jangan lupa vote ;)