Hari ini, Rin akan berangkat ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran menjadi jururawat di sana. Ayuni berasa amat kecewa kerana sahabat baiknya bakal pergi meninggalkannya tidak lama lagi.
"Weyh..kau tak nak ikut ke?" soal Rin.
"Eii tak nak aku pi KL. Tak best," jawab Ayuni.
"Alah...KL tu tak semestinya setiap sudut ada bahaya. Lagipun kau tinggal dengan aku bukannya tinggal sorang-sorang, " pujuk Rin.
"Hmphh..tak nak.. aku ni anti KL tau," .
"Makcik Saleha. Tengok Ayuni ni," .
"Ayuni, cubalah kamu ikut Rin pergi KL . Mana lah tahu kot-kot kamu suka nanti duk kat sana," pujuk Puan Saleha.
"Ayuni tak nak. Kalau Ayuni pergi sana,Ayuni akan hilang jati diri . Ayuni akan lupa akan umi. Ayuni tak nak jadi macam remaja-remaja kat KL tu," jawab Ayuni.
"Yang Ayuni tengok tu, yang tak baik . Ayuni tak jumpa lagi perkara yang baik kat KL tu. Lagipun manalah tahu Ayuni dapat kerja kat sana?" pujuk Puan Saleha lagi.
"Hmm...baiklah Umi. Ayuni nak pergi kemas barang," akur Ayuni lalu masuk ke rumah .Rin melompat keriangan. Tak bosanlah dia jika Ayuni ada.
Ayuni mengenakan skirt warna kelabu diapadankan dengan t-shirt lengan panjang berwarna hitam berjalur putih. Tudung bawal crepe warna kelabu dipakai .
Kereta innova dipandu oleh kakak Rin meluncur laju meninggalkan Kampung Binjai Manis. Puan Saleha hanya mampu tersenyum melihat kelibat anaknya yang makin menghilang.
"Kak Leha,jom kita masuk," ajak Puan Marsilah ,ibu kepada Rin. Buat masa ini, Puan Saleha akan tinggal bersama Puan Marsilah.
Malam itu...Ayuni dan Rin meletak bagasi mereka di ruang tamu rumah kakak Rin.
"Sampai jugak! Jauh betul KL ngan Kelantan. Betul lah apa yang umi aku cakap. Patutlah kak Awin, kak Awish, Abang Fir dan Abang Fahrin payah sangat nak balik kampung," keluh Ayuni."Haa baru tahu kau jauhnya KL ni,"sampuk Rin.
"Kat tingkat atas ada dua bilik kosong. Rin ngan Ayuni boleh duduk . Korang berdua rehatlah, ya? Akak nak balik nak balik rumah akak . Esok pagi akak datang," ujar Nurin Syakira ,kakak sulung Rin."Okey!" jawab Rin.
"Weyh! Kaya eh kakak kau . Siap ada rumah sendiri untuk keluarga. Dia kerja apa eh sampai kaya camtu sekali?".
"Kak Kira kerja sebagai pereka fesyen. Abang Johari pulak kerja sebagai pensyarah kat Universiti Kuala Lumpur (wujud ke tidak universiti tu-_-') . Sebab tu kaya sangat diorang," jelas Rin.Ayuni ternganga mendengar perkejaan kakak Rin dan suaminya.
Keesokkan paginya...
Ayuni mengikut Rin bersarapan bersama kakak dan suaminya di Mid Valley.
"Besarnya Mid Valley ni," puji Ayuni sambil membulatkan matanya. Maklumlah,tak pernah tengok bangunan besar begitu lah jadinya 😂Ketika sedang bersarapan,Syakira terserempak dengan kawannya, Datin Nera.
"Assalamualaikum ,Datin!".
"Waalaikumussalam! Eh, Kira. Dah lama tak jumpa dengan you" .
"Tu sebab I ada hal kat Kelantan. I pun baru balik semalam," ujar Syakira.
"Ouhh. Eh, ini siapa?" soal Datin Nera.
"Yang pakai tudung purple tu adik I . Nurin Safrina. Dia datang sini sebab dapat tawaran jadi nurse. Yang tudung kuning tu kawan dia," jelas Syakira.Datin Nera lekas duduk di sebelah Ayuni.
"Nama apa?" soal Datin Nera.
"Nuraisyah Ayuni binti Mohammed,".
"Cantik namanya . Padan dengan wajah tuannya," puji Datin Nera.
Ayuni tersenyum lalu menunduk kerana malu."Kira,I pergi dulu ya? Ada hal dengan klien I" ujar Datin Nera. Syakira mengangguk. Datin Nera lekas berjalan keluar dari restoran.
"Kak Kira. Siapa tu?" soal Ayuni.
"Itu Datin Nera . Dia salah satu pelanggan terbaik akak. Akak selalu buat design untuk baju baru di butiknya. Dia lah orang yang akak paling rapat kat KL ni. Datin Nera ni baik tau," jelas Syakira.
"Cantiklah,Datin Nera! Tak macam dah berusia pun muka dia," puji Rin.
"Sudah semestinya. Ayuni tau tak kenapa Datin Nera pergi berbual dengan Ayuni?" soal Syakira.Ayuni menggelengkan kepalanya.
"Sebenarnya, Datin Nera tengah cari calon isteri untuk anak dia sekarang ni. Even anak dia dah ada girlfriend,Datin Nera tak suka kat makwe anak dia tu. So,Datin Nera tengah cari calon menantunya, " cerita Syakira.
"What? Seriously? " soal Ayuni tidak puas hati.
"Yup . Abang rasa mesti Datin berkenan dengan Ayuni," sampuk Johari.
Syakira mengangguk tanda setuju.
"Tak lama lagi kawan aku ni dah jadi bini orang dah. Bini orang kaya pulak tu," usik Rin.
Ayuni membuat duck face kerana tidak puas hati dengan kawannya itu."Ayuni,kalau Ayuni nak apa-apa, bagitahu je kat kakak aku ni . Kau nak Iphone ke,baju mahal ke, bagitahu je. Confirm kakak aku belikan," ujar Rin .
"Eh tak payahlah! Naya kakak kau nanti," tolak Ayuni.
"Alah, Ayuni. Abang Jo dengan Kak Kira akan beli. Ayuni cakap je," sokong Johari.
"Okey, abang Jo. Kalau Ayuni nak apa-apa, Ayuni bagitau jat abang Jo ngan kak Kira,eh?" akur Ayuni.
"Okey," jawab Syakira sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Mr.KL , Miss Kampung
RandomPercintaan gabungan kampung dan bandar . Sweet or not? Jom baca . Jangan lupa vote ;)