i

1K 35 11
                                    

"Tell me about your self" lelaki bertali leher itu mengangkat wajahnya dari fail resume yang aku hulurkan tadi.

"Hi. My name is Demi Aleena. I am 23 years old, I was born in Johor Bharu. Saya membesar di Kuala Lumpur, mendapat pendidikan awal di SK Kuala Lumpur dan SMK Kuala Lumpur." Aku berjeda seketika untuk mengambil hafas. "Sebelum meneruskan pelajaran di UTM dalam bidang architecture." Aku berhenti lalu menghadiahkan senyuman yang manis kepada para interviewer yang muka sentiasa ketat itu.

Fail resume aku diselak lagi.
"Ada pengalaman berkerja?"

Aku menarik senyum lagi sebelum menjawab...

"Terima kasih Cik Aleena..."

"Demi. Panggil saya Demi."

"Terima kasih cik Demi. Tunggu panggilan dari kami dalam masa seminggu jika cik diterima berkerja." Resume aku dihulurkan. Aku menyambut dengan dua tangan.

"Terima kasih". Kepala aku tundukkan seperti budaya di Korea dan Jepun sebelum aku melangkah keluar.

∆∆∆∆∆

Pintu kereta Iriz tinggallan arwah ummi aku buka sebelum mencampakkan beg tangan dan fail ke dalam. Kereta honda silver yang meluncur dihadapan aku mengingatkan kepada kereta honda arwah ayah yang paling dia sayang dulu. Tapi aku dah jual. Untuk menampung kos sara hidup aku masa belajar dulu. Biasa lah. Setakat duit pinjaman mara dangan duit belanja Pak Long kasi setiap bulan mana cukup. Buku bukannya murah.

Enjin kereta aku hidupkan lalu meluncur keluar dari bangunan itu.
"Lapar lah. Nak makan kat mana eh?"
Jam di dashboard aku kelir sekilas.
"Patut lah lapar. Dah pukul 1 dah."
Aku merapa-rapa handfon didalam beg. Earphone aku cucuk ke lubangnya sebelum aku masukkan kedalam telinga.
"Hello, Izati? ... Hah, jom lunch. Meeting apa waktu lunch macam ni? ... Jangan nak tipu aku. Macam-macam lah kau ni... Ye lah ye lah."

Talian aku matikan. Izati adalah roommate aku masa belajar dulu. Aku call dia sebab office dia paling dekat dengan area tempat aku berada sekarang. Tapi nak ajak lunch pun leceh, meeting konon, padahal lunch dengan pakwe dia hm macam lah aku tak tahu.

Sudahnya aku cuma beli mcd drive-thru dan makan dirumah.

∆∆∆∆∆∆

"Ummi, kalau SPM nanti Alee dapat 5A and above Alee nak hadiah tau" aku menyelitkan kepala di antara kerusi ummi dan ayah di dalam kereta.
Kami dalam perjalanan untuk ke Johor Bharu, ada kenduri bacaan yasin.

"SPM pun belum dah demand awal awal." Ayah menjawab.

"Biar lah, trial Alee dapat 6A hari tu ayah kata nak bawak pergi shooping. Tak bawak pun. Hmph. Tipu je ayah ni, kan ummi?"

"Ayah tu memang suka bagi janji palsu. Propa je lebih." Ummi membalas. Tawa kami pecah bersama.

PIIIIIIIINNNNN

Tiba-tiba satu kereta muncul dari arah bertentangan. Ayah cuba mengelak tetapi akibatnya kereta kami terjatuh kedalam gaung. Kereta kami hancur remuk. Badan ayah habis tertusuk kaca. Badan ummi hancur dan tersepit. Hanya aku yang selamat. Kerana aku tercampak keluar sebelum kereta kami terbabas kedalam gaung.

Insiden itu aku lihat sendiri. Pemandu yang melanggar kami hanya keluar, melihat keadaan aku yang berlumuran darah kemudian dia pergi.

"Tuan, s-saya rasa mereka dah mati."
"Cepat Herman, kita kena pergi dari sini. Sebelum orang lain nampak."

Aku nampak. Aku hanya mampu melihat mereka pergi meninggalkan kami di jalan yang sunyi ini. Sebelum aku tidak sedarkan diri.

"Ahhhhh haaa" aku terjaga dari tidur dengan air mata dipipi. Air mata aku kesat.
Aku melihat kawasan sekeliling. Oh rupaya aku tertidur di ruang tamu. Jam didinding aku lihat sekilas. 6.30 petang.
"Astarfirullahhalazim. Lamanya aku tidur." Aku bangun dari sofa dan masuk ke bilik. Mahu bersihkan diri.

Memori itu datang lagi menggangu tidur aku. Sudah 6 tahun perkara itu berlaku. Tapi aku asyik termimpikan insiden itu. Mungkin sebab aku masih tidak memaafkan lelaki yang menjadi penyebab ummi dan ayah mati. Tidak, aku takkan maafkan. Tidak selagi dia tak dapat balasan yang setimpal.

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

Hi everybody! First chapter is here woohoo. Do read, vote and plssss comment and give your advice for me to improve my writing skills. Love ya.

Demi Aleena Where stories live. Discover now