Aku terpisat-pisat membuka mata. Aku bangun dari membaringan dan menyandar dikepala katil. Selimut tebal yang membalut tubuh aku tolak tepi.
"Em? Aku tidur dengan baju semalam?" Aku hairan apabila melihat kemeja peach dan skirt kelabu semalam masih membaluti tubuh.
Selimut yang tolak tadi aku pandang pelik, "warna putih?", tapi selimut aku warna biru.
Sekeliling bilik aku perhatikan.
Bagai nak tercabut jantungku bila aku sedar aku bukan berada dibilik ku atau di rumah ku.
Aku melompat turun dari katil. Jantung aku berdebar. Aku kena culik ke? Apa jadi semalam? Tubuh ku aku periksa kalau kalau ada kesan luka, lebam atau apa apa kesan pergelutan. Alhamdulillah, takde.
Aku pandang kearah pintu. Kalau betul aku kena culik, macam mana kalau penculik tu masih ada kat luar?
Aku jadi takut.
Pelahan-lahan aku dekati pintu itu. Sebelum sempat aku pulas tombolnya dah ada orang lain yang buka pintu itu dari luar.
Aku mengundur ke belakang. Ah jangan lah penculik yang datang!
Apabila pintu terbuka luas baru lah aku tahu siapa di sebalik pintu itu.
Boss.
Sumpah aku terkejut. Sampai tak keluar suara nak berkata.
"There you are. Bangun pun." Kata boss, tenang sungguh mamat ni.
"Saya kat mana?" Akhirnya keluar jugak suara aku. "Kenapa saya ada kat sini? Apa boss buat kat saya? Macam mana saya boleh ada kat sini? Boss culik saya ke?" Tanya ku bertubi tubi.
Dia melangkah kearah aku, aku pulak melangkah kebelakang menjauhinya.
"Relex ok," dia duduk dibirai katil. "Semalam awak tidur dalam kereta. Sampai office saya nak ambilkan barang awak tapi office berkunci dan saya takde kuncinya. Jadi awak tak dapat balik sebab takde kunci rumah. Saya bawak ke sini sebab saya taktahu nak bawak kemana lagi. Ini rumah saya. Jangan risau, saya tak buat apa apa sebab saya cuma hantar saja awak kat sini. Lepastu saya balik rumah parents saya. Saya teman awak sampai atas tapi awak berjalan sendiri masuk rumah ni dalam keadaan mamai sebab tu lah awak tak ingat." Terangnya panjang lebar.
Sumpah aku langsung tak ingat bila aku berjalan masuk ke dalam apartment ni.
Aku masih takut takut nak mendekati boss.Dia berdiri, aku berganjak lagi kebelakang.
"Apa yang takut sangat ni?" Dia menapak kearahku. "Saya tak buat apa apa lah. Sayakan gay."
Aku masih cuba untuk jauhkan diri.
"Dah. Basuh muka, keluar, makan. Saya ada belikan breakfast." Arahnya lalu keluar dan tutup pintu dibelakangnya.
Aku masuk kebilik air. Wajah aku tatap dicermin. Comotnya. Ikatan rambut yang hampir terlerai aku buka, rambut disikat menggunakan jari sebelum aku ikat semula. Paip air aku buka lalu aku membasuh muka sambil otak masih cuba untuk mencerna betul ke apa yang dikatakan oleh boss. Entah entah dia plan nak jual aku kat mana mana pusat pelacuran.
Aku keluar dari bilik 10 minit selepas itu. Boss aku lihat sedang duduk disofa sambil bermain game di handfonnya.
"Breakfast atas meja tu, makanlah. Kejap lagi saya hantar balik." Ujarnya langsung tak menoleh kearah ku atau pause kan gamenya.Aku pedulikan saja dia dan terus membaham nasi lemak yang terhidang. Lapar bukan main, semalam aku mana makan.
Kerusi dihadapan aku ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan.
"Lena betul awak tidur semalam""Sorry boss. Saya tak sedar pun bila saya tertidur." Suapan masih aku teruskan sebelum aku tiba-tiba teringat, "boss! Dah pukul berapa ni? Kita kena pergi office!" Terkocoh-kocoh aku menutup bekas makanan dan bangun dari kerusi.
"Chill. Harini hari sabtu." Ujar boss dalam tenang. "Finish your food. Kita nak keluar lepas ni." Handphonenya dia buka semula kemudian dia menyambung kembali kerjanya yang satu itu.
Main game.
Aku syak memang lelaki suka main game lah. Tak kira usia. Ada je game yang dia main. Pak long aku yang dah hampir pencen tu pun masih aktif melibatkan dari dalam game COC.
Selepas tahu yang harini hari sabtu dan sememangnya cuti, aku kembali tenang. Bekas makanan yang baru separuh terluak itu aku buka kembali, dan sambung makan. Harus lah aku sambung. Aku masih lapar.
"Pergi mana boss? Tadi kata nak hantar saya balik." Soal aku.
"Saya ada hal sikit. Then after that saya terus hantar balik." Jawabnya, tumpuan terhadap game masih tidak terganggu.
"Takpe lah kalau gitu. Saya boleh je balik sendiri." Cadang aku. Aku tak mahu menyusahkanya.
"Balik sendiri by what? Kunci kereta ada? Kunci rumah ada?" Tanyanya kembali. Kalini tumpuan diberikan kepada aku.
"Oh ya.." Dahi aku tepuk sekali. Boleh tahan blur jugak aku kadang-kadang. "Tapi bila boleh saya ambik barang saya kat office tu?"
"Jap lagi ambik lah," jawabnya sambil melihat jam ditangan kanannya. Boss tak kidal, tapi pakai jam di tangan kanan. Sama macam penulis hihik (nakjugak). Itu satu fakta tentang boss yang dapat aku perhatikan.
"Bukan boss takde kunci office ke?" Tanya aku, suspicious.
"Semalam memang takde. Sebab kuncinya ada kat rumah." Jawabnya selamba.
Bekas makanan yang telah kosong aku tutup kemas dan masukkan kembali kedalam plastik. Seperti rumah sendiri, aku masuk kedalam dapurnya, buang bekas makanan kedalam tong sampah dan cuci tangan dengan bersih.
Aku kembali ke meja makan.
"Dah siap?" Soal boss.
"Dah." Sejurus aku menjawab terus boss bangun dari duduknya, mencapai dompet dan kunci, bersedia untuk keluar.
"Jom" ujarnya sepatah.
"Tapi boss!" Halang aku. Tak jadi dia membuka pintu. "Nak minum air." Pinta aku, entah kenapa boss tergelak pulak bila aku mintak air."Oh sorry. Lupa nak kasi awak air." Jawabnya masih dalam sisa sisa tawa. "Ambik je lah dalam fridge tu. Pilih mana awak suka."
Aku berjalan kedapur. 'Pilih mana awak suka', berapa banyak perisa air dia ada sampai boleh pilih mana aku suka.
Pintu fridge aku buka.
Ok, no argue. Memang banyak perisa air dia. Banyak pulak pilihan aku.
Susu HL original ada sekotak, jus anggur ada sekotak, mungkin tinggal suku je sebab ringan semacam aku angkat tadi, lepastu ada coke dua tiga tin, 100plus setengah botol, pi pi pi pi pi calpis pun ada pun beb.
Akhirnya gelas aku capai, air sejuk dari dispenser sebelah fridge aku isikan. Separuh gelas aku habiskan dan aku bersihkan kembali gelasnya.
Sempat juga aku capai coke setin dalam fridge tu. Hehe dah dia suruh pilih, aku pilih lah.
"Saya ambik ni tau, hehe." Tin air itu aku tayangkan kepada boss.
"Ok dah jom".
YOU ARE READING
Demi Aleena
RandomDemi Aleena. Bukan orang kaya. Bukan cantik mana. Tinggalnya hanya flat lama. Tidak pernah mengeluh walau sekali. Kerana pada dia, hidupnya cukup bahagia. Tetapi apakan daya, dia cuma gadis biasa. Kerana satu peristiwa, dia bukan Demi Aleena yang l...