Ting!
Aku berlari ke arah membakar roti yang baru sahaja melambungkan roti bakar aku tadi.
Roti aku letakkan atas pinggan sebelum kerja-kerja menyampu jem dimulakan. Lepas puas hati dengan skill penyapuan jem yang aku aplikasikan keatas roti tadi baru lah aku mula makan. Sambil berjalan ke arah sofa.
Hari ni hari sabtu, hari cuti. Boleh lah aku bermalas-malasan di rumah.
Tiba-tiba aku terpandang fail putih yang terletak elok disebelah remote tv aku.
Fail yang A'an bagi kat aku, remember? Alah, maklumat pembunuh mak bapak aku tu ler.
Roti yang tinggal suku laju laju aku makan dan telan. Tangan aku tepuk ala kadar dengan tujuan menghilangkan habuk habuk roti sebelum fail itu aku capai.
Dengan lafaz bismillah. Fail aku buka.Haji Datuk Nazri bin Haji Zainal Abdan
53 tahun
Ceo of Fort Abdan Construction
Isteri: Hajah Ameera binti Abdul Ali
Anak:
- Ahmad Lutfil Shah bin Datuk Nazri
- Ahmad Fauzan Shamil bin Datuk Nazri
- Aminah Jazmine binti Datuk NazriItu saja yang tertulis didalam fail tersebut. Disertakan sekali dengan berberapa keping gambar Datuk Nazri. Ada juga gambar Datuk Nazri bersama isterinya ketika dimekah.
Hati aku membara melihat senyuman si pembunuh tu dalam kepingan gambar tersebut. Tak guna. Jantan tak guna yang boleh tersenyum lagi lepas bunuh ayah dan ummi aku! Ada hati nak pergi mekah!
Fail itu aku campakkan ke bawah. Nafas aku tarik dalam dalam. Cuba nak tenangkan diri. Aku malas nak emotional pada pagi yang barakah ini. Aku dah janji pada diri aku, biar lah aku kenang pemergian ayah dan ummi dengan senyuman kerana kenangan yang ditinggalkan. Bukannya kerana tangisan kemarah keatas pembunuh mereka. Aku dah janji, aku nak balas dendam, dan aku taknak bersedih lagi.
Selepas menenangkan diri, handfon aku capai. Lama rasanya tak ziarah pak long dan mak long. Rindu pulak rasanya pada sepupu aku si kembar tu, Amsyah dan Aisha. Haih telefon maklong dulu lah, sebelum datang melawat. Boleh lah dia masak sedap-sedap sikit sebab anak buah kesayangan nak datang. Ihiks.
"Hello asalamualaikum, maklong." Tak sampai 5 saat menunggu, talian aku berjawab.
"Hah! Alee oi. Reti jugak kau nak telefon aku. Ingat lupa dah aku kat sini hah!" Memetir suara maklong dari lubang speaker handfon aku. Haih kalau gini ler suaranya, Uncle Raju yang jual putu mayam kat bawah sana pun boleh dengar.
"Amboi mak long. Kalau ye pun rindu Alee, jawab lah salam tu dulu. Ni hah, mak long ada rumah tak? Alee ingat nak datang lah tengah hari kejap lagi. Rindu dengan abang dan adik." Abang dan adik tu panggilan untuk si kembar berdua.
"Walaikumsalam! Hah datang lah Alee oi! Bila bila masa kau suka, rumah aku ni terbuka untuk kau. Nanti aku masakanlah untuk kau."
"Hah, masak tu yang Alee nak dengar tu heheh. Ye lah mak long nanti Alee datang ye."
"Hah ye lah. Aku letak dulu ni, adik adik kau ni bergaduh pulak. Aduhh pening aku layan kembar 2 ketul ni. Haih assalamualaikum". Dan talian dimatikan bergitu sahaja. Tak menyempat betul lah maklong ni.
YOU ARE READING
Demi Aleena
RandomDemi Aleena. Bukan orang kaya. Bukan cantik mana. Tinggalnya hanya flat lama. Tidak pernah mengeluh walau sekali. Kerana pada dia, hidupnya cukup bahagia. Tetapi apakan daya, dia cuma gadis biasa. Kerana satu peristiwa, dia bukan Demi Aleena yang l...