"We are here"
Ringkas sahaja pesanan dari Ainan, atau nama manjanya A'an. Memang jauh bunyi dia, tapi selagi tak mengusahkan sesiapa, lantak pi kat dia lah nak suruh orang panggil apa.
Aku mengelabah menyarung sweater dan topi. Ini namanya baju orang malas; tshirt, sweater bundle, dengan jeans hitam.
Kunci kereta aku capai, kemudian aku letak balik. Lupa pulak A'an dengan Ainul tengah tunggu di parking lot di bawah, menjemput aku sebab aku terlalu 'rajin' untuk drive sendiri dan terlalu 'pemurah' untuk membazir minyak kereta. Berlari aku keluar dari rumah, tak suka orang menunggu.Pintu belakang aku bukak, "sorry weh, lift rosak. Aku turun ikut tangga." Aku diam. Menunggu respon.
"Nak tanggal buah pinggang aku tadi lari dari tingkat 6 sampai bawah ni. Korang taknak appreciate ke? Sikit pun taknak?"
Tanya aku sambil menayangkan muka anak anjing (puppy face/muka kesian) dengan penuh penghayatan hingga melahirkan reaksi yang terlampau dari Ainul
"Eh ye ke? Alololololo kesian kau. Penat ke? Nak aku urut kaki tu? Meh kita gi klinik meh, adjust balik buah pinggang kau." Dia berjeda. "Dah jalan lah A'an, kau tunggu apa? Nak aku tolong tekankan minyak ke?" Aku menahan ketawa bila Ainul menukar intonasinya 100% apabila cubaan bermanjanya hanya menghasilkan krik krik ditahap maksima.A'an (ainan) dan Ainul, kembar seiras. Diorang dua je kawan aku dari zaman sekolah yang masih berhubung dengan aku sampai sekarang. Yang lain aku tak tahu ke mana. Mungkin dah mati kena makan dengan naga atau sesat dalam hutan masa rombongan selepas SPM yang aku tak join tu. Tiada khabar berita. A'an dengan Ainul memang kembar seiras tapi sebab penampilan yg berbeza dan perwataan yang berbeza, seiras tu tak nampak sangat. A'an, sekali pandang macam penyanyi korea yang lelaki tu. Alah yang rambut kadang-kadang pink kadang-kadang bentuk macam mangkuk. Memang pelik-pelik rambut artis korea tu. Tak berkenan aku. A'an berkulit putih, rambutnya pendek macam lelaki, pakaian pun macam lelaki. Lain pulak dengan Ainul, bertudung lilit-lilit. Teringin jugak aku nak pakai lilit-lilit macam Ainul. Tapi nanti lah. Apa artis selalu kata? Belum sampai hidayah nak bertudung. Hah gitu ler lebih kurang. Ainul lebih keperempuanan. Malam ni pun dia ikut aku dengan A'an tengok bola sebab terpaksa je.
Kami berjalan agak jauh untuk ke kedai makan. Biasalah, uptown, parking punyanyalah jauh. Entah kenapa orang suka sangat pergi uptown pun aku tak tahu lah.
Restoran itu penuh dengan pelanggan yang rata-ratanya hanya datang untuk menonton bola. Nak pergi stadium, tiket habis, nak tengok kat rumah, tak best takde orang sorak sorak. Sudahnya tengok lah kat kedai makan. Selangor lawan JDT. Sebagai anak kelahiran Johor tetapi membesar di Kuala Lumpur (kira area Selangor lah tu) , jujur aku tak tahu nak sokong team mana."Alee, interview tadi macam mana?" Ainul mulakan perbualan selepas kami mengambil order.
"Interview was okay. Tapi aku tak tahu lah peluang aku cerah atau tak, sebab interviewer takde riaksi langsung. Dia suka ke dia tak suka ke, aku tak dapat agak." Penerangan aku hanya mendatangkan 'ohhh' yang panjang dari Ainul.
"Kalau kau dapat kerja kat company tu kau akan teruskan dengan plan kau?" Aku menarik nafas lepas dengar soalan A'an. Dalam ramai-ramai kawan aku, A'an dengan Ainul je yang tahu plan aku. Perkara yang aku kena selesaikan sebelum aku teruskan impian macam orang lain. Impian untuk hidup bahagia, takde dendam, hidup dengan tenang."Kalau bukan kerja kat company tu pun aku tetap akan teruskan plan aku. Kau tahu kan apa yang aku kejar selama ni?"
Aku pandang Ainul dan A'an silih berganti."Ye, aku tahu. Sebab tu aku tolong kau." A'an berjeda. "Nombor plat yang kau kasi tu, aku dah jumpa dah siapa pemilik kereta tu. And semua biodata dia ada dalam fail ni. Macam yang kau mintak."
A'an meletakkan fail putih diatas meja.Senyuman lebar terus terukir di wajah aku. Yes yes yes! Nombor plat kereta yang menyebabkan ayah dengan ummi mati 6 tahun lepas. Sampai sekarang aku masih ingat. Aku takkan lupa. Akhirnya aku jumpa jugak siapa lelaki durjana tu.
YOU ARE READING
Demi Aleena
RandomDemi Aleena. Bukan orang kaya. Bukan cantik mana. Tinggalnya hanya flat lama. Tidak pernah mengeluh walau sekali. Kerana pada dia, hidupnya cukup bahagia. Tetapi apakan daya, dia cuma gadis biasa. Kerana satu peristiwa, dia bukan Demi Aleena yang l...