v

391 16 5
                                    

Aku bergegas ke tempat aku sebaik sahaja tiba di office. Fail
semalam aku belum photostat lagi. Hanya drawing itu sahaja yang sudah aku selesaikan semua salinannya.

Handbag aku letakkan keatas meja. Fail merah yang merah yang aku simpan didalam laci terus sahaja aku keluarkan. Tanpa berlengah lagi, aku terus menuju ke mesin photostat. Kata Yvonne, kalau nak photostat kasi je fail tu kat office boy, suruh dia buatkan. Tapi taknak lah aku. Ini baru hari ke 2 aku berkerja, dah nak mengarah-arahkan orang. Macam tak elok pulak. Ye dak?

"Mana pulak suisnya ni?" Aku tertinjau-tinjau disekitar mesin photostat itu apa bila butang on yang tekan tidak berjaya menghidupkan mesin itu.
Tergaru-garu aku dibuatnya. Belah kanan takde belah kiri takde.
"Awak cari apa?" Tegur seorang lelaki dari arah belakang aku.
"Em, macam mana nak hidupkan mesin ni?" Aduh, malu aku dibuatnya. Gaya je acah-acah wanita moden, tapi nak guna mesin photostat alaf baru pun tak reti.
"Ohh" lelaki itu tersenyum melihat aku. "Mari saya tolong."
Dia menekan satu butang yang terdapat dibelakang mesin itu. Fail ditangan aku diambil. Helaian kertas itu dikeluarkan kemudian diletakkan di tempatnya.
"Berapa copy awak nak?"
"17" semalam boss hanya mintak 15, tapi sengaja aku lebihkan. Mana tahu ada ahli baru dalam mesyuarat nanti. Bila difikirkan, rasa nervous pulak nak hadiri mesyuarat. Tak pernah pernah aku pergi meeting. Tiba-tiba perasaan macam orang korperat berkobar-kobar dalam diri aku. Eh over pulak.

"Nama saya Demi. Saya architect assistant Encik Zairil." Suasana yang sunyi diantara aku dengan lelaki tadi memaksa aku untuk memulakan perbualan.
"Nama saya Syakir. Pegawai pemasaran." Tangan dia hulurkan pada aku dan aku sambut dengan mesra.
"Semalam awak takde pun masa Kak Maya kenalkan saya dengan staff lain?"
Aku tanya sekadar mahu berbahasa basi.

Setelah hampir 10 minit berbual, baru lah siap semua salinan yang aku kehendaki. Sepanjang perbualan itu, aku mendapati bahawa;
- syakir kerap ada urusan diluar
- kerana itu lah dia tiada dioffice semalam. Sewaktu aku diperkenalkan dgn staff lain.
- Dia seorang yang peramah dan banyak tanya.
- Aku selesa berbual dengannya.

Kalau ikutkan aku, mahu sahaja aku tinggalkan mesin photostat itu disitu, membuat kerjanya. Sambil aku mencari fail untuk memuatkan segala salinan tersebut. Tapi takkanlah aku nak tinggalkan Syakir disitu pulak.

Salinan diambil dan aku letakkan keatas meja aku. Kemudian aku menuju ke arah Kak Maya yang sedang berbual sakan dengan Kak Emi. Fail merah itu aku bawak sekali.

"Kak Maya, fail merah macam ni nak cari kat mana ya?" Tanya aku pada kak maya selepas mengucapkan selamat pagi pada dia dan kak Emi.

"Ada kat dalam stor akak rasa. Cuba kau tengok. Dalam stor tu macam-macam ada, cumanya kau kena cari betul-betullah. Banyak barang, geladah-geledah sikit." Jawab Kak Maya panjang lebar.

"Oh. Tapi stornya kat mana?" Tanya aku lagi.

"Kat sebelah pantry tu hah." Kali ini Kak Emi pulak yang menjawab.

Aku beredar ke stor selepas mengucapkan terima kasih. Pintu stor aku buka, terbuntang mata aku dibuatnya. Betul kata Kak Maya, memang banyak barang dalam stor ni. Dengan lafas bismillah, aku melangkah masuk.

"Ok. Lets get start it." Rambut aku kumpulkan sebelah bahu kiri. Tangan aku cekak ke pinggang sambil memerhati seluruh kawasan stor. Hmm nak mula dari mana ya?

Aktiviti pencarian dimulakan dengan menyelongkar setiap ruang didalam kabinet. Tetapi tidak membuahkan hasil.
Aku tidak berputus asa. Laci-laci pula menjadi sasaran aku. Setiap satunya aku buka dan aku geledah. Hasilnya masih sama. Tiada fail merah.

Mata aku tertancap pada longgokan fail fail lama yang terletak diatas lantai. Itu sahaja lah harapan aku kini. Kalau takde jugak fail tu kat sini terpaksalah aku keluarkan duit, beli fail sendiri. Aku ni dah lah kedekut. Haih.

Aku duduk bersimpuh diatas lantai. Satu persatu fail aku ambil dan aku susun di rak buku paling bawah yang kosong. Bak kata arwah ummi, kalau nak cari barang, cara yang terbaik ialah dengan mengemas kawasan itu. Jadi hari ini, nasihat itu akan aku gunakan. Chaiyok Demi chaiyok!

Laju tangan aku menyusun setiap fail...
"Awak ni cari fail ke kemas stor?"
...terhenti dan terpelanting fail itu apabila ada suara garau yang menegur aku dari belakang. Kepala aku tolehkan.
Degupan jantung bagai terhenti apabila melihat gerangan siapakah yang menegur.

"B-bboss" aku terus berdiri tegak, manakala boss bergerak masuk kedalam stor dan berdiri dihadapan aku.

Dia memerhatikan aku dari atas kebawah. "Demi, awak ni pakai skirt ketat. Jangan lah tertonggeng-tonggeng macam tu. Sesak nafas saya tahu?"

Nafas aku bagaikan terhenti. Kepala terus aku tundukkan kebawah. Aku yakin lagi pasti, mesti muka aku merah semerah padi sekarang ni. Ummiiiiiiii, malunya.
Aku menarik-narik skirt kebawah. Sumpah, aku takkan pakai skirt ini lagi.

"S-sorry boss. Saya tak sengaja." Kepala aku masih tertunduk kebawah. Badan aku juga statik, tiada pergerakkan. Bukan takut, aku malu. Malu ditahap kepalang.

"Dah jumpa fail yang awak cari?" Tanya Encik Zairil.

"Belum boss." Aku menjawab tanpa memandang mukanya.

"Pandang saya. Saya bukan cakap dengan rambut awak."

Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Mahu sahaja aku tutup muka pakai bantal sekarang ini. Takpun, akj mahu sorokkan kepala dibawah peti ais. Takpernah aku malu sampai begini sekali.

"Memang takkan jumpa fail yang awak cari tu. Nah." Satu bundle fail merah diberikan kepada aku.
Laju sahaja aku mencapai fail tersebut.
"Terima kasih boss." Aku mencicit keluar dari stor, meninggalkan boss disitu. Tak mampu aku berlama-lama didalam stor itu.
Aku tidak terus menuju ke meja aku, sebaliknya aku ke tandas. Mahu menenangkan diri.
"Demi Aleenaaaaa, apa yang kau dah buat ni?" Tanya aku pada pantulan wajah aku dicermin. Pipi sengaja aku tampar tampar manja untuk menghilangkan rasa malu yang setinggi gunung Everest, sedalam lautan hindi.
"Malunya aku. Mesti Boss ingat aku ni perempuan tak tahu malu. Ishh tak guna betul."

Setelah memastikan wajah aku tidak semerah cili padi, baru lah aku bergerak ke meja.
Tangan aku ligat menebuk lubang pada kertas dan memasukkan kedalam fail. Kerja berulang memang kepakaran aku. Drawings juga aku lipat dengan kemas. Sekejap sahaja hampir siap lah semua fail-fail yang Boss mintak.
Aku sedang memasukkan salinan terakhir kedalam fail terakhir apabila ada suara menegur.
"Dah siap?" Aku yakin itu suara boss.
"Dah siap, Boss. 15 copy's, just like you ask." Aku cuba membuang perasaan malu dan melupakan adegan sebentar tadi.
"Good. Jom kita gerak. Meeting start in 15 minutes." Lalu dia pun terus keluar dari bilik office dan meninggalkan aku.
Aku terus sahaja mengambil beg tangan dan semua fail yang sudah siap aku sediakan. Dua lebihan salinan yang aku buat sebagai persediakan jugak aku bawa bersama. Agak payah sebenarnya untuk seorang gadis macam aku untuk mengangkut 17 fail. Nasib baik aku bijak, awal-awal lagi aku sudah ambil sebuah kotak bercorak lukisan kucing yang aku jumpa di stor. Kesemua fail aku masukkan bersama, senang sikit nak angkat. Aku berlari anak mengejar boss yang sudah sampai di lift.

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

sorry for a late update. Love love. Vote

Demi Aleena Where stories live. Discover now