Thirty Eight

44 6 0
                                    

>>SKIP

Hubungan antara ahli-ahli Hertz dan Daisy bertambah baik. Mereka tidak lagi sering bergaduh seperti dahulu

Masing-masing boleh terima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Mereka juga sering dilihat saling membantu antara satu sama lain

D-1

Esok merupakan hari pertandingan War of The Idol. Perasaan takut dan teruja bercampur-baur

Mereka semua berkumpul di mini studio Hertz buat kali terakhir 

Barisan tenaga pengajar serta Pengetua Lee Kwangsoo bertemu mereka sebelum hari pertandingan

Seperti biasa, mereka duduk sebaris di barisan hadapan 

Pengetua Kwangsoo tampil ke hadapan untuk memberikan kata-kata semangat

"Saya, mewakili tenaga-tenaga pengajar kamu semua, mengucapkan tahniah kerana kamu semua giat berlatih sehingga hari ini"

"Kami semua bangga dengan kamu. Walaupun kami tahu ada sedikit perbalahan berlaku antara dua-dua group ni tapi kamu semua cepat menyelesaikan masalah ini. Tahniah"

"Akhir kata, malam ni berehat puas-puas dan jangan stress. Have fun on stage dan jangan asyik fikir pasal kemenangan je" 

"Dan satu perkara lagi, SLAY THEM ALL!" 

Pengetua Kwangsoo bersemangat

Mereka yang lain hanya bersorak

>>SKIP 

Hari pertandingan telah pun tiba 

Bas telah pun menunggu kehadiran mereka 

Pengetua Kwangsoo dan barisan tenaga pengajar iaitu Cikgu Gary, Cikgu Jihyo, Cikgu Jongkook dan Cikgu HaHa menunggu anak-anak murid mereka di perkarangan sekolah

Pengetua Kwangsoo boleh dikatakan seorang pengetua yang humble

Hal ini demikian kerana pengetua sekolah lain akan pergi ke lokasi pertandingan dengan memandu kereta masing-masing tetapi Pengetua Kwangsoo memilih untuk menaiki bas bersama guru-guru dan anak-anak muridnya

Beberapa minit kemudian, ahli-ahli Hertz dan Daisy berkumpul di hadapan bas mendengar taklimat sebelum bergerak ke lokasi pertandingan iaitu di Ikon High School

Ikon High School merupakan sekolah ahli-ahli Surpri5e, juara WATI tahun lepas

Surpri5e merupakan seteru ketat Hertz sejak debut lagi

Tahun lepas, mereka kalah kepada Surpri5e dan mendapat tempat kedua

Paling menyakitkan, mereka tewas di tempat sendiri kerana Astro High School menjadi Tuan Rumah tahun lepas


Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now