Forty Two

54 5 0
                                    

>>SKIP

Selepas Daisy selesai membuat persembahan, mereka diminta pulang ke bilik menunggu

Peserta yang selesai membuat persembahan dikehendaki pulang ke bilik menunggu masing-masing dan tidak dibenarkan kembali ke belakang pentas

Persembahan Cheer Up oleh Daisy tadi mendapat pujian daripada juri

Pihak juri mengatakan lagu tersebut memberikan impak positif kepada para penonton

Mereka juga berpendapat konsep yang dibawa oleh Daisy sangat unik

Di bilik menunggu

Ahli-ahli Daisy berehat di situ sementara menunggu setiap peserta selesai membuat persembahan

Sebuah tv kecil disediakan di dalam bilik menunggu

Mereka boleh menonton lain-lain peserta membuat persembahan

Jiho dan Yulhee tertidur akibat kepenatan

Yoonsun dan Yuju pula sibuk menonton persembahan peserta-peserta lain

Mereka menjadi juri awam

Mereka sering mengkritik persembahan wakil sekolah lain

Gelagat lucu Yuju dan Yoonsun membuatkan Chaewon geli hati

Telefon bimbit Chaewon berbunyi tanda mesej Whatsapp masuk

WEI

Tahniah Chaewon!

You guys did well!

Thanks Wei

Tak sabar-sabar tunggu Hertz perform kejap lagi

Fuhh nervous ni

Btw boleh tak kita jumpa sekarang?

Sekarang?

Kenapa?

Ya sekarang

Saya nak cakap sesuatu dengan awak

Saya tunggu dekat gelanggang bola keranjang


Chaewon hairan

"Kenapa dia nak jumpa aku time-time macam ni?

Jantungnya dup dap dup dap dengan laju

Dia menarik nafas panjang dan terus keluar dari bilik menunggu senyap-senyap tanpa pengetahuan Yuju dan Yoonsun

Mereka masih leka menonton persembahan peserta lain

"Kau nak pergi mana bro?"

"Tandas"

"Pergi tu jangan lama-lama sangat. Tinggal berapa peserta je ni"

"Oraitttt"

Wei menjawab pertanyaan Sunyoul dan berlalu pergi

"Kau boleh Wei. Kau pasti boleh buat"

"Harini hari kau. Kau kena berani"

Wei menyakinkan dirinya.

Hari ini dia akan melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak pernah lakukan sebelum ini


Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now