Twenty Eight

45 6 0
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir Hertz dan Daisy berlatih sebagai satu kumpulan

Jadi mereka mengambil keputusan untuk berlatih lebih lama iaitu bermula pada pukul 6 pm sehingga 9 pm

Pukul 8.15 pm, di bilik muzik, 

Mereka berehat sebentar setelah penat berlatih

"Wei, teman aku pergi tandas kejap. Aku tak tahan nak terkencing ni" pinta Bitto

"Pergilah sorang-sorang. Aku penatlah" jawab Wei malas

"Tapi aku takut bro. Dahlah suasana dekat AHS ni menakutkan bila waktu malam" tegas Bitto

"LOL kau ni biar betul Bitto? Muka ganas tapi penakut rupanya hahaha" Wei ketawa terbahak-bahak

Bitto menumbuk bahu Wei

"Okay-okay aku teman" Wei cuba menahan ketawanya

Mereka berdua terus ke tandas meninggalkan yang lain

"Pakwe kau nak pergi mana tu?" soal Yuju kepada Chaewon

"Siapa?" 

"Buat-buat tanya pulak. Wei lah" 

"Mengarut ah kau ni. Aku rasa diorang nak ke tandas" Chaewon membuat tekaan

"Tandas? Serius sis?!"

"Kalau aku jadi diorang, memang taklah aku pergi ke tandas time-time macam ni" kata Yuju 

Chaewon hanya mengangkat bahunya

Di luar  tandas

"Kau nak masuk tak?" soal Bitto

"Malas ah. Kau masuklah sorang-sorang. Biar aku jaga  sini" jawab Wei

"Oraitttt"

Wei menjadi Pak Guard di depan tandas

Dia membelek telefon bimbitnya

Wei yang tampak berani sebenarnya penakut juga, lebih-lebih lagi apabila ditinggalkan bersendirian di depan tandas pada waktu malam 

"Cepatlah Bitto woiii. Jangan lama sangat"  Wei mula rasa tidak sedap hati

Tiba-tiba, dia tercium bau yang sangat wangi

"Macam bau perfume Chaewon je"  bisik hati kecil Wei

Wei sangat tertarik pada bau itu

Dia pasti teringat akan Chaewon tatkala tercium bau itu

Tidak lama kemudian, perkarangan koridor mula berkabus 

Bulu roma Wei meremang

Mustahil kabus boleh masuk sehingga ke koridor

Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now