Fifty

64 5 0
                                    

  "Juara 2013 War of The Idol jatuh kepada........"  

Lampu spotlight menyuluh idol di sebelah kiri MC Joongki

"Forever Five! Hertz!!!!" 

Ahli-ahli Hertz terkejut besar 

Pengetua, Barisan tenaga pengajar serta ahli-ahli Daisy turut terkejut dan tumpang gembira untuk Hertz 

Air mata mula bertakung di mata Kogyeol, Sunyoul, Wooshin, Bitto dan Wei

Mereka cuba menahan air mata dari menitis ke bumi tetapi masing-masing gagal

"Naib Juara 2013 War of The Idol jatuh kepada Daisy!" MC Joongki tidak lupa untuk mengumumkan naib juara

Ahli-ahli Daisy terasa sangat gembira kerana berjaya menjadi naib juara pada tahun pertama penyertaan mereka

Chaewon, Yuju, Jiho, Yoonsun, dan Yulhee yang bergelak ketawa sejak tadi mula menangis

Mereka berasa sangat gembira mendengar nama Daisy diangkat walaupun sebagai naib juara

"Diminta Pengetua Astro High School, Tuan Lee Kwangsoo naik ke atas pentas untuk menerima biasiswa"

"Diminta juga barisan tenaga pengajar AHS naik ke atas pentas" pinta MC Joongki 

Selepas menerima hadiah dan piala masing-masing , Leader Chaewon menyampaikan ucapan kemenangan dan Leader Kogyeol menyusul selepas itu

Selepas berucap, Kogyeol meminta rakan-rakannya termasuk ahli Daisy untuk ke tampil ke hadapan bersamanya 

"Kemenangan ini bukan sahaja milik Hertz tapi KEMENANGAN INI MILIK HERTZ, DAISY DAN ASTRO HIGH SCHOOL!"

Laung Kogyeol dengan kuat sambil  menjulang piala 

Satu dewan bergema dengan sorakan dan jeritan

>>SKIP

Selepas selesai bergambar dengan semua pihak di atas pentas, Ahli-ahli Hertz dan  Daisy berkumpul di hadapan bas mereka

Mereka ingin bergambar beramai-ramai bersama Pengetua dan Barisan Tenaga Pengajar sebagai kenangan

"Biar saya yang ambik gambar kamu semua" laju tangan Pengetua Kwangsoo merampas kamera Yuju

"Ta...tapi cikgu, kami semua nak bergambar dengan cikgu" tegas Yuju

"Tak payahlah, tadi kan dah bergambar sekali" kata Cikgu Jongkook

"Jadi sekarang giliran kamu semua pulak. Cikgu teringin sangat tengok Hertz dan Daisy bergambar bersama sambil menjulang piala"

"Betul tak bang?" tanya Cikgu Jihyo

Cikgu Gary hanya mengangguk  

"Ambik tempat masing-masing. Tuan Pengetua dah ready tu" Cikgu HaHa menyampuk

Mereka semua berkumpul di tepi bas

"Rapat sikit...rapat sikit" 

"Ok cantik!"

"Baiklah... 1...2..3!"

*Click*


Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now