Twenty Three

46 7 0
                                    

"Mulai esok sampai isnin depan, kita akan fokus pada tarian dan latihan fizikal sahaja"

"Saya yakin awak semua dah mahir dengan tarian dan skill nyanyian dan rapping masing-masing"

"Jadi minggu ni kita hanya fokus pada tarian special stage ini sahaja"

"Faham SEMUA!" jerit Cikgu Jongkook tiba-tiba

"Faham Tuan!" jawab mereka dengan nada yang kuat

"Maaf Cikgu Jongkook. Saya nak mencelah sikit" pinta Cikgu HaHa

"Silakan" 

"Okay semua, dengar sini baik-baik. Ada syarat-syarat umum dalam dance battle tu"

"Pertama: Durasi lagu yang dipilih mestilah tak lebih 2 minit. Boleh cut lagu yang lebih daripada 2 minit tu"

"Kedua: 60 saat pertama, korang kena battle sesama sendiri. Semua kena ambik bahagian"

"Ketiga: 60 saat terakhir, korang kena bergabung dan berkerjasama sebagai satu kumpulan. Main Dancer kedua-dua kumpulan main peranan penting masa ni"

"Keempat: Kedua-dua Main Dancer setiap kumpulan akan jadi pembantu cikgu sepanjang minggu ni. Sekian"

Cikgu Haha menjelaskan syarat-syarat dengan terperinci. Mereka hanya mendengar dengan teliti

"Cikgu tahu korang semua akan penat nanti. Sebab tu latihan untuk kumpulan masing-masing pada minggu ni dibatalkan. Cikgu tak nak kamu semua kehabisan tenaga. Masa latihan korang digantikan dengan latihan special stage ni. Faham" Cikgu Jihyo pula bersuara

Mereka hanya mengangguk

"Selepas berbincang dengan Cikgu Jongkook, kami putuskan yang 30 minit diperuntukkan untuk latihan fizikal dan 1 jam lagi untuk latihan tarian" tambah Cikgu Haha

Mereka menghela nafas lega

"Baiklah, Saya doakan yang terbaik untuk awak semua. Semoga berjaya" Pengetua Kwangsoo memberikan kata-kata semangat dan mereka bersurai

Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now