Twenty One

52 7 0
                                    

Tepat pukul 1 pm

Ahli-ahli Hertz dan Daisy bergegas ke bilik muzik

Mereka masih tidak mengetahui sebab mereka dipanggil

Perasaan takut, gementar, cuak, semua bercampur baur 

Sebaik sahaja mereka semua melangkah masuk dalam bilik muzik, mereka terkejut melihat Tuan Pengetua, Lee Kwang Soo dan barisan tenaga pengajar 

"Apahal pulak ni? Aku ada buat salah ke?" Kogyeol cuak

Sebagai Leader, sudah tentulah dia yang paling takut

Mereka semua (Hertz dan Daisy) hanya tersenyum pahit

Riak wajah Tuan Pengetua dan barisan tenaga pengajar amat serius 

Mereka duduk sebaris di barisan paling hadapan

"Silakan duduk" arah Cikgu Jihyo 

"Mesti awak semua tak tahu kenapa kami minta awak berkumpul di sini kan?" soal Cikgu Jihyo

Anak-anak muridnya hanya menggeleng-gelengkan kepala

"Baiklah, Tuan Pengetua, silakan" Cikgu Jihyo meminta Pengetua Kwangsoo tampil ke hadapan

"Baiklah, Terima kasih Puan Jihyo"

"Apa khabar semua? Sihat?" soal Pengetua Kwangsoo

"Sihat!!"

"Bagus-bagus tapi kenapa muka awak semua nampak cuak dan pucat?"

"Sebenarnya  tujuan saya panggil awak berkumpul di sini adalah untuk menyampaikan berita penting dan mengejutkan" kata Pengetua Kwangsoo

Mereka seolah-olah membeku apabila mendengar ayat berita penting dan mengejutkan 

Mereka tahu berita ini mesti ada kena-mengena dengan War of The Idol 





Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now