Thirty Nine

40 5 0
                                    

>>SKIP

"Selamat datang ke 2013 War of The Idol!!"

"Saya Song Joongki, berbesar hati dan berasa bangga kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk mengendalikan pertandingan berprestij ini"

"Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai MC dengan sebaik mungkin"

MC Joongki menundukkan separuh badannya sebagai tanda hormat

"Baiklah tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan barisan juri pada tahun ini"

"Ketua Juri kita, pengacara antarabangsa, Yoo Jaesuk!" *penonton memberikan tepukan*

" Juri kedua kita, Ji Sukjin, seorang penyanyi dan penghibur  era 70-an" *penonton memberikan tepukan*

"Juri ketiga kita, main vocalist dan maknae Miss A, Bae Suzy!"  *penonton memberikan tepukan lebih kuat*

"Baiklah, barisan juri-juri  telahpun diperkenalkan"

"Saya akan menerangkan sedikit bagaimana pertandingan ini akan dijalankan"

"Pusingan Pertama: pertandingan kumpulan dari wakil sekolah masing-masing"

"Kriteria-kriteria seperti Vokal, Rap, Dance, Visual dan Concept akan dinilai. Markah penuh bagi pusingan ini adalah sebanyak 100 markah (1 Kriteria = 20 markah)

"Pusingan Kedua: Buat julung kalinya, special stage ini diadakan"

"Tema untuk tahun ini adalah dance battle"

"Markah diberikan kepada kumpulan yang hanya mendapat tiga teratas"

"Tempat Pertama 15 markah, Tempat Kedua 10 markah dan Tempat Ketiga 5 markah"

"Markah pusingan pertama akan ditambah dengan markah pusingan kedua untuk mendapatkan markah keseluruhan"

"Markah keseluruhan akan menjadi markah akhir bagi setiap kumpulan"

"Sebelum saya terlupa, sekiranya  dua wakil dari satu sekolah mendapat tempat pertama sehingga tempat kelima, sekolah itu akan diberi biasiswa"

"Baiklah sampai disini sahaja penerangannya. Kita akan mulakan pertandingan sebentar sahaja lagi"

MC Joongki mengundur diri terlebih dahulu.

Satu montaj sejarah War of The Idol ditayangkan khas untuk para penonton yang rata-rata pengetua,  tenaga pengajar dan pelajar-pelajar IHS


Hertz vs Daisy: Friend or Foe? [Malay FF]Where stories live. Discover now