Jung-kook duduk di kerusi yang berada di hadapan wad Su-ji. Mujurlah, Su-ji tidak mengalami perkara yang serius. Cuma dia mengalami malnutrisi kerana badannya kekurangan nutrien. Walau bagaimanapun, Jung-kook tetap risau kerana kekurangan nutrien pada badan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kwashiorkor, marasmus dan penyakit defiseinsi yang lain. Jung-kook meraup mukanya. Dia bangun dan menjenguk Su-ji melalui cermin di pintu wad. Jung-kook melangkah pergi. Nombor telefon Ji-min sudah diberikan kepada jururawat yang menjaga Su-ji. Tidak lama lagi mungkin ibu bapa Su-ji akan tiba.
***
Min-gyu : Hari tu aku nampak poster crush kau kat tiang lampu. Dia hilang eh? Kena culik ke?
Jung-kook angguk walaupun itu bukan perkara yang betul.
Min-gyu : Kau tak cerita apa-apa pun kat aku.
Jung-kook : Err...Min-gyu. Kau tolong aku.
Min-gyu : Tolong apa?
Jung-kook : Esok kau jenguk dia. Tengok sama ada dia dah sedar ke belum.
Min-gyu : Kenapa pulak aku? Diakan crush kau.
Jung-kook : Tolonglah. Dia peminat kau tau tak. Mesti dia gembira kalau kau lawat dia.
Min-gyu : Betul ke? Dia minat aku? Dia minat Seventeen? Jangan jeles tau. Hahaha...
Jung-kook : Menyampah pulak aku tengok.
Jung-kook menyisip air di dalam cawan. Dia memandang sofa di ruang tamu kediamannya. Bayangan Su-ji tiba-tiba bermain di fikirannya. Dia cepat-cepat menggeleng kepala.
Min-gyu : Kau dah bagitahu dia ke yang kau sukakan dia?
Jung-kook : Belum.
Min-gyu : Kenapa?
Jung-kook : *Sebab aku takut. Aku takut dia tolak aku. Dia lebih pentingkan Seventeen daripada aku. Aku gaduh dengan dia pun sebab kau.* Tak naklah. Tadi petang aku dah pergi interview. Diorang terima aku jadi trainee. Jadi, aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk aku bercinta. Aku nak kejar impian aku dulu.
Min-gyu : Oh, macam tu ke? Tapi kau kena jumpa dia jugak sebab kau yang bersusah payah bawa dia ke hospital.
Jung-kook : Esok aku kena pergi syarikat tu lagi. Ada urusan yang nak dibuat. Nanti esok kau jangan sebut nama aku kat depan dia. Ingat tu? *Nanti dia makin benci tengok muka aku. Dia dah cakap dengan aku tak nak jumpa aku lagi.*
Min-gyu : Suka hati kaulah. Dah malam ni aku balik dulu. Makin lama layan kau makin pelik kau ni.
Jung-kook : Hehe..terima kasih sebab tolong aku belajar. Jangan lupa tau esok?
Min-gyu : Yalah, yalah.
***
Omma : Omma, omma risau Ji-min.
Omma Su-ji merenung muka Su-ji yang terbaring di atas katil.
Omma : Dari tadi dia sebut nama Da-hyun. Macam mana kalau ingatannya kembali pulih dan dia salahkan kita sebab tak pernah bagitahu pasal Da-hyun.
Ji-min mengusap-usap belakang badan ommanya. Tae-hyung dan appa Su-ji pergi membeli sarapan.
Omma : Omma takut dia ingat balik niat dia nak jadi penyanyi tu. Omma takut.
Ji-min : Omma. Kejadian buruk tu berlaku bukan sebab keinginan dia nak jadi penyanyi dan bukan sebab Da-hyun tinggalkan dia. Kita tak tahu apa yang dah jadi pada Da-hyun selepas tu. Mereka masa tu belum matang. Su-ji belum matang untuk buat keputusan yang betul. Jadi, dia stres. Sama macam sekarang. Kalau omma terus menerus halang apa yang dia nak buat, dia juga akan stres. Apa bezanya? Jadi, sebagai omma yang lebih mengenali Su-ji, omma kena faham kehendak Su-ji. Kadang-kadang, dengan impian yang kecil boleh buat seseorang itu bahagia sepanjang hidupnya. Omma nak tengok Su-ji bahagiakan? Omma kena sokong dia. Janganlah marah-marah dia macam dulu lagi. Omma kena ada selalu kat sisi dia. Su-ji sentiasa inginkan perhatian omma.
Nasihat Ji-min yang panjang berjela itu menyedarkan omma Su-ji pada waktu itu. Dia menggenggam tangan Ji-min.
Omma : Terima kasih sebab sedarkan omma. //senyum//
Ji-min memeluk ommanya. Su-ji tiba-tiba bergerak dengan agresif di atas katilnya.
Su-ji : Da-hyun! Da-hyun ah, jangan tinggalkan aku lagi. Da-hyun!
Omma Su-ji dan Ji-min segera mendapatkan Su-ji. Omma Su-ji mengelus lembut rambut Su-ji. Dia memanggil nama Su-ji beberapa kali. Mata Su-ji terbuka perlahan-lahan. Pandangan agak kabur mula-mula. Dia memejamkan mata dan membuka matanya acap kali. Baru dia dapat lihat ommanya di sebelahnya. Dia terus mendakap ommanya sambil menangis teresak-esak. Ommanya membaringkan Su-ji setelah emosinya kembali tenang. Dia dapat melihat tubuh badan Su-ji yang semakin susut.
Omma : Dah, jangan nangis nanti hilang tenaga Su-ji.
Ji-min keluar untuk memanggil jururawat atau doktor yang ada.
***
Omma Su-ji menyuapkan bubur ke dalam mulut Su-ji. Su-ji makan dengan penuh berselera. Dia mengunyah makanan sambil tersenyum-senyum. Jujur, ini kali pertama rasanya dia bermanja dengan ommanya. Dia rasa gembira dan terharu pada masa yang sama.
Appa : Apa dah jadi pada Su-ji sebelum ni?
Su-ji : Appa, kita bincang perkara ni kat rumah boleh tak?
Omma : Betul tu. Su-ji kan baru je sedar, awak janganlah tanya dia macam-macam.
Appa : Baiklah kalau macam tu.
***
Usai makan tadi, Su-ji terlena. Doktor memberitahu yang dia sudah boleh keluar wad pada esok hari jika keadaannya benar-benar pulih. Manakala, seseorang sedang terjenguk-jenguk di pintu wad. Dia sudah berjanji dengan Jung-kook untuk melawat Su-ji selepas waktu sekolah. Dia masuk ke dalam wad Su-ji dengan menjingkit-jingkitkan kakinya. Beg Su-ji yang Jung-kook suruh beri pada Su-ji diletakkan di atas meja di sebelah katil Su-ji. Dia menjengah Su-ji.
Min-gyu : Dia masih belum sedarkan diri lagi ke? Adoi, Jung-kook ni pun satu. Macam-macam betullah. Rasanya dia masih koma lagi kot. Baik aku pergi dulu.
Su-ji yang terganggu lenanya menguak matanya dan melihat seorang lelaki sedang berjalan keluar dari wadnya.
Su-ji : Siapa awak?
Min-gyu menoleh. Dia menyengih menampakkan gigi taringnya. Mata Su-ji terbuntang luas melihat Min-gyu yang berada tidak jauh daripadanya. Walhal, ini bukan kali pertama mereka bertemu. Tapi ini merupakan kali pertama Min-gyu dapat melihatnya. Mana tak teruja.
Min-gyu : Annyeong.
Su-ji : Min-gyu...oppa!
Min-gyu berjalan kembali ke katil Su-ji. Dia menggaru-garu belakang lehernya.
Su-ji : Macam mana oppa boleh ada kat sini? Oppa ke yang bawa saya ke hospital?
Min-gyu : Err...itu..err... *Masalah betullah Jung-kook ni. Kan tengok dia dah tanya aku soalan rumit macam ni. Mana tak rumit kalau kau tak bagi aku sebut nama kau depan Su-ji? Haish..* Ha, Su-ji dah tak apa-apa ke?
Su-ji : Ya. Saya Cuma kekurangan nutrisi dalam gizi. Jadi, lepas makan saya bertenaga balik.
Min-gyu : Baguslah. Kalau macam tu saya balik dulu, esok saya lawat Su-ji balik.
Su-ji : Baik, saya tahu oppa sibuk. Ah! Saya ada satu surat untuk oppa dan untuk ahli Seventeen yang lain.
Su-ji teringat surat yang dia tulis beberapa hari yang lalu. Surat tu mengandungi pesanan Ye-ri kepada Seventeen. Su-ji kaku seketika apabila dia teringat yang surat tersebut dia simpan dalam begnya. Su-ji menoleh ke arah meja di sebelahnya dan terkejut melihat begnya di situ. Dia mengambil beg tersebut.
Min-gyu : Beg tu Jung-kook suruh pada Su-ji.
Min-gyu pantas menutup mulutnya. Laju sahaja nama Jung-kook meluncur keluar dari mulutnya. Su-ji termenung seketika. Dia fikir Jung-kook sudah melupakannya setelah apa yang dia katakan pada Jung-kook, tapi tidak. Su-ji mengeluarkan sekeping kertas kepada Min-gyu dan menghulurkannya kepada Min-gyu.
Su-ji : Ambiklah. Saya harap oppa baca dengan member Seventeen sama-sama.
Min-gyu mengambilnya. Su-ji dan Min-gyu sama-sama membalas senyuman.
Su-ji : *Aduh, oppa tak payah senyum sampai macam tu sekali. Nanti kena kencing manis.*
Min-gyu keluar dari wad. Su-ji pula menumbuk bantal sambil tersenghi macam orang gila.
YOU ARE READING
Notice me, senpai!🎒
Fanfiction(malay ff) Su-ji mula menaruh perasaan terhadap seniornya iaitu Jeon Jung-kook. Sikapnya yang agak kelelakian itu mula berubah. Mempunyai omma yang garang, oppa kembar yang saling berbeza perwatakan iaitu Ji-min yang baik hati dan Tae-hyung yang suk...