Part 14

79 6 0
                                    

Keesokannya...

Jung-kook, Su-ji dan Ye-ri pergi ke kafe untuk bertemu dengan seseorang. Mereka duduk di penjuru kafe di mana jauh daripada orang ramai. Seorang perempuan datang mendekati meja yang mereka bertiga duduk. Dia mengambil tempat di hadapan Jung-kook. Su-ji hanya memerhati perempuan tersebut. Wajahnya nampak lelah. Tak sangka, dia yang selama ni bermusuh dengannya mempunyai peristiwa silam yang menyedihkan. Perbincangan malam semalam antara Su-ji, Jung-kook dan Ye-ri berlegar di ruang kepala Su-ji.

Ye-in : Ada apa oppa nak jumpa? Saya sibuk. Kejap lagi saya kena masuk kerja.

Jung-kook : Pasal Ye-ri, dongsaeng kau?

Ye-in terkejut mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Jung-kook. Dia mengerutkan dahi. Selepas kejadian Ye-ri, Jung-kook dan Ye-in menjadi rapat kerana Ye-in terhutang budi kepada Jung-kook. Jung-kook bersetuju merahsiakan kes Ye-ri.

Jung-kook : Penjenayah yang culik dan bunuh adik Ye-in belum ditangkap kan?

Ye-in : Ya, semua tu masih dalam penyiasatan. Kenapa?

Jung-kook menceritakan kisah yang Ye-ri ceritakan malam semalam dan memberitahu maklumat tentang kes culik dan bunuh yang terjadi pada Ye-ri dengan nada berbisik. Ye-in mendengar dengan teliti. Dia mahu nasib adiknya terbela. Dia mahu penjenayah tersebut menerima hukuman yang setimpal.

Ye-in : Terima kasih oppa. Tapi, saya ada satu perkara yang saya risaukan. Pasal Su-ji... Oppa tahukan?

Su-ji yang hanya memerhati daripada tadi memandang Ye-in dengan tepat.

Su-ji : *Aku? Kenapa risau pasal aku pulak?*

Ye-in : Saya harap kes kehilangan dia bukan macam kes Ye-ri tu. Sebab saya tahu perasaan kehilangan orang yang tersayang. Saya menyesal sebab tak jaga Ye-ri betul-betul

Jung-kook : Jangan cakap macam tu. Ye-ri mati bukan sebab Ye-in abaikan kesihatan dia, dia mati sebab penjenayah kejam tu. Lagi satu...

Jung-kook berhenti seketika. Dia tak tahu macam mana hendak menyambung ayatnya.

Ye-in : Lagi satu apa?

Jung-kook : Oppa rasa kamu kena jumpa dengan chingu rapat Ye-ri kat sekolahnya. Dia mesti ada sesuatu yang nak diceritakan pada Ye-in.

Ye-in : Betul jugak. Saya tak pernah pergi sekolah Ye-ri memandangkan sekolahnya jauh dari sini. Saya dah cakap dengan dia supaya ikut pindah dengan saya kat rumah peninggalan omma dan appa kami tapi dia tak mahu. Nasib baik kat sana ada asrama. Oklah saya kena beredar dulu. Saya nak masuk kerja.

Ye-in bangun dan menunduk kepada Jung-kook. Dia terus berlalu pergi keluar dari kafe. Jung-kook memandang Su-ji di sebelahnya. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman. Tapi tak lama. Dia mengalihkan pandangan. Dia menjeling sekilas ke arah Ye-ri. Sebenarnya dia takut mahu melihat keadaan Ye-ri ketika itu.

***

Malam itu, Ye-ri dan Su-ji berbual di taman rekreasi.

Su-ji : Ye-ri, unnie nak tanya sikit boleh?

Ye-ri : Tanyalah.

Su-ji : Kenapa Ye-ri minta bantuan pada unnie dan Jung-kook? Kenapa tak dengan orang lain?

Ye-ri : Sebab saya rasa Su-ji unnie dengan Jong-kook oppa baik.

Su-ji : //senyum// Oh...

Ye-ri : Saya pula tanya unnie. Unnie minat Seventeen ke?

Su-ji : //angguk laju// Unnie minat diorang dari sebelum debut lagi.

Ye-ri : Oh...saya..pun..minat diorang jugak.

Su-ji : Omo, omo..daebak!

Ye-ri : Saya minat diorang masa mula-mula debut. //diam//

Su-ji : Ye-ri ah, gwaenchanyo?

Ye-ri mengangkat mukanya. Dia menyeka air mata yang hampir menitik.

Ye-ri : Unnie, saya nak minta tolong. Ini kali terakhir. Saya dah lama nak jumpa diorang. Tapi, bila saya dapat jumpa diorang..kami langsung tak dapat nak berkomunikasi. Jadi, saya nak kalau unnie dah pulih kembali saya harap unnie dapat jadi peminat diorang buat selama-lamanya. Janji?

Su-ji : Ya, unnie janji. Unnie faham perasaan Ye-ri. Unnie pun sedih bila tak dapat berkomunikasi dengan ahli-ahli Seventeen.

Ye-ri : Lagi satu, tolong bagitahu kat...kat ahli-ahli Seventeen yang saya sayang diorang semua. Pelik kan? Saya tak tahu kenapa saya sayang diorang semua.

Ye-ri tidak dapat menahan tangisannya lalu air matanya menitis jatuh satu demi satu di pipinya. Su-ji merangkul bahu Ye-ri untuk memujuknya.

Ye-ri : Setiap kali saya tengok diorang berusaha, saya rasa bersemangat untuk teruskan hidup. Saya lawan penyakit yang ada dalam badan saya.

Su-ji juga turut menangis kerana terharu dengan keikhlasan Ye-ri.

Ye-ri : Ah, lagi satu. Bias saya dalam Seventeen ialah Woozi oppa. Bagitahu kat dia sama ada lagu yang dihasilkan berjaya ataupun tidak, dia dah lakukan yang terbaik. Sebab dia ada member Seventeen yang sentiasa sudi membantu dia. S.Coups oppa pulak, bagitahu kat dia yang tugas dia sebagai ketua bukan tugas yang mudah tapi dia telah melaksanakan tugas yang baik. Saya faham yang dia berasa bersalah bila tengok Woozi hasilkan lagu, dimana ia memainkan peranan yang besar untuk menaikkan nama kumpulan diorang. Cakap kat dia yang kata-kata semangat dia juga merupakan peranan paling besar dalam Seventeen. Dan cakap kat Hoshi oppa pulak dia kena teruskan perangai gila-gila dia untuk menyunting semangat buat ahli-ahli yang lain.

Su-ji mengangguk. Dia menyapu air mata Ye-ri.

Jung-kook : Kenapa dengan kamu berdua ni?

Su-ji cepat-cepat mengelap air mata di pipinya. Ye-ri dan Su-ji bangun dari tempat duduk di situ. Su-ji melihat Jung-kook membawa dua air tin di kedua-dua genggaman tangannya.

Su-ji : *Cis, mesti baru balik dari kedai runcit! Tadi ajak tak mau. Tu mesti nak kasi Ye-ri. Eh, lupa Ye-ri mana ada nafsu nak makan.* //monyok//

Jung-kook : Yang kau ni dah kenapa monyok? Nah, tadi kata nak beli air kola. //hulur//

Su-ji : //ambil// Terima kasih! //senyum//

Ye-ri hanya memerhatikan Jung-kook dan Su-ji sambil tersenyum. Jung-kook tengok Ye-ri sekilas. Kemudian, dia tengok sekali lagi. Ada perubahan pada Ye-ri.

Jung-kook : Ye-ri, bekas tusukan pisau tu..dah hilang.

Ye-ri : Saya tahu.

Jung-kook pandang Su-ji. Su-ji angkat bahu tanda tidak tahu.

Ye-ri : Saya kena pergi.

Su-ji : Pergi mana?

Ye-ri : Hasrat saya dah tercapai semuanya. Terima kasih sebab tolong saya tunaikannya. //tunduk hormat//

Jung-kook dan Su-ji masing-masing tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Ye-ri. Lama-kelamaan tubuh Ye-ri semakin pudar dan hilang daripada pandangan. Jung-kook dan Su-ji memandang antara satu sama lain. Jung-kook menelan liur.

Su-ji : Mungkin roh dia dah tenang kat sana.

Su-ji dan Jung-kook pulang dengan hati yang lega. Lega kerana dapat menolong orang yang memerlukan pertolongan.

Notice me, senpai!🎒Where stories live. Discover now