Malam yang hening ditambah pula situasi sunyi di dorm Seventeen. Semua ahli berkumpul di ruang tamu. Mereka semua diam setelah mendengarkan Min-gyu membaca isi surat yang diberikan oleh Su-ji.
S.Coups : Apa kau rasa lepas baca surat ni?
Min-gyu : Rasa..terharu? Sebab Su-ji sanggup tulis surat yang panjang berjela ni untuk ceritakan pasal Ye-ri kepada kita.
S.Coups : //angguk// Seung-kwan?
Seung-kwan : Rasa terkilan sebab Ye-ri teringin sangat nak jumpa kita tapi dia dah pergi dulu.
Vernon : Aku pun rasa macam tu jugak.
S.Coups : Ji-hoon dengan Soon-young pulak?
Woo-zi : Betul cakap Ye-ri. Tak kira kita menang atau tidak, yang penting kita dah buat yang terbaik. Kadang-kadang aku adalah rasa tertekan jugak masa nak buat lagu, tapi bila tengok yang korang pun berusaha jugak, aku rasa bersemangat. Lagipula, korang selalu tolong aku. jadi, aku rasa lebih tabah.
Hoshi : Aku setuju dengan Ji-hoon. Aku rasa bersemangat sekarang. Aku akan terus berusaha dalam apa jua hal sekalipun untuk kumpulan kita terus bersinar macam permata.
Dino : Lepas Min-gyu hyung bacakan surat tu, saya rasa mahu lebih hargai peminat kita iaitu Carat. Tanpa Carat kita takkan pergi sejauh ni.
Jeong-han : Nampaknya maknae kita dah semakin matang.
Joshua : Aku harap surat ni jadi motivasi buat kita. Yeah, sebenarnya semua surat yang kita terima daripada peminat buat kita jadi lebih bermotivasi tapi bagi aku surat ni mengandungi pelbagai makna.
Jun : Demi peminat, kita kena lebih berusaha.
S.Coups : Jom buat fighting!
Maka, ahli-ahli Seventeen menghulurkan tangan mereka seperti yang mereka selalu buat sebagai pemberi semangat kepada mereka. Mereka 'mengikat' genggaman masing-masing.
S.Coups : Korang. Tak kira apa yang kita buat, menang atau kalah, tanamkan perasaan gembira dalam diri. Kalau kita buat semua ni dengan perasaan gembira, kita mampu hadapi kegagalan dan bangkit dengan kemenangan. Aku sayang korang semua.
Won-woo : Hidup aku kosong tanpa korang.
DK : Yehey, hyung. Rasa tak biasa pulak hyung cakap macam tu.
Won-woo : Ala, kau ni buat hyung malu je.
The8 : Apa-apa pun, yang penting kita kena selalu bersama.
S.Coups : Baiklah. Satu, dua, tiga
Seventeen : Fighting!
Mereka bersurai selepas itu kerana mereka perlu tidur yang mencukupi untuk hari yang sibuk esok.
***
Walaupun Su-ji sudah dibenarkan keluar dari wad pada esoknya, dia kembali bersekolah pada hari itu. Ye-in mendekati Su-ji. Dia ingin berkata sesuatu kepada Su-ji sebelum waktu rehat tamat.
Ye-in : Su-ji, aku nak minat maaf kat kau. Aku tahu selama ni aku banyak buat salah pada kau. Kutuk kau. Maafkan aku ya?
Su-ji : //senyum// Aku dah maafkan kau. Aku harap kau tak kenang lagi kisah lama kita.
Yee-eun : Aku pun nak minta maaf.
Yee-eun muncul dari belakang Su-ji.
Su-ji : Ya, aku maafkan. Jadi, sekarang ni kita berbaik lah?
Ye-in dan Yee-eun sama-sama mengangguk. Mereka rasa bersalah sejak Su-ji menghilangkan diri. Tiba-tiba tiga pelajar lelaki sekawan dari kelas sebelah turut mendekati Su-ji.
YOU ARE READING
Notice me, senpai!🎒
Fanfiction(malay ff) Su-ji mula menaruh perasaan terhadap seniornya iaitu Jeon Jung-kook. Sikapnya yang agak kelelakian itu mula berubah. Mempunyai omma yang garang, oppa kembar yang saling berbeza perwatakan iaitu Ji-min yang baik hati dan Tae-hyung yang suk...