Kisah #4: Tiga Permintaan

155 3 0
                                    

Di saat telah tiba waktu seorang Ibu meninggalkan anaknya untuk selama-lamanya, dia dikurniakan tiga permintaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di saat telah tiba waktu seorang Ibu meninggalkan anaknya untuk selama-lamanya, dia dikurniakan tiga permintaan.

"Kamu diberikan 3 permintaan sebelum meninggalkan dia. Apa permintaan pertama kamu?"

Si Ibu memandang anak kecilnya dengan penuh rasa sayu.

"Aku mahu dia dijaga dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu."

"Permintaan kedua?"

"Aku mahu dia dewasa kelak, bertemu lelaki yang akan jaganya dengan rasa sayang dan cinta."

"Permintaan ketiga?"

"Aku mahu dia tahu. Kekal tahu yang selamanya aku sayang dia."

"Permintaan kamu ditunaikan. Masa akan menentukan segala-galanya. Anak kecil ini satu hari nanti akan diceritakan padanya tentang kasih sayang kamu."

Si Ibu senyum kelat. Dicium pipi anak kecil yang sedang lena diulit mimpi itu berkali-kali.

"Jaga diri, sayang. Ibu sayang kamu. Tahu itu?"

Berakhir di situ, kisah pemergian Ibu bersama kasih sayangnya. Dan hanya mampu menjenguk anak kecil itu di waktu tidurnya saja.

-The End-


Cerita PendekWhere stories live. Discover now