"Tunggu I ke?"
" Taklah. Tengah tunggu prince charming jatuh dari langit."
Dia ketawa. " prince charming tu ada sayap ya?"
Gadis dihadapannya angguk kepala.
"Macam mana rupa prince charming tu?" Dia keluarkan soalan lagi. Seronok pula melayan ayat merepek dari gadi ini.
Gadis itu memandangnya dengan senyuman. "He's perfectly handsome. Kecuali dia ada sayap."
Dia angguk kepala. Masih lagi menganggap apa yang diberitahu gadis ini hanyalah cerita merepek sahaja. "So, bila prince charming you ni nak muncul?"
"Dia dah muncul."
Dia kerut dahi.
"Dia ada di belakang you." Tambah gadis itu lagi.
"Hai." Tiba-tiba kedengaran suara lelaki.
Dia menoleh. Air liur ditelan sambil matanya memandang gerangan lelaki berambut putih dihadapannya ketika ini. Perkara terakhir dia ingat sebelum pengsan adalah sayap yang tiba-tiba muncul di belakang lelaki itu.
YOU ARE READING
Cerita Pendek
FantasyMungkin patut dipanggil Kisah Kontot a.k.a Kistot. Cerita cerita pendek yang mungkin juga kedengaran merepek bagi sesetengah manusia tapi tidak bagi seorang Reen. Well, life ain't a fairy tale after all. Thanks.