Kisah #8: Belle

66 3 2
                                    

Dia sebenarnya sudah biasa dengan harapan palsu manusia. Harapan palsu dari manusia manusia yang pernah dia percaya.

"Mati kamu! Mati!" Patung beruang berwarna hitam ditikam bertubi-tubi. Setelah patung itu tiada gunanya, seperti selalu akan dilempar ke dinding, kawasan yang sama seperti patung beruang yang lain.

Kedengaran ketukan di pintu. Dia menoleh.

"Belle, sayang." Wanita yang baru melangkah masuk itu mengukirkan senyuman padanya.

Dia diam. Senyuman wanita itu tidak dibalas.

"Belle sayang..."

Diam.

"Belle..."

"Kamu mahu apa?" Dia tenung wanita dihadapannya dengan tajam.

"Kita keluar hari ini?" Wanita itu ukirkan senyuman sekali lagi. Tangannya cuba menyentuh juraian rambut Belle namun ditepis gadis itu.

Tanpa menjawab soalan wanita itu. Dia kembali membaringkan dirinya. Kembali menyelimuto tubuhnya. Telinga juga ditutup, tidak mahu mendengar suara wanita yang katanya adalah ibu.

Terdengar keluhan kecil dari mulut wanita tua itu. Kepala digeleng sebelum mengambil keputusan untuk keluar. "Ibu harap sangat kamu masih Belle yang dulu." Diucapkan ayat itu sebelum beredar.

Belle bangun, memandang pantulan dirinya di cermin. Dia bukannya Belle! Tubuhnya saja kepunyaan manusia bernama Belle, tapi jiwa dan rohnya bukan Belle.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now