Aku sayang dia sangat-sangat sebab itu aku senyum sahaja bila dia curang depan mata aku. Bukan sekali. Berkali-kali. Tapi sebab apa entah, aku simpan dia lagi. Dan dia berlagak seolah-olah aku tidak tahu hal sebenar. Ah... bodoh bukan dia? Yaa... aku tahu. Dia memang bodoh sebab ingat aku percaya pada kebodohan dia.
"Sayang...." Dia bersuara. Seperti biasa dengan suaranya yang nyaring. Rasanya dia cuba mengedik. Ah... macam la aku tak tahu. Tentu dia mahu sesuatu dari aku.
"You lepas kan I?" Haa... kan aku dah kata. Aku cuma senyum sahaja melihat air matanya mengalir. Kali ini aku takkan terpedaya dengan lakonannya lagi. Ah... pathetic betul perempuan sebegini. Menggunakan air mata untuk mendapat apa yang dia mahukan.
"Sayang... please?" Sekali lagi dia bersuara. Aku senyum lagi. Aku perhatikan wajahnya. Penuh dengan calar dan lebam. Itulah siapa suruh tidak mendengar kata!
"You patut minta I lepaskan you awal-awal lagi. Masa you mula-mula curang dengan I, bukan begitu sayang?"
Aku ukirkan senyuman sekali lagi melihat riak terkejut di wajahnya. Mungkin hairan bagaimana aku tahu tentang itu. Tentang kecurangannya.
"I... I... I janji tak akan buat lagi. Please, lepaskan I... you sayang I bukan?" Aku ukirkan senyuman mendengar itu.
"Sebab I sayang you, I buat you macam ni. Ini tanda I sayang I pada you..." Aku lihat wajahnya dipenuhi dengan titik peluh. Pisau di atas meja aku capai sebelum aku mendekati dia. Makin bertambah pucat wajahnya itu. Dan aku? Tenang sahaja melihat keadaan itu.
Mata pisau itu aku halakan pada wajahnya, perlahan-lahan aku goreskan satu ukiran di kulit wajahnya yang mulus itu. Dia menjerit kesakitan. Aku ukirkan senyuman lagi. Dia pandang aku dengan rasa gerun.
"Please..." sekali lagi dia merayu. Kali ini dengan nada suara yang lemah. Tapi aku tidak hiraukan dia. Sekali lagi aku aku halakan mata pisau aku ke arah tubuhnya. Perlahan-lahan mata pisau itu turun ke dadanya. Di situ... di situ terletak hatinya.
"Hati you kat sini bukan?" Aku bersuara sambil mengukirkan senyuman. Aku lihat dia mengelengkan kepala. Mungkin tahu apa yang bakal aku lakukan seterusnya.
"I nak you rasa bagaimana sakitnya hati I," Aku menekan mata pisau sehingga kelihatan bajunya yang putih bertukar warna merah. Ah... tentunya dia menjerit. Tapi aku biarkan sahaja. Dia pandang aku lagi. Kali ini dengan lemah. Terlampau lama. Aku senyum lagi sebelum aku halakan pisau ke arah lehernya dan ZASSSSSSS, dengan satu kelaran dia terkulai layu di situ. Tidak bernyawa tentunya.
Sebab aku sayang dia sangat-sangat, itu yang aku mahu jadi orang terakhir yang lihat dia hidup.
Habis!
YOU ARE READING
Cerita Pendek
FantasyMungkin patut dipanggil Kisah Kontot a.k.a Kistot. Cerita cerita pendek yang mungkin juga kedengaran merepek bagi sesetengah manusia tapi tidak bagi seorang Reen. Well, life ain't a fairy tale after all. Thanks.