Aku harap dia bebetul mati bila dia cakap dia bakal mati hari itu. Bila dia cakap ajal dia makin dekat.Bila dia cakap ajal dia satu kepastian. Anyway... ajal setiap manusia memang satu kepastian bukan? Cuma bila, Tuhan sahaja yang tahu.
Aku senyum saja bila aku dengar kawan aku kata dia terlantar di hospital hari itu. Padan muka dia! Siapa suruh tipu aku! Siapa suruh permainkan perasaan aku! Padan muka dia!
Berhabis ribu jugak wang yang aku labur untuk dia. Kononnya penyakit dia memerlukan pembedahan yang berkos tinggi. Jadi aku sedekahkan sahaja wang itu pada dia. Kononnya aku ingat dia bebetul akan mati. Tapi rupanya tak! Dia gunakan "wang untuk pembedahannya" untuk berjoli dengan perempuan lain. Siapa yang tidak berasa geram.
Sebelum aku serahkan cek yang berjumlah ribuan RM tu, dia tak tahu aku dah siasat latar belakang dia. Dari situ aku tahu permainan dia. Celaka betul buaya darat seperti dia.
Hari 'pembedahannya" aku tidak dapat bersamanya sebab aku ada urusan di luar negeri. Padahal dia tak tahu aku sudah upah seseorang untuk mengawasi gerak-gerinya. Bukan hospital yang dia menginap tapi hotel mewah luar Negara. Sekali lagi perkataan celaka aku hulurkan pada dia.
Dan beberapa hari selepas itu, ketika hari pengebumiannya, aku hadir. Tapi ah... tentunya aku berpura-pura sedih dengan kematian dia. Dia mati ketika dia terlantar di hospital selepas terlibat dalam kemalangan. Kononnya kemalangan. Ah... tak ada siapa pun yang tahu hal sebenar melainkan aku dan Tuhan. Aku sebenarnya sudah rosakkan brek keretanya. Haha. Aku ingatkan dia akan mati dalam kemalangan rupanya tak. Dia masih hidup walau hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.
Dan malam yang dia mati, aku melawatnya untuk kali terakhir di hospital. Aku serahkan makanan kegemarannya yang mengandungi racun. Jadi, kamu yang baca ini tahu kenapa dia mati bukan? Mati sebab aku. Yaa... ajalnya hampir tiba. Tapi dia tak tahu, aku yang bakal mematikan dia. Haha.
Tak apa. Ini dosa aku dengan Tuhan. Sekurangnya dosa dia dengan aku tak akan muncul lagi. Aku hapuskan dosa dia kepada aku. Baru adil bukan? Aku tolong hentikan dosa dia walau aku tambahkan dosa aku. Sekurangnya dia mati dan aku mampu mulakan hidup dengan gembira.
Senyum!
YOU ARE READING
Cerita Pendek
FantasíaMungkin patut dipanggil Kisah Kontot a.k.a Kistot. Cerita cerita pendek yang mungkin juga kedengaran merepek bagi sesetengah manusia tapi tidak bagi seorang Reen. Well, life ain't a fairy tale after all. Thanks.