BaB 1/Perkenalan

577 14 1
                                    

Keluhan demi keluhan terbit dari bibir kecil milik Zara.Sesekali matanya tertancap pada jam tangan yang berwarna ungu hadiah dari abang keduanya sempena hari lahirnya tahun lepas. Sudah hampir satu jam dia tercongok di sini menunggu abang sulungnya.Huh!Pagi tadi beria-ria janji konon nak ambil dia tepat pada masanya.Bila aku nak naik teksi,tak bagi.Alih-alih sampai sekarang batang hidung pun tak nampak.Kalau tak kerana Luv aku tu kena hantar servis,takde aku sanggup nak tunggu.Huh!

Mahu disuruh abang keduanya, Angahnya itu tiada di Malaysia kerana sibuk menguruskan hal syarikat di luar negara.

Tiba-tiba muncul sebuah kereta jenama Audi R8 berwarna putih dan berhenti di hadapannya.Pemandu itu menurunkan cermin tingkapnya sambil tersenyum tayang gigi. Ingat comel sangatlah muka tu.Choihh!

"Sorry dik,along minta maaf.Tadi along dah siap-siap nak amik adik,tapi tiba-tiba ada hal pulak.Lama ke adik tunggu ?"Zara hanya mendiamkan diri sambil tangannya membuka pintu kereta sebelah pemandu dan ditutup dengan satu hempasan yang agak kasar.Soalan alongnya hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.Biar alongnya tahu betapa marahnya dia bila disuruh tunggu pada yang tiada.Hehe...berpujangga pulak.

Kalau pun tak boleh ambil,bagitaulah.Ini tidak,bila dia telefon yang jawab mesti perempuan tu.Sebenarnya perempuan yang dimaksudkan itu operator.Suka hati dia je panggil perempuan.Tapi kalau betullah yang angkat telefon tu memang perempuan ,siaplah abang sulung dia ni.

Eh,baru dia perasan kereta ni tak gerak-gerak dari tadi.Zara menoleh ke kanan,dia melihat abangnya memandang dirinya dengan pandangan yang sangat tajam menusuk ke hati. Ish...Menakutkan betul pandangan tu.Baru je nak buat-buat marah,tapi kalau dah tengok mata abangnya yang tajam sampai boleh membunuh ni,memang dia tak jadi nak buat-buat marahlah gamaknya.

Sekali lagi dia menoleh sambil menguntumkan senyuman yang paling manis di bibir buat abangnya. "Apa along tanya tadi,adik tak dengarlah."Soal Zara semula beserta senyuman yang sangat manis boleh membunuh.

Soalan itu membuatkan Ziqri tersenyum kemenangan,adiknya pasti akan mengalah bila melihat pandangan matanya yang tajam itu.Macamlah dia tak tahu adiknya yang seorang ni kalau tengah marah semua benda kalau boleh dihempasnya.

"Along tanya lama ke adik tunggu tadi?"Mata masih tertancap pada si adik.

"Lamalah jugak,sampai perut pun dah menyanyi lagu Dondang Sayang."Zara hanya menjawab selamba.

"Ok...ok,along minta maaf sangat-sangat sebab buat adik tunggu lama.Jadi disebabkan along yang salah,along belanja adik makan.Nak tak?"Matanya dikelip-kelipkan pada si adik.Dia tahu adiknya memang jenis mudah untuk dipujuk dan itulah kelemahan adiknya yang satu itu.

"Hmm...sekejap eh,adik kena pertimbangkan dulu."Zara siap menunjuk-nunjuk dahinya menggunakan jari telunjuknya bagai tengah memikir sesuatu.

"Oh,kena pertimbang eh?"Ziqri memandang pelik pada adiknya.

"Yelah.Ingat adik boleh maafkan macam gitu je.No...No...No...No"Jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan di depan muka Ziqri.

Tergelak Ziqri melihat kelakuan adik bongsunya itu.

Inilah satu-satunya adik perempuan dan cucu perempuan dalam keluarga mereka.Sikap Zara yang sentiasa manja dengan abang-abangnya termasuk datuk dan nenek mereka membuatkan dia sentiasa disayangi.Zara seorang sahaja yang tidak pernah mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayah mereka kerana ketika dia berusia dua tahun,ibu dan ayah mereka pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya.Jadi Zara lebih banyak bersama datuk dan nenek mereka.

"Along!Along!"Terus Ziqri memberi perhatian kepada Zara.

"Apa?"

"Ish...dia ni.Penatlah kita bercakap dengan dia.Dia boleh termenung."Bebel Zara sambil memuncungkan bibirnya.

"Alah...Sorry.Along minta maaf sangat-sangat.Apa adik cakap tadi?"Ziqri satukan kedua tapak tangannya tanda memohon maaf.

"Adik cakap Adik nak makan dekat hotel five star.Boleh?"

"Ok.Tapi yang tu kita postpone dulu,boleh? Sebab Atuk ingat nak ajak kita satu keluarga dinner sekali malam ni dengan bestfriend lama dia."Beritahu Ziqri mengenai rancangan atuknya malam ini.

"Ohh...ok.Along,Angah dah balik ke?"Teringat pula dia pada Zaqim iaitu abang keduanya itu.Setahu dia Angahnya akan pulang lusa sebab kelmarin ketika dia menelefon Angahnya itu.Zaqim menjawab sedang sibuk dan akan pulang lusa.Tetapi hari ini saat dia membuka whatsapp family,tiba-tiba bernyawa pula Angahnya itu.Kebiasaannya Zaqim tidak suka membuka aplikasi itu kalau dia sedang sibuk.

"Sudah.Tengah hari tadi dia sampai."Jawab Ziqri.

"Along!"Panggil Zara.

"Ya?"Pelik Zara memanggilnya.

"Along perasan tak dari tadi kereta ni tak gerak-gerak?Ke Along nak kita bermalam kat sini je? "Tanya Zara.

"Hehe...Lupa pulak..."Tawa kecil terlepas di bibir sambil tangan menurunkan brek tangan lalu meluncur laju Audi R8 itu membelah jalan.

* * * * * * *
Seperti yang telah dijanjikan,malam itu mereka bertolak ke tempat yang dijanjikan untuk makan malam bersama.Zara hanya mengenakan kebarung berwarna royal blue dan dikenakan dengan shawl dalam tona warna yang sama.

Psst....cantikkan baju ni... I suka sangat warna diaaaaa...hehe

"Assalamualaikum,Ishak"Sapa seorang lelaki yang agak sama umurnya seperti Atuk.

"Waalaikumsalam.Ya Allah,kau Suf.Apa khabar kau sekarang ni?Lama betul kita tak jumpa ya."Ujar Atuk sambil memeluk tubuh lelaki yang menegurnya tadi.Aku,Along dan Angah hanya melihat drama 'jejak kasih' itu sambil tersenyum.

Nenek pula sudah berpelukan dengan seorang wanita yang agak muda sedikit berbanding umurnya.Mungkin anak kepada kawan Atuk kot.Tiba-tiba Atuk menyapa kami.

"Ni Atuk Yusof.Dia ni kawan baik Atuk daripada sekolah rendah sampailah dapat masuk U.Ha...Suf.Ni cucu-cucu aku.Yang sulung ni Ziqri,yang kedua ni pula Zaqim.Haa...yang perempuan tu pula Zara.Satu-satunya cucu perempuan aku." Along dan Angah terus bersalam dengan Atuk Yusof.Aku hanya tersenyum.Takkan nak salam kot,bukan mahram tu...hihi.

"Dah besar cucu-cucu kau,Hak.Nampak sangat dah lama kita tak jumpa.Dulu,aku jumpa yang sulung ni dengan yang kedua ni je,rupanya ada lagi sorang cucu kau. Rajin cucu-cucu kau ikut kita gathering macam ni.Tengok cucu aku,sorang pun tak ada.Semuanya sibuk."Adu Atuk Yusof.Sedih mengenangkan tiga orang cucunya itu.Cucu sulung lelakinya dah berkeluarga jadi kuranglah masanya bersama,yang kedua cucu lelakinya itu sering melayannya tetapi sentiasa terbang kerana bekerja sebagai seorang pilot,dan yang paling bongsu iaitu cucu perempuan sangat sibuk dengan pelajarannya yang sudah tahun akhir.

"Sabarlah Suf,diorang tu muda lagi ada benda yang nak dikejar.Kita ni dah tua,cukup-cukup jelah dengan apa yang kita ada sekarang."

Kami makan sambil berbual-bual.Betullah wanita yang sedikit muda tadi adalah anak tunggal kepada Atuk Yusof,dan dia juga merangkap kawan Mama ketika sekolah rendah sehingga sekolah menengah.Menangis dia ketika mendapat tahu bahawa Mama sudah meninggal 21 tahun lalu.

Ok...ni je yg mampu I bagi kat korang semua...dah xde idea dah ni....
Korang bagilah cadangan utk cerita ni....
Kalau typo harap maaf....hehe
Sayang korang semua
Selamat Hari Raya..


Hi, Mr. PilotWhere stories live. Discover now